Friday, July 2, 2010

Tepung Pelita Modern

Photobucket

Salam semua di malam hari Jumaat... cepat nyer besok dah hujung minggu :D psst... besok & hari minggu tak pose..kita pose week days only..hahaha boleh g2 kawan 2 :D
Okay lah..ari ni cuba lagi 1 resipi tradisional tapi dah dimodern kan....Kali ni dapur Rosaliza - EmbunRosaliza Blogspot mama geledah..hehehe. Tapi dah kemas kan tau!!!! Tepung pelita ni memang tak manis, lembut sedap dimakan ketika disejukkan dalam fridge. Ketika hendak makan mama sirapkan dengan sirap gula melaka kasi 'manis' sikit... Thanks yer Rosaliza for the resipi.. :D

Tepung Pelita - Rosaliza Embunrosaliza bs.com

Bahan2
Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
4 cawan air
sedikit pewarna hijau
1 sudu besar air kapur
sedikit garam ~ tak letak pun tak apa
~ Di dalam kuali satukan kesemua bahan2 di atas, dan kacau hingga likat dengan mengunakan api yang perlahan

Lapisan Atas
1/2 cawan tepung beras
3 cawan santan
Garam secukup rasa
~ Satukan kesemua bahan ini didalam periuk kacau sehingga pekat.

Daun pandan
Gula secukupnya

Penyediaan
~ Sediakan cup kecil atau apa2 bekas.....potong daun padan anggaran 2 inci. Letak dibahagian bawah pas tu masukkan sesudu gula......kemudian diikuti adunan berwarna hijau ( masukkan menggunakan sudu ). Selepas itu masukan lapisan atas. Kukus lah selama 10 minit dengan menggunakan air yang telah mendidih.

Mama pun dapat 14 acuan kecik2

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...