Thursday, July 1, 2010

Char Kuey Teow

Photobucket

Char Key Teow..lama betul tak makan. So hari ni Kuey Teow ni utk makan malam..tak de nasi. Cik Hubby asyik OT jer!!!  kadang2 balik sampai kol 11mln.... Tadi pun buka pose sorang2... bdk2 semua takde rumah..hais....
Okay..tgk kat sini pun blh.. resipi kat bawah ni...
 
Ingredients

1) Kuey teow (500g)
2) Udang (100g)
3) Taugeh (100g)
4) Daun kucai (1 tangkai)
5) Telur (2 biji)
6) Bawang putih ditumbuk (2 ulas)
7) Pes cili (2 sudu)
8) Sos tiram (2 sudu)
9) Kicap pekat (2 sudu)
10) Serbuk lada sulah (secukup rasa)
11) Serbuk lada hitam kasar (secukup rasa)
12) Garam (secukup rasa)
 
Directions

Tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram, udang, dan garam. Kacau sebati.
Masukkan telur, kuey teow dan kicap pekat. Kacau sebati.
masukkan serbuk lada hitam, daun kucai dan taugeh. Gaul sebati sebelum dihidang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...