Monday, July 12, 2010

Kuah Kacang Daging

Bertemu kembali.... hari ni mcm byk pulak n3..hehehe
Yatie anak mama Shasha ckp: mama tak letak daging pun sedap :P
Sebenar nye mama pernah makan kuah kacang berdaging ni kat Msia...kalau tak silap di kampung nenek mama di Batu Pahat. Terubat rindu jap :D Tentang gula mama tambah kan lebih sikit sbb kuah kacang ni selalu nyer dimakan manis sedikit. Mama buat berkuah sedikit..tak berapa pekat sangat :P
Yatie thanks yer kongsi nostalgia ni.. Mama copy paste ya...

Kuah Kacang Daging - Yatie
Bahan-bahan:
  • 300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
  • 1 kilo daging dipotong kecil
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • Sedikt air asam jawa
  • 3 sudu besar gula merah
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air-anggaran
Bahan Dikisar:
  • 2 batang serai
  • 3 inci lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 cwn cili kering kisar
  • 1 sudu besar udang kering
  • sedikit belacan
Cara-cara:
  1. Rebus daging hingga empuk dan toskan airnya.
  2. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
  3. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
  5. dikacau sekali-sekala.
  6. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
  7. Kemudian masukkan daging yg di rebus tadi.
  8. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala sehingga daging empuk dan sebati. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
  9. Rasa dan tambah garam, gula dan masamnya jika perlu. ( me n my hubby klu kuah kacang nie suka rasa manis2 sikit...pedas2 manis lah gitu...)

3 comments:

Mas said...

datang nak raya ni mama...sedapnya kuah kacang berdaging ni...tak payah cari sate...

Yatie said...

Salam Mamahawa,
Uish kecurnya tngk set kuah kacang daging tu....mcm mkn satay daging rasanya....terima kasih kerana sudi mencuba....mmng sedapkan..

Mama Hawa/Mama Nani said...

hehehe..aah terasa macam raya plak :) Betul 2 Mas :)


Wslm Yatie :)
Mama suka mkn mcn gini... ada ulam2. Tapi ada jgk serunding... cik hubby mkn campur ngan serunding sikit:) Mama yg ucap terima kaseh pada Yatie sbb sudi kongsi resepi ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...