Friday, July 16, 2010
Tauhu Masak Taucu
Selamat Petang teman2 mama semua.... dah minum petang?
hari ni awal mama dah masak...pagi2 pergi rumah Ayu nak tengok Ayu masak lauk apa. Bila on PC terus kesana dan terpangpang tauhu taucu... terluih tengok tahu 2... cepat2 turun bawah beli tauhu. Lagi satu Ayu pesan... lauk ni lagi sedap kalau semalamman...hehehe tak payah semalamman... ni dah kena ngap :P kena pada tekak mama :) Thank yer Ayu letakkan resepi dari resipidiana yg lama tak dgr khabar berita :(
Tauhu Masak Taucu
Bahan-bahannya
4 keping tahu yang besar, dipotong dadu selebar 1 inci-(Ayu potong 4)
12 ekor udang, dikupas kulitnya
10 batang lada hijau, dipotong 3-(Ayu gunaka cili padi ketuk)- mama letak jer
5 biji bawang besar, dihiris bulat-(Ayu gunakan 2 biji aje)
2 ulas bawang putih, dihiris
2 batang serai, dititik
1 botol taucu, dicuci, toskan dan ramas kasi hancur sedikit-( Ayu gunakan 1/2 botol aje)mama pun
2 cawan air
2 inci belacan, asam jawa, sebesar setengah telur ayam
garam secukup rasa
gula secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tahu yang telah dipotong dadu selebar 1 inci, digoreng. Jangan goreng terlalu garing cukup sekadar ia kekuningan sedikit. Angkat dan ketepikan.
2. Asam jawa, belacan dan 2 cawan air dicampurkan dan diramas sehingga rata. Ketepikan.
3. Minyak yang telah digunakan untuk menggoreng tahu tadi boleh kita gunakan untuk menumis. Masukkan serai yang telah dititik bersama bawang putih, bawang besar dan lada hijau. Tumis sehingga bahan-bahan naik baunya.
4. Masukkan taucu yang telah diramas dan juga udang. Gaul rata dan masukkan juga bancuhan air asam dan juga belacan yang telah disediakan tadi. Masak selama 5 minit pada api sederhana supaya rempahnya bangkit.
5. Kemudian masukkan garam (jangan terlalu banyak) sebab taucu pun dah ada rasa masin, serbuk perasa, gula dan juga tahu yang telah digoreng. Gaul rata dan biarkan ia mereneh supaya kuahnya menyerap dalam tahu selama 5 – 10 minit. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.
Nota: Sekiranya anda suka pedas boleh letak cili padi hijau. Lauk ini kalau disimpan semalaman dan dipanaskan rasanya lagi umppph.. Selamat mencuba.
Sources:-From resipidiana.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment