Thursday, July 8, 2010
Sambal Tumis Sotong Berserai
Selamat Malam & Salam semua teman2 :D... Hari ni dahhhhhh hari Khamis... untuk this week terasa cepat sungguh hari berlalu..tup2 besok dah hari Jumaat, walaupun apa pun mama bersyukur kerana selamat menjalinkan ibadah puasa yg cuma tinggal besok saja...hahaha.
Hari ni mama & cik hubby sempat berbuka pose dengan murtabak sardine & sambal tumis sotong kembang berserai. Idea masak sambal tumis berserai ni mama dapat idea makan kat rumah teman suatu ketika dahulu... memang sedap terasa serai di dalam sambal tumis :P
Sambal Tumis Sotong BerSerai
Bahan2
sotong kembang dlm 2 ekor
cili kering - 100gm rendam*
bawang besar/bawang putih - 2 biji bawang besar & 2 biji bawang putih*
belacan*
serai 1 batang*
air asam
garam & gula secukup rasa
Cara2
Kisar semua bahan* sehingga hancur. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar sehingga garing. Sotong kembang dibersihkan, buangkan lendir2 dan potong kecil2 dan rebus bersama sedikit garam sehingga empuk. Angkat dan toskan. Apabila sambal dah bertukar warna dan garing masukkan garam, gula & air asam.Kacau lagi baru masukkan sotong dan biarkan sotong bersalut ngan sambal dan masakkan sebentar.Siap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment