Wednesday, July 28, 2010

Kek Pisang Lembab


Bertemu kembali... semalam petang sempat buatkan anak2 kek pisang lembab ni. Since oven mama dah tak mogok rosak.. memang laris!!! macam pisang panas!!! hehehe cik hubby yg tak sukakan manis2 pun sempat makan sepotong dua. Dalam sekelip mata sahaja kek yg kat atas 2 licin dikerjakan oleh 6 orang yg berada dirumah... memang gebu. very moist & tak berapa manis :)

Resepi dari dapur Maria di KK. hehehe kali ni dapur rumah Maria pulak kena geledah :D Mama ni tak de kerja lain..gi dapur diorang habis gerobok2 mama geledah hehehe tapi lepas geledah mama kemas tau!!!.

Okay lah banyak songgeh plak :D Blh ke rumah Maria KK atau pun rumah Hana Jepun diroang dah lama cuba resepi dari CMG ni..mama sahaja yg ketinggalan keretapi kapalterbang lah :D Terima Kaseh semua kerana share resepi



Kek Pisang Lembab
bahan-bahan:
250 g tepung gandum*
1 camca teh soda bicarbonate*
1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
15 g ovallate
150 g gula halus
5 biji telur gred A
125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
100 g minyak jagung
225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus

Cara-cara

-Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser bund-pan dengan mentega, tabur tepung rata dan ketuk keluar lebihan tepung. Ketepikan. (kalau guna tin kek warna hitam, turun kan suhu jadi 160C..sebab tin hitam kadar penyerapan haba dia lebih tinggi).
-Putar gula dengan ovallate hingga sebati, masukkan telur (kesemuanya) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek, gaul rata.
-Masukkan tepung berselang seli dengan metega cair + minyak jagung tadi. Buat hingga siap dan gaul rata. Tuang dalam tin yang telah disediakan. Bakar 55 - 60 minit atau hingga masak, mengikut oven masing2. *klu wat cc cam hana, bakar 20-25minit.

-Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih, tanda kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...