Monday, July 12, 2010

Ikan Bakar Portugis

Ikan Bakar Portugis ni tak ingat pulak bila mama masak? Tapi yg pasti memang lauk ni sedap di makan panas2 bersama nasi putih sahaja!!!. Bayangkan mama & cik hubby makan berdua sahaja!!! Waktu itu anak2 ada lauk ayam kicap kalau tak silap mama...
Resipi dari rumah JIYA... Jiya pulak ambik dari rumah UMMI. Terima kaseh lah byk2 kerana sudi berkongsi resipi yer :) Minta halal yer mama letak resipi di sini :)

IKAN BAKAR PORTUGIS - Jiya & Ummi
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 3 sudu besar cili kering kisar
  • 2 buah keras - kisar
  • 6 biji bawang merah - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 1 batang serai - kisar
  • sedikit lengkuas - kisar
  • 3 daun limau purut - hiris
  • 3 sudu makan minyak bawang putih(cara2 kat bawah)
  • 1 sudu kecil penuh garam
  • 1 sudu besar penuh gula
  • foil (jun letak daun pisang sket)
Cara membuat:
  1. Untuk Minyak Bawang Putih - Ambil 6 ulas bawang putih, tumbuk ngan kulit2nya Panaskan 1/2 cawan minyak, tumis bawang putih tadi hingga garing. Sejukkan.
  2. Ikan dibersihkan, kelar2 sket.
  3. Campurkan semua bahan kisar bersama garam n gula.
  4. Letak ikan atas foil, gaul ngan campuran bahan kisar tadi.
  5. Tuang minyak bawang putih n tabur daun limau.
  6. Tutup foil n bakar hingga masak.

2 comments:

adad said...

sedapkan mama... jiya pon terasa nak wat lagik. huhuhuhu!

Mama Hawa/Mama Nani said...

mmg sedap Jiya..cik hubby suka :)
Thanks yer for sharing :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...