Wednesday, July 14, 2010

Kuih Dadar @ Ketayap

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua :D
Mendung...mungkin nak hujan kat sini :( Semalam lepas makan ingat nak upload gambar2 dan buat N3...hehehe bila dah kenyang macam malas pun nak on computer...

Okay lah.... semalam petang buat kuih dadar hijau kuning ni buat mama yang menggidam nak makan manis2... Buat tak banyak cukuplah untuk sebelah petang jer :)
Seperti biasa resepi kali ni dari dapur Cik CT kita ni.... Mama mintak izin letak resepi ya!!

Kuih Dadar @Ketayap - CT & MyResepi

Bahan
3 cawan tepung gandum
1 biji telor
11/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil perwarna hijau - mama letak kuning
4 cawan air
1/2 cawan minyak masak*
3 helai daun pandan*

Cara-cara
Satukan semua bahan, kecuali yang bertanda *, kacau sehingga rata. Kemudian tapis ( mama masukkan ke dlm blender).
Masukkan minyak ke dalam manggkuk kecil. Daun pandan di potong 3 bahagian  kemudian di ikat dengan gelang getah.Bahagian hujung nye disiat2 supaya senang untuk menyapu minyak pada kuali.
Panaskan kuali. Angkat  kuali tadi dan sapukan minyak dan sendukkan satu senduk kecil adunan ke dalam kuali tadi dan goyang2 kan kuali supaya adunan menjadi dadar.Letakkan semula kuali diatas api.
Setelah dadar masak, angkat. Isikan satu sudu kecil inti kelapa. Susun memanjang, kemudian lipat dikiri dan kanan. Setelah itu gulung dadar tersebut.
Dah siap...makan...makan

1 comment:

MAS ( DUNIAKU ) said...

rajinnya mama ni masak, ada kuih ketayap lagi...nak sepiring boleh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...