Wednesday, July 7, 2010

Kentang Masala



Selain roti jala dgn kuah kari... salada tak sempat nak buat sbb cik shasha kita balik lambat dari NTUC. Mama masakkan kentang masala ni buat makan ngan roti jala ni... Pernah masak sebelum ni menggunakan udang. Blh lihat disini. Resipi asal dari rumah Dr Ina.

Bahan A:-
  • 500 gm udang (dibersihkan )- gantikan ngan kentang
  • 2 biji tomato (dibelah 4 atau 6)- tak letak
  • 3 tangkai daun kari - ganti kan dgn daun ketumbar
  • 1/2 cawan yogurt asli
  • 2 tangkai cili merah (dihiris serong) -tak letak
  • 2 tangkai cili hijau (dihiris serong)
  • 2 sudu kecil serbuk cili (*ni akak tambah sikit nk kasi pedas sikit, terpulang ya..)
Bahan B (dikisar):-
  • 6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar jintan putih - kisar kering
  • 1 sudu besar jintan manis - kisar kering
  • 1 sudu besar lada putih - kisar kering
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar dan daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan tomato. Kemudian kacau rata (tambah air sekiranya perlu)
  3. Masukkan yogurt, cili merah dan cili hijau. Kacau sebentar dan tutup api.
  4. Sedia dihidangkan....Senang kaannnnn... ^_^





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...