Salam sejahtera buat teman2 mama di petang Isnin. Buatkan brunch anak2 dan hubby hari sabtu lepas. Makan bersama mashed potatoes & baked beans.
Hari ni mama masak asam pedas ikan tenggiri bersama kobis dipotong besar2 letakkan sekali dalam kuah..senang cerita tak payah masak sayur...hehehe
Okay... resepi seperti biasa dari TryMasak.com. Untuk sos nye mama pekat kan sedikit dgn air jagung. Sebelum dipekatkan tapis dulu adunan.
Ingredients
Bahan untuk filet ikan
Filet ikan dori (1 keping)
Tepung gandum (2 1/2 cawan)
Air (1 liter)
Minyak - untuk menggoreng (secukupnya)
Serbuk penaik (2 sudu besar)
Garam (1 sudu besar)
Bahan untuk filet ikan
Filet ikan dori (1 keping)
Tepung gandum (2 1/2 cawan)
Air (1 liter)
Minyak - untuk menggoreng (secukupnya)
Serbuk penaik (2 sudu besar)
Garam (1 sudu besar)
Bahan untuk Sos Lemon
Susu segar (1 cawan)
Lemon - diambil jusnya (1 biji)
Parutan kulit lemon (1/2 sudu kecil)
Bawang putih - dicincang (1 ulas)
Mentega (2 sudu besar)
Gula perang (1 sudu kecil)
Serbuk lada hitam (1/2 sudu kecil)
Susu segar (1 cawan)
Lemon - diambil jusnya (1 biji)
Parutan kulit lemon (1/2 sudu kecil)
Bawang putih - dicincang (1 ulas)
Mentega (2 sudu besar)
Gula perang (1 sudu kecil)
Serbuk lada hitam (1/2 sudu kecil)
Directions
Sediakan Ikan; Campur tepung gandum, serbuk penaik dan garam. Kacau rata dan curah air sedikit demi sedikit.
Gaul lagi hingga adunan sebati dan tidak berketul.
Kepingan ikan dicelupkan ke dalam tepung gandum, diikuti dengan adunan campuran tepung dan kemudian sekali lagi celup rata bersama tepung gandum.
Goreng filet ikan ini hingga garing keemasan.
Sediakan sos lemon; Tumis bawang putih hinga wangi. Curahkan susu segar, parutan kulit lemon dan jus lemon.
Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan garam dan serbuk lada hitam.
Perlahankan api dan masukkan gula perang. Kacau rata dan biar mereneh beberapa ketika.
Masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair.
Curah sos lemon pada ikan.

No comments:
Post a Comment