Salam semua di hari Jumaat yg mulai mendung di bumi SG
Petama kali tengok kat blog teman baru Lyza memang terpegun dan jgk teruja hendak membuat apam dot2 ni... Sungguh lah creative diorang ni :) Mama buat 2 warna jer.Lyza dapat resipi ni dari blog Azita & Norli... Apa2 terima kaseh kepada penyumbang resipi :)
buat dalam bekas kecil2 blh dapat banyak kalau 1 adunnan ni. Apam ni ada rasa2 macam coconut blossom atau mungkin kerana mama isikan dengan inti kelapa.... Lyza terima kaseh yer letak resipi apam dot2 mama C&P dari rumah lyza buat rujukkan akan datang :D
APAM DOT DOT-
Bahan-bahan (lebih 100 biji papercup kecil) :
3 biji telur (Gred B) - dari peti sejuk
275 gm Tepung gandum
220 gm Gula castor
150gm Susu segar
3 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling blueberry secukupnya - mama letak inti kelapa
Cara-cara :
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5. Letakkan inti (blueberry filling) secukupnya.
6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. (Untuk mendapatkan dot dot tu..just ambil adunan yg berlainan warna yg ada d piping bag yg d potong lubang kecil (bulat) ...just pump few dots on top of the adunan ..ikut lah berapa dot yg anda suka......) kemudian kukus 15 hingga 20 min..
SELAMAT MENCUBA..
1 comment:
ishhh tak leh jadi ni ma...itu dot dot apam harusss ku buat kan..
Post a Comment