Saturday, July 31, 2010

Bubur Jagung & Sago



Semalam cuaca memang sejuk sekali... perut senantiasa laporrrr.. so buat lah bubur jagung & sago ni. Rasa2 mama pernah buat suatu ketika dahulu... lama dahhhh. Bila ternampak kat dapur Kak Ummi Kuantan..rasa macam sedap kat tekak ni...hehehe Thanks yer kak ummi hawa c&p resepi :D
Bahan:-


  • 3 tongkol jagung manis/jagung madu (dikikis isinya dengan pisau)- mama gunakan 1 tin jagung


  • 2 sudu besar sagu biji putih - dibasuh dan ditoskan 3 - 4 minit sebelum dimasukkan dalam bubur)


  • 1 biji kelapa (perah santannya kuranglebih 500 ml)


  • 1 1/4 cawan gula pasir (*akak tambah 1/2 kepingan gula kabung)


  • 1/2 cawan air


  • secubit garam


  • 2 helai daun pandan - belah dua & disimpul
Cara Memasak:-


  1. Dalam periuk campurkan 1/2 cawan air dengan jagung, gula dan daun pandan. Masak hingga mendidih dengan api sederhana.
  2. Bila jagung telah lembut masukkan santan dan sedikit garam. Kacau dan biarkan kuah mendidih sebentar.
  3. Masukkan sagu dan masak sehingga sagu kelihatan jernih.
  4. Seimbangkan rasa. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...