Saturday, July 31, 2010
Telur Dadar Bermayonis
Salam di pagi Sabtu yg ceria sekali... apa ke tidak kat bawah dekat kolong blok rumah mama ni sekarang ada acara masak memasak untuk pelajar2 sekolah peringkat menengah... Bising sekali!!!
Semalam biras mama ada cakap pasal resepi telor mayonis dari Sheila Rusdi dia tengok pat TV3... dia pun ada ckp bahan2 yg diletak tuh. bila mama dengar macam sedap plak..boleh lah try. Tup2 jalan2 kat rumah Nor Trgganu ternampak pulak resepi ni.. apa lagi!!! Not bad rasa lemak2..sedap jugak!! Next time try lagi lah. Thanks Nor letak resepi.. mama copy sahaja :D
TELUR DADAR BERMAYONIS- Nor Trgganu
3 bj telur
2- 3 sudu besar mayonis
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 bj cili merah ~ dibelah dua dan hiris
daun saderi ~ dihiris
sedikit garam
sedikit minyak
mama tambah kan isi ayam cincang yg dipanaskan atas api bersama sedikit lada sulah & garam
Masukkan minyak ke dalam frying pan dan panaskan.
Pecahkan telur ke dalam sebuah mangkuk dan masukkan mayonis.
Pukul dgn garfu hingga sebati.
Masukkan kesemua bahan2 lain dan gaul lg hingga sebati.
Tuangkan adunan telur dan goreng hingga telur dadar masak.
Angkat dan hidangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment