Salam & Selamat Malam semua teman2 mama yg diingati selalu :D
Alhamdullillah... selesai sudah ibadah pose mama utk hari ni :) Amin... semoga hari2 besok dapat mama melaksanakan ibadah pose mama dengan sempurna lagi...
Jalan2 kat rumah teman2 mama terjumpa resipi ni KUIH DADAR BERLAUK yang sebenar berlauk kan daging cincang bersama kentang... tapi oleh sebab kentang & daging cincang tak de dlm simpanan..mama gantikan dgn sayur taugih yg memang menjadi pujaan hati ku..hehehe
Resipi dari dapur As di NZ..jauh 2. Ingin jugak nak kesana suatu hari nanti..tengok lah kalau duit simpanan dah bertambah ....hehehe Okay lah meh kite tengok resipi dari rumah Az. Terima Kaseh As kerana sudi berkongsi resipi.. ni mama C&P jer minta halal yer sis!!
Kuih Dadar Berlauk- As Nurkasih Blogspot
Sediakan bahan inti terlebih dahulu
Bahan2 Inti
500gm kentang (dikupas kulit dan dipotong dadu)
1 btg carrot
2sdb serbuk kari daging
200gm isi ayam di cincang halus
1/2 labu bawang besar -dikisar
3ulas bawang putih -dikisar
1 kiub pati ayam (sbg perasa) kalau x letak pun x pe..
garam secukup rasa
segenggam hirisan daun sup dan daun bawang
cara2:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar,masukkan serbuk kari,kiub ayam, setelah naik minyak, masukkan isi ayam dan kentang.Masukkan garam secukup rasa. Gaul rata, biarkan hingga kentang empuk. jika hendak sedikit berkuah masukkan sedikit air.Sebelum tutup api taburkan daun sup dan daun bawang dan gaul rata..
Bahan2 untuk tepung
500gm tepung
1cawan susu segar
air secukupnya
1bj telur
2sdb minyak
1sdk garam
* blend semua bahan diatas
seperti membuat lempeng biasa. Panaskan kuali leper dan sendukkan 1 senduk nasi dan leperkan kat atas kuali dan tunggu sampai adunan kering & angkat.
Ambil 1 lempeng letak inti, lipat kiri dan kanan dan gulung..
Selamat Mencuba
No comments:
Post a Comment