Thursday, July 22, 2010

Telor Rebus Masak Sos


Satu lagi resepi yg mudah tapi tetap menyelerekan anak2 dan seisi keluarga. Resepi dari Myresepi.com dari dayang jack... Ni DJ yg mama kenal ke???? Tak pe nnt mama tanya dia.
Oleh kerana mama tak ada sos cili thai - Mae Pranom mama ganti kan dengan thai sos kimball... tambahkan mana yang kurang..hehehe. Thanks yer Dayang :)

Bahan-bahan ( hidangan sekeluarga )

  • 5 biji telur (direbus dan dibelah dua)
  • 3 ulas bawang merah (dicincang)
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cams cili kisar/sos cili thai Mae Pranom
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis,bunga cengkih,buah pelaga dan bunga lawang)
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb sos tomato
  • 200 ml air
  • 1 camt tpg jagung (optional)
  • 1 biji bwg besar (dipotong bulat)

Cara-cara

  1. Panaskan 1 camb minyak masak di dlm periuk dan tumis rempah 4 sekawan, bwg merah, bwg putih dan cili sampai terbit bau.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Kacau selama 1 minit. Masukkan bwg besar dan kacau lg hingga kuah agak pekat (kalau x pekat, blh ditambah dgn tpg jagung jika suka).
  3. Susunkan telur di dlm mangkuk/pinggan. Tuangkan kuah sos td di atasnya.
  4. Sajikan dgn nasi panas. Mudah, kan? Selamat Mencuba!
  5. ***resepi ini tdk memerlukan garam dan gula sekiranya menggunakan sos cili thai mae pranom (sb rasanya dh cukup manis dan masin). In fact, dyg sentiasa meminimumkan penggunaan gula dan garam dlm masakan dyg.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...