Tuesday, July 20, 2010

Sotong Rempah Bersumbat

Another resepi dari dapur Ayu... dan Ayu pulak ambik dari Try Masak.... Cuma kelainan sedikit mama sumbat kan sotong ni dgn inti kentang.Alamak lupa plak nak ambik gambar inti dahhhh...
Untuk inti mama buat macam kite nak buat begedil... Kepada Ayu & Try Masak jgn marah mama ubah sedikit ... terima kaseh !!!

Bahan-bahan utk inti sotong

  • 2 biji kentang
  • daun sup dicincang halus
  •  garam
  • kecil lada sulah 
  • rempah sotong dlm 1 sudu makan

Cara-cara

  1. Kentang dipotong dan digoreng hingga garing.
  2. Setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
  3. Setelah itu masukkan daun sup, lada sulah dan garam.Masukkan rempah sotong sekali.
  4. Gaul semua bahan hingga sebati kemudian ambil sedikit adunanan dan masukkan kedalam sotong. Kemaskan dgn lidi atau tooth pick
Sotong Berempah
Ingredients

1) Sotong kecil (300g)
2) Bawang merah (6 ulas)
3) Bawang puth (2 ulas)
4) Halia (1cm)
5) Daun kari (secukup rasa)
6) Pes cili (1 sudu besar)
7) Serbuk jintan manis (1 sudu teh)
8) Serbuk jintan putih (1/2 sudu teh)
9) Serbuk kunyit (1/2 sudu teh)
10) Garam (secukup rasa)
11) Air asam jawa (1 sudu teh)
12) Air (1 cawan)
Directions

Campurkan sotong bersama kunyit dan garam.
Goreng sotong seketika. Apabila separuh masak, angkat dan ketepikan.
Hancurkan 1 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah, jintan, dan pes cili.
Hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia.
Tumis bahan yang dihiris itu hingga wangi, diikuti dengan bahan yang ditumbuk.
Masukkan daun kari, asam jawa, air, gula dan sotong. Kacau sebati hingga sotong masak.

Mama rebus sotong sebentar bersama kunyit & garam.

1 comment:

Ibu faheem said...

tak tahan la tengok sotong ni..lapar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...