Salam & Selamat Pagi Sabtu kepada teman2 semua!!!!
Mama dan keluarga telah selamat pulang ke SG pada petang hari Khamis :D Tapi disebabkan banyak kerja yg perlu disettlekan esp kain baju ... pagi ni dapat lah mama upload & buat N3 :D
Murtabak Paratha yg memang senang & sedap di makan panas2 waktu sarapan pagi :)
Mama dapat resipi dari MyResipi - Siti Hanan kalau tak silap Ni nak bukak laman Myresipi tak boleh plak!
Bahan-bahan
- 100 g daging cincang
- 2 biji ubi kentang
- 1 sudu setengah rempah kari
- 1/2 biji bawang besar
- 1 ulas bawang putih
- daun sup
- minyak
- 1 sudu kecil garam& gula secukup rasa
- 2 keping roti prata instant
- 2 biji telur
Cara-cara
- Buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
- Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
- Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan gul. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
- Pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
- Ambil kulit prata yg di giling tipis sedikit dan bungkus inti murtabak segiempat.
- Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak di atas kuali leper sehingga masak
1 comment:
salam mama...
sedap murtabak instant tu..ku suker.. errr..gambo cuti2 tak dak ka?
Post a Comment