Monday, July 12, 2010

Nasi Impit


Walaupun mama tak buat Nasi Impit sepertimana Yatie... disini mama ingin letakkan resipi nye sebagai rujukkan di masa akan datang. Mana lah tahu ter..rajin nak buat... hahaha bila 2 tak tahu lah :)

Sekali lagi Yatie terima kaseh ya :D

Nasi Impit- Yatie
Bahan-bahan
  • 2 cawan beras biasa
  • 10 cawan air
  • 2 sudu kecil garam
Cara-cara
  1. Basuh beras dan masukkan air,garam ke dalam periuk utk dimasak.
  2. Setelah nasi mula kering,kacau sentiasa sambil di lenyek supaya hancur.
  3. Gunakan api perlahan dan bila kering terus kacau lagi.
  4. Setiap 10 minit mestilah di kacau sebati sehinggalah nasi kering. Masak nasi impit ni kena banyak kali di kacau supaya nasi cantik dan lembut.
  5. Saya masak lebih kurang 1 1/2 jam dngn api sederhana. Setelah siap, matikan api dapur.
  6. Lenyek-lenyekkan nasi dengan menggunakan anak lesung batu@belakang botol yg bersih sehingga nasi lembut. Gaul dan lenyek2 lagi.
  7. Sapukan sedikit minyak di sekeliling tupperware @ mangkuk.
  8. Masukkan nasi tadi ke dalam mangkuk dan ratakan, ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.
  9. Tekan-tekankan nasi supaya mampat dngn menggunakan plastik tadi (saya letak sapu tangan dlm plastik tu supaya tak rasa panas sngt masa menekan nasi tu).
  10. Biarkan nasi impit betul2 sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.
*Saya biarkan dlm 2 jam sejuk...pastu saya letak dlm peti ais supaya benar2 sejuk.
*Kalau rasa susah dan rumit utk membuatnya, lebih baik beli je ketupat segera. Resepi ini adalah untuk kawan2 yg sukar utk mendapatkan ketupat segera mcm saya.

2 comments:

MAS ( DUNIAKU ) said...

mas suka nasi impit tapi nak buat tu yang byk kali fikir...kalau yg segera tu tak suka sangat la...

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Mama suka yg segera Mas...yg nasi impit biasa bila nak buat fikir byk kali...leceh tapi tahan lama. Maybe next time mama nak try buat jgk :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...