Friday, June 11, 2010

Novels.....

Salam di pagi Jumaat :D

Tak tahu kenapa mama tak blh upload gambar2 masakkan dari file mama..hiss geramnyer!!! Dari tadi dah cuba byk kali masih tak boleh jgk!!! he... gerammmmmmm.
Tak pe lah ... sabor jer byk2... pagi2 Jumaat ni :D
Ni salah 1 buku cerita yg dah mama baca...

Saat Kau Kata Cinta - Anis Ayuni


 Melihat gambar2 Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka diParis membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan utk menceritakan kepada Nuril hal yg sebenar. Bimbang Nuril akan mengambil tindakan diluar jangkaan. Lalu, 'direlakan' episod cinta anak2 sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran...
Takdir menemukan Darwina dengan Azil. Lelaki itulah sandarannya utk membina bahagia. SEdang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu, kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yg tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana ditanah air sudah ada yg merindu...
Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yg diharap, derita yang tiba..Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa2nya berdusta dalam bercinta.
Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak pernah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?




Yang sebenarnya - Aisya Sofea. 

Tidak semua cinta itu berbalas. Inilah yg terjadi kepada Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat..
Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah. Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa menyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.
Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta utk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, lelaki itu seperti memusuhinya.
Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

  
  SELAGI ADA DIA - Aisya Sofea


 Sinopsis : PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.
Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.
Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...