Wednesday, April 27, 2011

Pot Chicken Rice - Trymasak


Selamat Pagi kepada teman2 mama yg dikasihi & di ingati selalu...
Pagi ini mama ingin berkongsi resipi yg simple lagi sedap makan malam kami semua semalam. Mungkin dapat beri idea kepada teman2 yg buntu hendak masak hidangan makan tengahari atau pun malam. Suka dengan resipi yg mama cuba ini..ada unsur2 chinese cooking pun. Yg pasti semua dirumah menyukai nye.

Terima Kaseh TryMasak for the recipe..Mama ada tokok tambah & also adjusted here and there... jgn marah yer :) And also minta izin yer mama letak recipe disini :)

Pot Chicken Rice
Bahan2

1) Beras (200g)
2) Air (250ml)
3) Isi Ayam - dipotong kasar (200g)
4) Cendawan Kering - direbus & dihiris nipis (4 biji)
5) Daun Bawang - dicincang kasar (1 tangkai)
6) Cili Merah - dihiris nipis (1/2 biji)
7) Halia (10 hiris)
8) Bawang Putih - dicincang (2 ulas)
9) Gula (2 sudu besar)
10) Sos Tiram (2 sudu besar)
11) Kicap Pekat (1 sudu besar)
12) Kicap Cair (1 sudu besar)
13) Minyak Bijan (1 sudu besar)
14) Jus Halia (1 sudu besar)
15) Serbuk Lada Hitam (1 sudu besar)
16) Garam (sedikit)



Cara memasak

Perap ayam bersama lada hitam, garam, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, minyak bijan, jus halia dan gula. Ketepikan.
Masak nasi bersama air secukupnya.
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan hirisan cili, cendawan dan ayam. Kacau sebati hingga ayam empuk.
Apabila nasi masak, masukkan ayam diatasnya. Biar hingga aroma ayam sebati bersama nasi dan kuahnya kering.
Taburkan daun bawang sebelum dihidang



mama tambah kan bawang jepun 1/2 biji lada capcicum merah & kuning 1/2 biji - dicincang kecil dan di tabur selepas nasi masak. Bila nasi dan ayam dah masak..gaulkan dan hidangkan. Sedap di makan bersama sambal nasi ayam :P

9 comments:

Sheila Shafeareen said...

Assalamualaikum
Mama- napk sunggu menyelerakan le satu cadangan yg baik ni..
bahan yg dah di tumis dgn ayam tu masuk terus kedlm rice cooker ye mama gaul besame nasi sekali ye?

tun_telani said...

morning ma! nmpk sgt sedap! jus halia tun air perahan halia ek? kalau tun lebihkn je halia tu pun blh jugakkan?

Chik Mimi said...

Assalam ma wah pagi2 nampak nasi ni lapo ler pulak

Mama Hawa/Mama Nani said...

Sheila..
Wslm Sheila..
Tuh lah semalam petang dh tak ada idea nak msk jln2 ternampak resipi nih. Mudah & sedap lagi :P
Aah..bahan2 yg dh ditumis diltk kedlm periuk nasi yg dh masak tekan on dan apabila nasi & ayam dah masak gaul kan nasi. Sedap dimakan bersama sambal nasi ayam :P Cuba lah :)

Tun_Telani...
hehehe dah tengahari pun Tun :)Aah Tun tapi kalau tak nak ltk jus letak halia yg ditumbuk halus2 lagi terasa..utk hirisan halia kalau gunakan halia muda lagi sedap dimkn sekali :P

Chik Mimi..
Wslm Mimi :D hehehe menu mkn malam semalam yg tak sempat di N3 kan

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ada kelainanlah cara memasaknya ni... kalu semua satu rumah suka, msti sedap betulkan..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam mama...

nasi tu nampak menarik & bahan2 pun mudah... rasa macam nak cubalah resepi ni.... Saya & suami suka gak resepi2 ala chinese cooking ni.. thanks ye ma resepinya sy print dulu.. cuba tu bila2 senang insyaAllah..

CT Delima said...

Assalamulaikum mama

Rasanyakan lama gak ct tak buat nasi ayam. Bila nampak nasi ayam ni, macam teringin nak masak. ayam pun masih ada 1 ekor dlm petiais tu. Tapi tunggu anak2 ada request tak minggu ni.. hehehe

Unknown said...

sedapnya nengok nasi ni mlm2 ni..terasa lapar blk jer perut ni...hehe

mama, tq yer sharing resepi mac n cheese yg sedap tu..:)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Sari Yusa..
Aah..Yus..senang jer dah msk nasi tuangkan bahan2 yg dh tumis. Takut jgk kalau2 tak sedap...alhamdulliah semua dirumah suka :P

Madihaa..
Wslm Madihaa.. Madihaa & suami pun suka mkn ala2 chinese :P Kat sini anak & hubby pun suka :) Silakan tokok tambahlah mana yg perlu :)

CT..
Wslm CT
Betul tuh kena tunggu selera anak2... Kita yg msk ni kena lah ikut rentak dieorg kalau tidak kang tak terhabis plak..hehehe


Nieza...
hehehe simple utk the family mkn Nieza :)No problem :) hope u n hubby suka :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...