Tuesday, July 20, 2010

Urap Pucuk Ubi & Taugih


Salam & Selamat malam semua... Baru sebentar hujan turun dengan lebat nyer di sini. Kilat sambung menyambung...isk3x takut jgk bila ada kilat on computer kan!!!
Hari ni mama buat urap kampung.. yg jenis putih... dont judge the book by the cover okay kata mama pada Along... dia ni suka mkn lauk2 kampung.. PEDAS!!!

Urap Pucuk Ubi & Taugih- My Resepi

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 3 kepal pucuk ubi - yang telah direbus dan dikepal (untuk buang airnya)
  • 100 gm taugeh - dicelur sedikit
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit belacan - dalam 2 cubit
  • 4 ulas bawang merah - dimayang halus
  • 2 jemput ikan bilis
  • 4 helai daun cekur - dihiris halus- letak isi cekur
  • Garam secukup rasa
  • Cili padi
  • Kelapa parut secukupnya

Cara-cara

  1. Hiris pucuk ubi yang telah dikepal tadi agak kasar2 sedikit. Masukkan ke dalam mangkuk yang akan digunakan untuk menggaul nanti.
  2. Masukkan sekali daun cekur, taugeh dan bawang merah. Gaulkan.
  3. Cili merah ditumbuk bersama sedikit garam dan belacan hingga lumat.
  4. Kemudian masukkan ikan bilis dan ditumbuk sedikit, jangan sampai hancur. Cukup setakat untuk pecah2kan ikan bilis sahaja.
  5. Masukkan pula kelapa parut dan ditumbuk ala kadar sahaja. Jangan sampai lumat.
  6. Keluarkan bahan2 yang ditumbuk dari lesung dan masukkan ke dalam mangkuk pucuk ubi tadi. Kacau hingga rata dan sebati. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...