Thursday, July 15, 2010

Paru Semor Suun

Salam Tengahari teman2 semua :D. Seperti biasa menu semalam yg belum di N3 kan.
Lama betul tak makan paru. Anak2 memang sukakan paru masak begini. Sumber resipi dari Buku Asma Laili resepi oleh Hjh Fatimah Md Ibrahim Marican.

Paru Semor Suun

~Bahan~
1 kilo paru- potong empat,cuci bersih dan rebus sehingga empuk sejukkan dan potong serong panjang, jgn terlalu tipis

~Bahan rempah~
2 batang serai yg gemuk*
1/2 jari lengkuas*
3 biji bawang besar*
10 ulas bawang putih*
2 sudu makan lada kisar*- ni mama lebih kan sikit
sedikit belacan*
2 ikat suun (rendam)
segenggam lada kering digunting halus - kurangkan
1 cawan kicap manis
1 sudu makan asam jawa digaul dgn 3 cawan air & tapis

~Cara~
Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing. Toskan. Kecilkan api dan goreng lada sehingga warnanya merah & cantik. Angkat & toskan
Keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 1 senduk lauk utk menumis rempah.
Tumis rempah kisar* sehingga garing & wangi. Tuiangkan air asam,kicap manis,garam & gula secukup rasa. Bila rempah nye mendidih,masukkan suun,paru dan lada goreng.
Gaul rata dan balek2kan supaya rempah nye meresap dan pekat sedikit.
Hidangkan ini tidak boleh terlalu kering. Enak dimakan dengan nasi putih,lontong atau roti.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...