Tuesday, June 8, 2010
Udang Seri Cornflakes
Hari hujan & cuaca pun sejuk.... perut asyik lapor jer...
Salam & selamat petang semua teman2 mama yg diingati & disayangi semua :D
Tengok2 buku resipi terpandang Udang Seri Cornflakes dari Chef Ismail buku resipi dari Nestle Cornflakes tahun 2004. Huh!! lama betul buku ni tersimpan..ha3x
Crunchy2 time panas2 makan. Sedap cicah ngan cili sos thai :D
Udang Seri Cornflakes
Bahan2
600gm udang besar - mama gunakan udang sedang2 jer
1/2 camca teh gula
1/2 camca teh lada sulah
Batter
120gm tepung gandum diayak
2 camca teh serbuk penaik
2 camcabesar tepung jagung
2 camca besar cornflakes dikisar halus
1 camca besar minyak masak
190ml air
3 cawan minyak masak
secukup cornflakes dikisar kasar
Cara membuatnya
Bersihkan udang, tinggalkan kulit ekor dan belah ke bentuk rama2.
Perap udang dengan gula dan lada sulah selama 10 min.
Sementara itu, dalam mangkuk campur tepung, serbuk penaik, tepung jagung dan cornflakes.
Buat lubang ditengah campuran dan masukkan minyak.
Sedikit demi sedikit masukkan air dan kacau sehingga menjadi batter yg sebati; rehat batter selama 15min.
Pegang udang pada bahagian ekornya dan celup ke dalam adunan batter.
kemudian sadurkan dengan cornflakes dan letak kedalam minyak yg sederhana panas.
Pegang ekornya dengan menggunakan penyepit kayu, goreng udang hingga masak dan kekuninggan.
Hidangkan segera.
Monday, June 7, 2010
Thank You Kad from Love
Salam pagi Isnin semua :D Pagi2 begini mama tak ada gambar masakkan nak tayang sebab blm masak lagi..hehehe kejap lagi nak ambik Nazli kat Airport.
Ni bunga rose pemberian dari Love sempena menyambut ulangtahun blog Love yg ke 1 tahun.
Anyway Love Happy 1st birthday to u and may we fellow blogger of yours cherrish, have fun wif blogging, made friendship thru cyberworld :D
Friday, June 4, 2010
Apam Dot2
Salam semua di hari Jumaat yg mulai mendung di bumi SG
Petama kali tengok kat blog teman baru Lyza memang terpegun dan jgk teruja hendak membuat apam dot2 ni... Sungguh lah creative diorang ni :) Mama buat 2 warna jer.Lyza dapat resipi ni dari blog Azita & Norli... Apa2 terima kaseh kepada penyumbang resipi :)
buat dalam bekas kecil2 blh dapat banyak kalau 1 adunnan ni. Apam ni ada rasa2 macam coconut blossom atau mungkin kerana mama isikan dengan inti kelapa.... Lyza terima kaseh yer letak resipi apam dot2 mama C&P dari rumah lyza buat rujukkan akan datang :D
APAM DOT DOT-
Bahan-bahan (lebih 100 biji papercup kecil) :
3 biji telur (Gred B) - dari peti sejuk
275 gm Tepung gandum
220 gm Gula castor
150gm Susu segar
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya - mama letak inti kelapa
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Letakkan inti (blueberry filling) secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. (Untuk mendapatkan dot dot tu..just ambil adunan yg berlainan warna yg ada d piping bag yg d potong lubang kecil (bulat) ...just pump few dots on top of the adunan ..ikut lah berapa dot yg anda suka......) kemudian kukus 15 hingga 20 min..
SELAMAT MENCUBA..
Thursday, June 3, 2010
Nasi Briyani Simple
Dah complete semua...hahaha
Nasi briyani Simple ni memang sesuai makan bersama dalca sayur & ayam masak merah bermadu...Resipi asal Nasi Briyani Ikan yg mama dah ubah suai dari rumah Nur SG. hehehe memandai jer mama ni kan!!! Tapi baru tadi anak2 makan bersama2 teman2 diorg kat rumah ni... sedap & lembut nasi ni :P
Jangan marah Nur mama pandai2 ubah plak resipi ni....
Bahan untuk memasak nasi
600 gm beras basmati - dibersihkan, dicuci dan ditoskan.
9 cawan air - mama ikut sukatan paras beras & air
2 camca teh garam
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kerat kecil kayu manis
2 helai daun pandan
1 camca teh air mawar

Cara-Cara1. Masukkan kesemua bahan-bahan diatas dalam periuk (kecuali air mawar). Masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih, masukkan beras dan tuang air mawarnya.
3. Bila beras mulai kembang, buangkan airnya dan ditoskan.*
4. Masukkan satu lapis nasi dalam periuk, diselang-selikan dengan ikan dan campuran rempah tumis.*
5. Buatkan kesemuanya sebanyak 3 lapis nasi dan 2 lapis ikan dan di atas sekali diselaputi dengan lapisan nasi.*
6. Titiskan 1 camca besar pewarna kuning dan taburkan daun ketumbar di atas nasi.
7. Cucuk nasinya dengan pisau pada beberapa bahagian supaya wapnya mudah naik. Dimasak lagi dengan api kecil hingga tanak.
p/s: mama tambahkan 1/2 inci halia yg diblend dan hirisan bawang besar dalam 1 biji besar ditumis bersama minyak sapi & sedikit minyak makan sehingga wangi dan masak dalam periok rice cooker spt biasa :)

Dalca Sayur
Dalca Sayur yg sedap di makan bersama Ayam masak merah bermadu. Mama ambik resipi dari TryMasak..
Mri tengok resipi :D
Ingredients
Kacang dal (100g)
Ayam - dipotong kecil (100g)- mama x letak
Bawang putih (2 ulas)
Bawang merah (2 ulas)
Halia (1 cm)
Rempah kari daging (2 sudu besar)
Santan cair (6 cawan)
Bawang besar - dibelah empat (1/2 labu)
Serai - diketuk (1 batang)
Kacang panjang - dipotong (2 batang)
Terung bulat (1 biji)
Jagung muda (4 biji) - x letak
Tomato - dipotong empat (1/2 biji)
Lobak putih - x letak
Kacang bendi (4 biji)
Lobak merah (sedikit)
Ubi kentang - dipotong dadu (1 biji)
Cili hijau (3 biji)
Gula (sedikit)
Garam (sedikit)
Minyak untuk menumis

Directions
Pertama sekali, masukkan kacang dal yang sudah dibersihkan ke dalam periuk, diikuti dengan 4 cawan air serta 1 ulas bawang putih dan 1 hiris halia yang dihiris halus.
Tutup periuk dan biarkan mendidih hingga kacang dal lembut.
Setelah itu, hiris halus 1 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah dan 1 hiris halia. (mama blend semua bahan ni)
Kemudian, panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang putih hingga wangi diikuti dengan bawang merah dan halia.
Apabila bawang merah layu, masukkan rempah kari yang dicairkan dengan sedikit air dan kacau hingga pecah minyak.
Selepas itu, masukkan gula, kacau sebentar dan masukkan ayam. Kacau hingga pecah minyak dan biarkan sebentar.
Apabila kacang dal benar-benar lembut, masukkan ke dalam periuk tadi kacau sebentar dan biarkan mendidih.
Setelah itu, masukkan garam, diikuti dengan ubi kentang, jagung muda, terung, lobak putih, bendi, serai, tomato, cili hijau, kacang panjang, lobak merah, bawang besar, dan akhir sekali santan.
Kacau seketika dan biarkan mendidih hingga kuah pekat dan bahan-bahan tadi benar-benar empuk. Sedia untuk dihidang.

Ayam Masak Merah Bermadu
Selamat Petang & Salam sayang buat teman2 mama semua :D
Hari ni mama masak special sikit.... ada orang 2 birthday..hehehe
Selepas puas buat rondaan kat rumah teman2 pagi tadi..mama puas hati dengan resipi ayam ni :D Memang selalu ayam masak merah..tapi kali ni AYAM MASAK MERAH BERMADU dari rumah Nor di TrGanu. Puas hati beb!!! Tak mahu banyak berbual kang lambat pulak nak siapkan N3..hehehe
Nor terima kaseh lah share resipi yg marvelous ni!!! Seperti biasa kita C&P dari rumah Nor yer :)
Ayam Masak Merah Bermadu
1/2 ekor ayam ~ dipotong dan toskan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
2 sudu besar cili mesin
3 labu bawang besar ~ diblend
3 ulas bawang putih ~ diblend
1/2 in halia ~ diblend
garam
3 sudu besar madu
air asam jawa/tomato sos
1 sudu besar kicap manis
air secukupnya
1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
minyak
Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
Tumiskan cili mesin hingga garing dan masukkan bahan yg diblend. Kacau.
Bila bahan2 tumis dah garing, masukkan 1/2 gelas air . Tujuan masukkan air ni utk nak bagi rempah2 tumis tu pecah minyak dgn elok.
Masukkan garam dan masak hingga tumisan garing dan pecah minyak.
Masukkan kicap dan 1 gelas air lagi. Masak hingga mendidih barulah dimasukkan air asam jawa/sos tomato.
Sentiasa gunakan api yg sederhana dan jgn sekali2 kerana nak cepat dibuka api yg besar. Memang kuah kita kering tp rempah2 tu kurang 'masak'.
Masak lah hingga kuah hampir pekat baru la dimasukkan madu. Gaul sebati.
Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak dan kuah pekat.
Masukkan bawang yg dipotong bulat, kacau2 kejap dan padamkan api.
Hidangkan dgn nasi putih. Boleh gak dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dll..
Wednesday, June 2, 2010
Thai Fried Bananas
Salam semua di petang hari Rabu :D
Hari ni mama tak masak. Apa yg ada makan jer..cik hubby tak cerewet.
Untuk petang ni mama buat Thai Fried Bananas. Pernah nampak kat blog Ika Bangkok..ika menggunakan pisang & mango.
Ingat nak makan dengan ais cream macam tunjuk kat tv semalam rancangan "Buffetlicious" kalau tak silap mama.. takut pulak tekak ni nnt makin perit pulak..
Okay lah mari kite tengok resipi :D memang senang membuat nyer kan IKA!!! terima kaseh Ika for sharing the resipi :D
Thai Fried Banana Ingredients
For this recipe, you will need:- frozen spring roll pastry wrappers (6 inch square)
- 2 bananas
- cooking oil for frying
Prepare the Spring Roll Wrappers
Allow the wrappers to thaw for 5 to 10 minutes, before opening the packet. Open the packet and carefully separate 4 of the wrappers from the pile. Prepare your first wrapper by turning it 45 degrees, so it looks like a diamond.Add Bananas to the Wrappers
Peel a banana and break it in half. Place the banana half in the center of the wrapper. Grasp either side of wrapper and bring toward the center. Hold the wrapper in place on top of the banana with one finger.Roll the Wrappers
With your other hand and thumb, bring the bottom end of the wrapper up over the banana. Tuck in the end and roll the banana over until it is completely wrapped. Secure the top corner of the wrapper by dipping your fingers in a little water and wetting the end to seal it like an envelope. Now the banana is ready to be fried.Let's do it with the other banana half. Place the banana in the center, fold in the sides, bring up the bottom and roll it up to the top. Wet the top corner and seal.
Fry the Banana Rolls
Next, heat about 1 inch of cooking oil in a pot or deep frying pan. Keep the temperature at a medium high heat. The oil is hot enough when bubbles begin to rise from the bottom of pan.Carefully place the wrapped bananas into the oil. Fry until the bananas until they are golden brown. If the oil does not cover the bananas, flip them over to fry both sides.
When they are done, turn off the burner and remove the pan from the heat. Take the bananas out from the oil and place them on a towel or absorbent paper to drain.
Serve and Enjoy
Serve the bananas warm. For a special dessert, top them with chocolate sauce and whipped cream.Mama serve dengan cinnamon sugar dan curahkan coklat Hershey. Makan ketika panas2 memang enak sekali :P Yum3x
Tuesday, June 1, 2010
Ikan Pari Masak Hijau
Mama memang tak pernah goreng ikan pari..selalu masak asam pedas saja... tapi bila nampak kat rumah AYU... terus ingin mencuba. Memang sedap Ayu kena pada tekak mama.. macam biasa lah sambal belacan 2 kalau buat mesti tambahkan cili padi baru cik hubby kata ada 'ummph'. Terima kaseh ayu mama minta izin letak resipi disini... senang buat rujukan belakang hari :)
Ingredients:-
2-3 ekor anak ikan pari-dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3-4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukupnya
Method:-
Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . Masukkan sedikit perasa dan garam kalau necessary dan gaul rata. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. Matikan api. Siap untuk dihidang.
Sources:-From a cooking programme in suria channel
Sayur Goreng Campur Istimewa
Salam bertemu kembali...hahaha tak mau sedih2 kan... Along & Shasha cakap kalau adik takde mama selalu tak masak.. ataupun mama masak simple2...Mana tak masak!!! Tengok ari ni mama masak pe!!! hehehe
Okay lah hari ni mama mencuba resipi dari TryMasak.com. 'Sayur Goreng Campur Istimewa' apa saja sayur yg ada dalam fridge 2 mama gunakan.. malas nak ke pasar..Sedap tau!!!
meh kite tengok resipi :) Terima Kaseh!!!

1) Putik jagung - potong kasar memanjang (4 biji)
2) Cendawan tiram (1/2 cawan)
3) Kacang sepat (1/4 cawan)
4) Lada benggala kuning - potong memanjang (1/2 biji)
5) Lada benggala merah - potong memanjang (1/2 biji)
6) Bawang besar - hiris nipis (1/2 biji)
7) Brokoli - dipotong kasar (1/4 cawan)
8) Tepung jagung - dicairkan dengan sedikit air (1/2 sudu besar)
9) Sos tiram (2 sudu besar)
10) Kicap cair (1/2 sudu kecil)
11) Sos ikan (1 sudu kecil)
12) Garam (secukup rasa)

Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
Masukkan jagung muda, masak beberapa ketika dan masukkan kacang pis.
Apabila kacang pis dan jagung sedikit layu, masukkan brokoli, lada benggala kuning dan lada benggala merah.
Masak hingga sayuran layu mengikut citarasa anda.
Masukkan cendawan tiram, garam, sos ikan, sos tiram dan kicap cair. Sebatikan.
Apabila hampir masak, curahkan tepung jagung.

Nazli off to Sabah 31.05.2010
Salam semua di pagi hari Selasa....
Dah beberapa hari dapur mama tak berasap!!!!
Sebenar nye sibuk sikit dengan last minute persiapan Nazli yg telah pun berangkat ke Sabah semalam pagi...
Sedih.... kerana 1st time dia on his own without family...
Happy... sebab dapat menyertai pasukkan National.
Bersama Coach Pasukan dan teman2 seramai 22 orang semua nyer...
Subscribe to:
Posts (Atom)