Thursday, May 26, 2011

Nasi Ketumbar & the geng



Salam tenghari teman2 semua..dah makan semua??? Mama blm siap masak pun.. Tak tahu lagi apa nak dimasak utk ptg nnt.

Nampak menarik nasi ketumbar nih bahan2 yg digunakan pun senang... so mama cubalah.. Ternyata tidak menghampakan..yum3x Warna nasi seakan2 keruh...lembut & tak lah bau sangat daun ketumbar.

Sedapkan kan Ayu & Asma??? ..hehehe bila kite nampak Asma dah masak...hehehe tak blh tahan cepat2 masak pada hari Selasa. Memang rugi tak mencuba nyer.
Terima Kaseh Asma & Ayu ketengahkan resipi2 menarik, senang lagi sedap....minta izin C&P resipi disini yer...

Untuk resipi ayam rendang pulak memang sedap kalau dapat ayam kampung buat rendang begini..sedap sangat2..sampai menjilat jari dibuat nyer...hehehe

Acar Timun atau mama panggil acar mentah resipi mama ambik dari dapur Hazila. Memang sedap & sesuai tekak bila digabungkan bersama...terima kaseh Hazila.. mama minta izin C&P resipi disini jgk :)



Nasi Ketumbar
Sources:-From Q'ein@myresipi.com / Ayu & Asma
 Bahan2-(7 orang)

  • 500g beras
  • 3 s/b mentega
  • sedikit minyak
  • 1 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 3 batang daun ketumbar (blender halus)
  • sedikit garam
  • pewarna hijau
  • 1 kiub ayam

Cara-cara

  1. basuh beras dan toskan
  2. cairkan mentega bersama sedikit minyak
  3. Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
  4. Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
  5. Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
  6. bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau
  7. tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.



Rendang Ayam Kampung(Bandar)
Sources:-From matgebu@myresipi.com
Bahan--(7 orang)


  • 1 ekor ayam kampung (anggaran 1.5 kg)
  • 1 biji kelapa, diparut-(Ayu gunakan 300 ml santan pekat)
  • 2 helai daun kunyit, dimayang halus
  • 3 ulas bawang merah kecil, dimayang*
  • 2 ulas bawang putih, dimayang*
  • 2 asam keping 
  • 1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)*
  • 1 kuntum bunga lawang*
  • 3 biji buah pelaga*
  • 4 kuntum bunga cengkeh*(*bahan2 tumis)
  • 3 camca besar cili kisar-(Ayu gunakan 21/2 sudu besar)
  • 4 camca besar kerisik-(Ayu gunakan 3 sudu besar )
  • 2 camca besar rempah kari daging
  • 1 camca besar gula Melaka-(Ayu gunakan 1 sudu besar gula pasir)
  • Garam secukup rasa dan 1 cawan minyak utk menumis 
  • BAHAN2 DIKISAR HALUS :-
  • 5 batang serai, dimayang
  • 8 ulas bawang merah kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas-(Ayu gunakan sehiris aje)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 4 biji buah keras-(Ayu gunakan 2 biji aje)
  • 2 biji tomato dipotong dadu-(Ayu tambah)

    Cara-cara

    1. Ayam dibersihkan dan potong 24 kepingan. Cuci dgn asam dan garam, perap 10 minit. Bilas dan toskan. (Boleh juga gunakan ayam daging)
    2. Masukkan 1 cawan air dalam kelapa parut dan ramas. Perah santan pekat dalam satu bekas, ketepikan. Kemudian masukkan 2 cawan air lagi, ramas dan perah utk santan kemancar. Ketepikan.
    3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bhn2 tumis dan kacau hingga wangi. Masukkan cili kisar, bahan2 dikisar halus dan juga rempah kari. Masak hingga harum dan pecah minyak.
    4. Masukkan sedikit garam dan diikuti ayam. Gaul ayam hingga sebati dgn rempah dan masak hingga ayam agak kecut (10 minit). Masukkan santan cair dan biarkan masak atas api perlahan hingga daging ayam 1/2 masak.
    5. Kemudian masukkan santan pekat,kerisik dan asam keping, masak hingga ayam empuk dan kuah pekat. Baru dimasukkan gula melaka dan daun kunyit yg telah dimayang tadi. Gaul rata dan masak hingga rendang agak kering. Rasa garamnya. Angkat dan boleh dihidangkan.
    6. Rendang ini boleh juga dimasak dalam periuk tekanan (bagi sesapa yg ada), bergantung pada jenis periuk tekanan masing2. Dan kemudian keringkan di dalam kuali.




    Acar Timun/Mentah
    source: Hazila- my small kitchen

    Bahan bahan
    Timun
    Karot
    Nenas
    Bawang Besar
    Cili padi
    Cili Merah & Hijau
    Sedikit Belacan
    Garam dan Gula
    Sedikit cuka makan
    daun ketumbar dihiris2 - mama tambah

    Cara cara
    1. Hiris timun, karot, nenas, cili padi, cili merah dan hijau. Mayang bawang besar. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
    2. Bancuh belacan, garam, gula dengan cuka makan. Tuang ke dalam bekas berisi bahan yang telah dihiris tadi.
    3. Perapkan seketika agar acar timun ini sebati.

    8 comments:

    ijayuji said...

    Mamaaaaaa!!!!! tumapnag makan! apa maksud dlm kurungan BANDAR tu ma? kita ayam kampung tak makan kalau ayam bandar kita makan hihihi.. sedap betullll tgk dia punyer kuah tu ma! nasi ni masuk list dululah! kalau ada beras basmathi baru nak buat :D

    norlie said...

    waa..boleh cuba ni mesti terangkat!!

    Mas said...

    mama...terliurnya tengok set nasi ketumbar tu...
    nampak sangat sedappp la...

    KakAsma said...

    Hawa,
    mmg sunnguh laa nasi ketumbar tu sangat sedap.hb ngan anak2 ada suh buat lagi bile2 nanti time adek beradik datang..dah laa senang sedap pulak tu kan..
    ayam rendang pun sedap gandingan yang mantopppp....

    Ayu said...

    Assalam mama,
    shukur alhamadullilah nasi ni kena dgn selera family mama...family kakasma, pun suka ya..
    kalau recipe menjadi macam suka gitu kan ma, kita hanya panjang2kan recipe orang ..thanks ma, for trying
    & kakasma too..lain kali bolehlah buat lagikan..hee

    Mama Hawa/Mama Nani said...

    Ika!!!
    Ingat bdk mana ni..siap ltk IJAYUJI lagi..hehehe
    Maksud dlm kurungan bandar tuh sebab Ayu & mama gunakan ayam biasa/bandar... Hishhh ayam kampung lah yg best lagi dpt yg tua2 sikit daging dia pejal tau Ika mmg sesuai msk rendang. Mama pakai beras biasa jer Ika..cuba lah

    Norlie...
    Norlie try lah :)

    Mas...
    Kena ngan selera kami kat rumah Mas..cik hubby lagi ckp sedap2...

    Asma...
    Tu lah tak susah pun nak masak nasi nih n tak ada bau daun ketumbar pun...Jgn ckp kat rumah suka... lagi2 ayam rendang tuh...

    Ayu..
    Wslm Ayu.. Allhamdullilah semua kat rumah suka..Kalau Ayu tak promote kan kite pun tak tahu ada recipe yg mudah lagi sedap... Sharing is caring kan? Anyway thks yer :)

    Mas said...

    mama...
    nasi ketumbar tu dh menarik, tambah lak rendang ngan acar timun tu lglah tertarik! nak sikitttttt :)

    Nieza said...

    amboi sedapnya menu mama ni...sungguh menyelerakan...silap tak singgah lunch sini semlm....hehe

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...