Friday, April 29, 2011
Roti Goreng Ranggup Hasue
Assalaimualikum dan salam hari Jumaat semua..semoga di pagi Jumaat ni kite semua diberi kesihatan & kebahagian ...Amin!!!
Sarapan pagi ni..Roti Goreng Ranggup Hasue yg memang fofular sangat2.. Ramai teman2 yg dah buat... mama tak mahu ketinggalan jgk... Last mama tgk kat rumah Sheila. Sheila menggunakan inti strawberry... biasalah kat rumah mama nih kalau manis2 ada kureengggg sikit..so mama ltk inti sardine yg digoreng biasa jer ..x brapa pedas sangat..sesuai utk breakfast :)
Terima Kaseh Hasue ... kalau kasi garing2 sikit lagi best lagi garingggg.....
Mama C&P resipi & letak disini yer :)
Roti Goreng Rangup >> HaSue@myresipi.com
Bahan-bahan:
* 8 keping roti
* Serikaya - Secukupnya
* 2 cawan Tepung gandum
* 2 1/2 cawan air
* 2 sm Marjerin
* 1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
* Sedikit pewarna kuning
Cara-cara
1. Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
2. Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
3. Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
4. Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)
5. Tips: Roti yg dipotong pd saiz kecil lebih menarik perhatian si manja anda.. SELAMAT MENCUBA! :)
Nota biru:Adunan yang sama boleh juga untuk menggoreng pisang,keledek,keladi,cempedak dan sebagainya yg memerlukan adunan tepung goreng..
Thursday, April 28, 2011
Devil's Food Chocolate Cake... AYU
Panasssss cuaca diluar sampai terbawa kat dalam rumah....
Salam tengahari teman2 semua.. dah makan?? Mama kenyang lagi ... sarapan lontong pagi tadi masih terasa lagi..
Ni nak jalan2 BW..internet ada sikit punya slow..cam kereta lembu plak!!! Baik mama N3 resipi2 yg blm sempat di letak dlm blog...Terima kasih yer teman2 mama yg berkunjung.. bila internet dah okay mama BW k :)
Nama resipi cake ni jer dah macam takut .. tapi tak takut plak nak makan kek yg sedap & marvelous sekali!!
Buat minggu lepas..gunakan loyang kecil sikit so agak tinggi lah hasil nyer...next time nak buat loyang besar sikit biar rendah sikit dan bila diptg2 ... ada ala2 brownies pulak. Pandai2 jer mama nih kan :)
Belek punya belek resipi.. kerana tak pernah buat kek yg ada siap topping lagi..tapi bila dah buat nak dapat rasa hasil nyer..waallaaa..yum3x tak blh berhenti :)
Mama cam biasa lah.. resipi selalu ambik dari dapur Ayu..hehehe byk dah resipi2 yg dah print hanya menunggu masa utk mencuba..esp cake yg berlayer2 :)
Thanks yer Ayu :) mama minta izin letak resipi di sini :)
Devil's Food Chocolate Cake - Ayu
Ingredients:-
1 cup all purpose flour
1/4 cup cocoa powder-( Ayu used Valrhona cocoa powder)
3/4 tsp bicarbonate soda
1/4 tsp salt
1/2 cup granulated sugar-Ayu used 1/4 cup
1/2 brown sugar- Ayu used 1/4 cup
65g butter
1 large egg
1 tsp vanilla extract
1/4 cup buttermilk- (homemade 1 cup milk added with 1 tbsp distilled vinegar leave to rest for about 20 minutes, but use 1/4 cup only ya for this recipe)
1/2 cup warm water
Method:-
Set your oven at 170C
Prepare your cake tins.
Sieve flour, cocoa powder, bicarbonate soda, salt, and set aside.
Beat butter with sugars until light and fluffy, add eggs.
When all well incorporated add the dry ingredients (flour, cocoa powder etc) and alternate with liquid ingredients (buttermilk + warm water) in three portions, last incorporate the vanilla extract.
Bake for about 30 minutes or until just cooked
**********************************************
Bahan: -
1 cawan tepung gandum
1 / 4 cawan cocoa powder-(Ayu gunakan Valrhona)- mama gunakan selbourne
3 / 4 sdt soda bikarbonat
1 / 4 sdt garam
1 / 2 cawan gula pasir-Ayu gunakan 1 / 4 cawan
1 / 2 brown sugar-Ayu gunakan 1 / 4 cawan
65 g mentega
1 biji telur besar
1 sdt vanili ekstrak
1/4 cawan buttermilk-(buatan sendiri 1 cawan susu ditambah dengan 1 sudu makan cuka.
Rehatkan selama 20 minit tetapi recipe ni hanya gunakan 1/4 cawan saja)
1/2 cawan air suam
Kaedah:-
Set oven 170C. Siapkan atin kek anda.
Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan2 kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cair(buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.Terakhir masukkan vanili estract. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.
Cream Cheese Frosting-(make 1/2 the amount next time)
250g Philadelphia cheese-(next time just use 1/2 this amount for the cream cheese)
125 butter
1 cup icing sugar-Ayu used 1/4 cup
1 tsp vanilla extract
juice of a squeezed slice of lemon
Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.
Chocolate Ganache-(make 1/2 the amount next time)
200ml double cream with at least 30% fat content-I used whippping cream
250g dark chocolate, chopped finely
a pinch of salt
In a double boiler, warm the cream until just at boiling point, add the chocolate & salt and stir. When all the chocolate has melted, remove for heat and continue stirring until all well mixed.
Let the cake cool completely, spread the cream cheese frosting and pour the ganache on top.
************************************************
Cream Cheese Frosting:-(lain kali buat 1/2 adunan aje)
250g Philadelphia cream cheese
125g mentega
1 cawan gula aising-(Ayu gunakan 1/4 cawan aje)
1 sdt vanili ekstrak
jus daripada lemon
double boil cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.
Chocolate Ganache:-(lain kali buat 1/2 adunan aje)
200ml double cream-(Ayu gunakan whipping cream)
250g coklat gelap dicincang halus
sedikit garam
Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, Angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting krim keju & tuangkan coklat ganache diatas.
Lodeh Mami & Spicy Tomato Chicken....
SELAMAT HARI RAYA.... hehehe SELAMAT PAGI TEMAN2
Salam sejahtera semua & selamat pagi haro khamis yg berbahagia ini :)
Menu dinner semalam yg bersuasana seperti hari raya pulak..hehehe si Shasha & Along siap ckp ngan abah diorang...."Bah.. besok hari raya tau!!! Kite nak duit collection!!!" Tak malu dah besar2 pun nak duit collection!!! Apa lah shah!! ki3x
Semalam waktu pagi biasa lah hari Rabu anak mama si Along dier off so dapat lah bawak my mum jln2 ke JB tak jauh ke pasar Larkin jer..jadi lah:) Dapat lah beli sikit2 barang....
Okay tak mahu cerita panjang lebar.. utk di makan bersama lontong ... ingat nak masak sambal tumis fishball jer..tapi anak2 requested plak masak ayam... ayam lagi!! Takpe lah memang dah beli ayam ingat nak goreng jer..masak lah resipi yg memang dah lama mama print dari dapur Ayu -Spicy Tomato Chicken .. sedap mama suka coz..tak pedas hehehe.. Betul memang sedap seakan2 ayam masak merah tapi ada letak bawang goreng & kicap. Blh lihat resipi dibawah atau terus pergi ke dapur AYU .. thank u dear :)
Spicy Tomato Chicken
sumber: Ayu & Kak Fida @myresipi
Cukup sesuai ngan tekak mama yg memang dah tua agak nyer..tak blh makan pedas2 sangat.. kepada teman2 yg ingin pedas lagi boleh lah tambah cili kering..
Ni lodeh mami ... bukan lodeh mama tau hehehe
Pedas sikit dan lain sikit dari kuah lodeh yg selalu mama buat. Tapi hasil nyer memang sedap. Cuma mama tak letak daun kunyit... tambah kan dengan daun salam yg memang ada di dlm freezer.
Resipi dari Buku masakkan Kak Asmah Laili- Mintak Ampun Sedap nya...
LODEH MAMI - Kak Asmah Laili
Bahan2 yg dikisar:
1/2 cawan ikan bilis kering yg kecil - mama gunakan ikan bilis biasa
1/2 cawam udang kering
10 batang lada kering - direndam dahulu hingga lembut
3 ulas bawang putih
2 bawang besar
2 batang serai - mama gunakan 4 batang coz serai mama kurus2
1 jari lengkuas
1/2 jari kunyit hidup
Bahan di racik halus/rampai
1 heali daun kunyit yg muda (buang tulangnya) - mama x letak - letak daun salam
3 batang serai (hanya bahagian yg putih) - mama letak 6 batang yg kurus
6 biji cili padi (kalau suka - dipatah 2) mama tak letak
10 biji bawang merah
Bahan 2 lain
1 tin susu cair tanpa lemak atau 1 ltr santan dari 1 biji kelapa - mama gunakan 1 1/2 kotak santan
1 biji sengkuang, dihiris batang mancis
1 batang lobak merah, dihiris jgk
1/2 biji kobis, dihirs kasar2
6 keping cendawan segar shitake, dihiris (kalau suka) - mama x suka
10 batang jagung muda, dihiris bulat2 - x letak
6 batang kacang panjang di ptg 1/2 jari pjg - mama lebihkan
250 gm udang hidup dikupas kulit
2 keping tauhu , diptg 4 dan digoreng
3 keping tempe di hiris
1 batab serai, dititik
minyak utk menumis
garam & gula secukup rasa
Cara
Cuci bersih semua sayur yg telah sdiptg dan toskan. Asingkan sengkuang, yg lain campurkan jadi satu. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis serai, serta bahan2 kisar, tumis hingga garing dan naik aromanya. Masukkan susu atau santan dan masukkan semua bahan yg diracik/rampai. Biarkan ia mendidih sehingga semua perencahnya lembut & sebati. Masukkan sengkuang, masak sehingga lembut sedikit. Kemudian baru masukkan udang serta semua sayur mayur, garam & gula secukupr rasa. Jika kuahnya terlalu pekat, tambah air. Masukkan juga tempe dan tauhu. Bila sayur lembut matikan api. Rasa jika ada yg kurang tambah.( mama masukkan tempeh bersama sengkuang dulu..biar tempeh lembut & masak)
CATATAN - anda boleh pilih sayur mayur kesukaan anda, spt kacang buncis, terung, bunga kobis dan etc...
Salam sejahtera semua & selamat pagi haro khamis yg berbahagia ini :)
Menu dinner semalam yg bersuasana seperti hari raya pulak..hehehe si Shasha & Along siap ckp ngan abah diorang...."Bah.. besok hari raya tau!!! Kite nak duit collection!!!" Tak malu dah besar2 pun nak duit collection!!! Apa lah shah!! ki3x
Semalam waktu pagi biasa lah hari Rabu anak mama si Along dier off so dapat lah bawak my mum jln2 ke JB tak jauh ke pasar Larkin jer..jadi lah:) Dapat lah beli sikit2 barang....
Okay tak mahu cerita panjang lebar.. utk di makan bersama lontong ... ingat nak masak sambal tumis fishball jer..tapi anak2 requested plak masak ayam... ayam lagi!! Takpe lah memang dah beli ayam ingat nak goreng jer..masak lah resipi yg memang dah lama mama print dari dapur Ayu -Spicy Tomato Chicken .. sedap mama suka coz..tak pedas hehehe.. Betul memang sedap seakan2 ayam masak merah tapi ada letak bawang goreng & kicap. Blh lihat resipi dibawah atau terus pergi ke dapur AYU .. thank u dear :)
Spicy Tomato Chicken
sumber: Ayu & Kak Fida @myresipi
Bahan-bahan ( 1 famili )
- 500 g ayam -dipotong kecil dan di goreng-(Ayu used 1 ekor ayam large-digaul kunyit & garam then goreng)
- 1 biji bawang besar- dipotong bulat
- 2 biji tomato - di hiris / ptg dadu
- 10-15 tangkai cili kering *- di rendam hingga lembut
- 8 biji bawang merah*
- 2 cm halia*
- bahan bertanda(*) dikisar halus.
- 5 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
- 1 sb tomato sos
- 2 sb cili sos
- 2 sb kicap manis
- garam, gula secukup rasa
- 1/2 cawan minyak masak - utk menumis
- daun sop dan daun bawang - dihiris halus
- 1 btg cili merah - dipotong serong-(Ayu gunakan cili padi diketuk)
- 1 btg cili hijau - dipotong serong
- 1/2 cwn bawang goreng.
Cara-cara
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar hiris, tomato hingga layu dan wangi dan masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing.
- Tambah sedikit air dan masukkan kesemua bahan sos,garam dan gula secukup rasa.
- Masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati .Tambah air lagi jika perlu .
- Masukkan daun sup, daun bawang,cili merah dan hijau yg dihiris dan 1/2 bwg goreng, gaul lagi hingga rata.
- Ketika menghidang, taburkan dgn 1/2 bwg goreng lagi.
Cukup sesuai ngan tekak mama yg memang dah tua agak nyer..tak blh makan pedas2 sangat.. kepada teman2 yg ingin pedas lagi boleh lah tambah cili kering..
Ni lodeh mami ... bukan lodeh mama tau hehehe
Pedas sikit dan lain sikit dari kuah lodeh yg selalu mama buat. Tapi hasil nyer memang sedap. Cuma mama tak letak daun kunyit... tambah kan dengan daun salam yg memang ada di dlm freezer.
Resipi dari Buku masakkan Kak Asmah Laili- Mintak Ampun Sedap nya...
LODEH MAMI - Kak Asmah Laili
Bahan2 yg dikisar:
1/2 cawan ikan bilis kering yg kecil - mama gunakan ikan bilis biasa
1/2 cawam udang kering
10 batang lada kering - direndam dahulu hingga lembut
3 ulas bawang putih
2 bawang besar
2 batang serai - mama gunakan 4 batang coz serai mama kurus2
1 jari lengkuas
1/2 jari kunyit hidup
Bahan di racik halus/rampai
1 heali daun kunyit yg muda (buang tulangnya) - mama x letak - letak daun salam
3 batang serai (hanya bahagian yg putih) - mama letak 6 batang yg kurus
6 biji cili padi (kalau suka - dipatah 2) mama tak letak
10 biji bawang merah
Bahan 2 lain
1 tin susu cair tanpa lemak atau 1 ltr santan dari 1 biji kelapa - mama gunakan 1 1/2 kotak santan
1 biji sengkuang, dihiris batang mancis
1 batang lobak merah, dihiris jgk
1/2 biji kobis, dihirs kasar2
6 keping cendawan segar shitake, dihiris (kalau suka) - mama x suka
10 batang jagung muda, dihiris bulat2 - x letak
6 batang kacang panjang di ptg 1/2 jari pjg - mama lebihkan
250 gm udang hidup dikupas kulit
2 keping tauhu , diptg 4 dan digoreng
3 keping tempe di hiris
1 batab serai, dititik
minyak utk menumis
garam & gula secukup rasa
Cara
Cuci bersih semua sayur yg telah sdiptg dan toskan. Asingkan sengkuang, yg lain campurkan jadi satu. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis serai, serta bahan2 kisar, tumis hingga garing dan naik aromanya. Masukkan susu atau santan dan masukkan semua bahan yg diracik/rampai. Biarkan ia mendidih sehingga semua perencahnya lembut & sebati. Masukkan sengkuang, masak sehingga lembut sedikit. Kemudian baru masukkan udang serta semua sayur mayur, garam & gula secukupr rasa. Jika kuahnya terlalu pekat, tambah air. Masukkan juga tempe dan tauhu. Bila sayur lembut matikan api. Rasa jika ada yg kurang tambah.( mama masukkan tempeh bersama sengkuang dulu..biar tempeh lembut & masak)
CATATAN - anda boleh pilih sayur mayur kesukaan anda, spt kacang buncis, terung, bunga kobis dan etc...
Wednesday, April 27, 2011
Pot Chicken Rice - Trymasak
Selamat Pagi kepada teman2 mama yg dikasihi & di ingati selalu...
Pagi ini mama ingin berkongsi resipi yg simple lagi sedap makan malam kami semua semalam. Mungkin dapat beri idea kepada teman2 yg buntu hendak masak hidangan makan tengahari atau pun malam. Suka dengan resipi yg mama cuba ini..ada unsur2 chinese cooking pun. Yg pasti semua dirumah menyukai nye.
Terima Kaseh TryMasak for the recipe..Mama ada tokok tambah & also adjusted here and there... jgn marah yer :) And also minta izin yer mama letak recipe disini :)
Pot Chicken Rice
Bahan2
2) Air (250ml)
3) Isi Ayam - dipotong kasar (200g)
4) Cendawan Kering - direbus & dihiris nipis (4 biji)
5) Daun Bawang - dicincang kasar (1 tangkai)
6) Cili Merah - dihiris nipis (1/2 biji)
7) Halia (10 hiris)
8) Bawang Putih - dicincang (2 ulas)
9) Gula (2 sudu besar)
10) Sos Tiram (2 sudu besar)
11) Kicap Pekat (1 sudu besar)
12) Kicap Cair (1 sudu besar)
13) Minyak Bijan (1 sudu besar)
14) Jus Halia (1 sudu besar)
15) Serbuk Lada Hitam (1 sudu besar)
16) Garam (sedikit)
Cara memasak
Perap ayam bersama lada hitam, garam, kicap pekat, kicap cair, sos tiram, minyak bijan, jus halia dan gula. Ketepikan.
Masak nasi bersama air secukupnya.
Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
Masukkan hirisan cili, cendawan dan ayam. Kacau sebati hingga ayam empuk.
Apabila nasi masak, masukkan ayam diatasnya. Biar hingga aroma ayam sebati bersama nasi dan kuahnya kering.
Taburkan daun bawang sebelum dihidang
mama tambah kan bawang jepun 1/2 biji lada capcicum merah & kuning 1/2 biji - dicincang kecil dan di tabur selepas nasi masak. Bila nasi dan ayam dah masak..gaulkan dan hidangkan. Sedap di makan bersama sambal nasi ayam :P
Tuesday, April 26, 2011
Mi Lidi Goreng Hijau - Ummi
Salam tengahari teman2 mama yg diingati selalu...
nak berkongsi resipi dari Ummi. Mi Lidi goreng Hijau keluaran majalah Jelita. Something different kalau sesiapa ingin kan kelainan..
Senang cakap.. Mi Lidi nih di masak oleh anak mama SHASHA pada hari ahad lepas utk lunch...shasha mengikut 100% dari majalah Jelita tuh..tak menghampakan!! Sedap!! cuba ditambah dengan fishcake & sausage yg memang kegemaran anak2. Terasa kepedasan dari cili hijau & warna kehijau2wan.. cantik menarik :)
Terima Kaseh Ummi... Hawa minta izin letak resipi disini yer :)
MEE LIDI GORENG HIJAU
Bahan:-
- 1 1/2 paket mee lidi- mama gunakan spagetti
- 1 labu bawang besar - didadu
- 3 ulas bawang putih - dicincang
- 10 ekor udang basah
- 2 sudu besar kicap cair/masin
- 1 kiub pati ayam maggie
- 1/2 biji kobis
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- minyak untuk menumis
- 2 biji cili hijau
- 6 biji cili padi hijau
- 4 tangkai daun sup
- 2 pokok daun bawang
Cara Memasak:-
- Masak air secukupnya dan bila mendidih, masukkan mee lidi dan masak hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak jagung. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
- Masukkan kicap cair, kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau.
- Masukkan udang dan diikuti dengan sayur kobis. Kacau sebentar.
- Akhir sekali, masukkan mee lidi yang direbus tadi dan kacau hingga rata dan masak. Hidangkan dengan taburan serbuk lada sulah jika suka.
Monday, April 25, 2011
Asam Pedas Halba Ikan Duri... CMG
Bertemu kembali di hari yg sama cuma waktu berlainan jer..hehehe :) Tadi lepas balik dari tengok abah tercari2 kat fridge lauk apa nak masak utk makan tengahari merangkap malam sekali. Cari2 dalam fridge
Asam Pedas Halba lain sikit... halba yg di blender bersama bahan lain... selalu halba dibuat tumis kan? Hah 1 dapur bau semerbak harum nyer bau halba...
Okay lah tak ckp byk2 .. Cik Mat mama minta izin letak resipi disini yer ..minta halal yer & terima kaseh yer kongsi resipi :P
Asam Pedas Halba Ikan Sembilang
sumber: Cik Mat DTS
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan sembilang - mama gunakan kepala ikan duri
1 paket sawi jeruk (optional)- x letak mama letak sayur terung
1 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
1 genggam daun kesom, cuci dan toskan
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 camca teh halba
1 camca teh lada hitam
1 inci belacan
3 biji buah keras
CARA MEMBUATNYA :-)
- Ikan sembilag disiang, cuci bersih dan perap dengan garam dan jus limau kasturi, kemudian cuci kembali dan toskan. Sawi jeruk dicuci, kerat dan rendam. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan sawi jeruk (toskan), kacau rata dan tuang air secukupnya. Biar mendidih.
- Masukkan ikan, daun kesom dan tuang jus asam jawa, jika kurang kuah tambah air sedikit lagi. Biar mendidih perlahan. Masukkan garam secukup rasa dan secubit gula. Jika nak guna serbuk perasa pun ok. Masak sekejap lagi hingga ikan masak. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera.
yang bahagian kepala nih memang selalu berebut ngan cik hubby... Sedap hisap2 & ketuk bahagian dalam kepala ikan duri nih :P
French Loaf with Cheese and Tuna
Salam pagi Isnin semua!!!
hahaha pagi nyer mama dah letak N3...
coz pagi nih mama buatkan breakfast & bekal utk
si Nazli.
Sedap betul bila dibakar garing2... Tuna yg berperisa Tomato Chilli yg masam2 dan taburkan sedikit pizza topper..fuyoo!!!.
Terima kasih yer Kak Anim for the recipe yg marvelous ni & also Nor yg tolong sebarkan kepada seluruh warta teman2 blogger..luv uols.. muahhhh :)
FRENCH LOAF WITH CHEESE AND TUNA
by- anymz-mykitchen
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
1 batang french loaf(ala yg jual kat supermarket,roti panjang yg keras kematu tu)
1 tin tuna/sardin
1 biji buah tomato di hiris bulat2 nipis- x letak
1 sudu teh lada putih/lada hitam
beberapa keping cheese-kali ni akak guna mozarella cheese
butter- letak cream cheese
Cara:
French loaf di potong bulat2 atau menyerong
Tuna atau sardin di lenyek hancur
Ambil sekeping french loaf yang sudah di potong
Sapu butter di atasnya dan letak tomato
Letak tuna/sardin yang sudah di hancurkan di atas tomato
Tabur serbuk lada putih/hitam
Akhir sekali letak cheese yang sudah di potong kecil2
Sedia untuk di bakar.
Bakar hingga keperang2an
mama - sapukan roti dengan cream cheese. Letakkan tuna tomato chili diatas sekeping french loaf. Taburkan sedikit lada sulah kemudian taburkan mozarella cheese akhir sekali taburkan pizza topper dan sedia dibakar keperang2an. Tak letak chili sos pun sebab dah terasa lada sula & tuna yg berchili.
Sunday, April 24, 2011
Taugih Kupang Belacan
Dalam fridge memang ada stock kupang yg jenis besar.. tak berkulit. Sedap di masak begini blh ratah2. Lauk yg simple begini lah yg sedap... dan senang dimasak..rasa2 budak2 pun boleh masak lauk cam gini kan??? Tapi tuh kalau diorang nak masak!!
meh tengok resipi... dari dapur Ayu ... Ayu ambik dari dapur CMG lepas tuh terus kedapur mama... hahaha
mama suka letak daun kucai.. potong kasar2 sedap bila tergigit.
terima kaseh Ayu & CMG resipi mama minta izin letak disini :)
Taugeh Kupang Belacan
sumber: Ayu/ CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 g taugeh kasar, dibuang ekor, cuci dan toskan
1 keping tauhu dipotong dadu digoreng sebentar-ketepikan-(Ayu tambah)
1 1/2 cawan isi kupang, cuci dan toskan
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci belacan, larutkan dalam sedikit air
1 camca besar sos tiram
Sedikit air
Garam secukup rasa
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan cili merah hingga harum dan layu, masukkan belacan dan sos tiram, kacau rata dan masukkan kupang. Tuang sedikit air. Biar mendidih.
- Masukkan taugeh, tauhu kacau rata. Tambah garam secukup rasa, gaul dan masak hingga taugeh lembut tapi masih rangup. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat dan lauk2 lain..
Berlado Terung & Telur Puyoh
Salam di hari Minggu yg sunyi di sini...
Mood cuti panjang yg masih ada tinggal sikit2 ni..hehehe
Bukan tak masak..masak tapi yg simple2 jer.
Cik Hubby cuti sejak hari khamis
banyak urusan yg hendak disettlekan
Okay lah banyak gambar2 masakkan dalam folder masih blm sempat di N3kan
salah satu masakkan telur puyuh nih...
Seperti biasa resipi ni mama ambik dari dapur
Ayu.. memang kena ngan selera & tekak kami sekeluarga dirumah.
Thanks Ayu mama minta izin letak resipi disini yer :)
Belado Terung & Telur Puyuh
sumber Ayu/dapur-cantik.bs
Ingredients:-
- 1 biji terung -dipotong serong dadu atau ikut suka-di goreng sebentar angkat ketepikan
- 15 butir telur puyuh- direbus, kopik kulitnya & goreng angkat ketepikan
- 10 biji lada merah*
- 1 biji bawang besar*
- 2 biji bawang putih,*
- 1 biji tomato*
- minyak goreng secukupnya
- garam, gula & perasa secukupnya
Method:-
Panaskan minyak hingga panas, goreng telur puyuh sebentar saja hingga permukaan luarnya menjadi kekuningan.
Terong dipotong kecil arah menyerong, cuci bersih, lalu goreng hingga lembut.Cuci bersih lada merah, bawang besar, bawang putih dan tomato lalu dikisar kasar tapi kering menngunakan chopper. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyaknya, masukkan garam, perasa & gula..Baru masukkan terung yang sudah digoreng, telur puyuh goreng & gaul rata.
Adjustlah ikut citarasa ya..mesti ada masam, manis & pedas
Wednesday, April 20, 2011
Ikan Susu Bakar
Bertemu kembali... sedap kan cuaca sejuk2 ni tido... hehehe
Sedar2 dah pukol 3 tadi.. cepat2 bangun , solat zohur & menghadap PC.
Ari ni mama tak masak..layan ngan nasi goreng jer. Ikan Susu Bakar nih tak ingat bila mama masak..tapi kemungkinnan lepas mama msk ikan dalam taman coz pes cili yg mama buat tuh agak banyak. Kegunan pes cili ni banyak.. blh goreng ngan nasi, blh goreng ngan pelbagai seafood dan jgk bakar ngan ikan.. sedap sangat2..Ni nak kena buat lagi pes cili dah habis pun!!
IKAN BAKAR SUSU
bahan2
1 ekor ikan susu sederhana besar - dicuci bersih dan dilumur dengan sedikit air asam
2-3 sudu besar pes cili sangai- ikut besar ikan & kepedasan yg diperlukan
secukup daun pisang/aluminum foil - kalau daun pisang lagi best
cara2
Senang jer.. lap daun pisang, letak lah dalam 2 keping. Letak kan 1-2 sudu besar diatas daun pisang pastu letak ikan susu dan letak kan lagi pes cili & tutup kemas daun pisang. Kalau nak cucuk lidi kiri kanan pun okay. Bakar atas kuali leper atau non stick pan sampai masak. Siap & sedap dihidang bersama ulam2man.
Blh tengok kat bawah ni cara2 memasak pes cili dari Nor Trganu
PES CILI SANGAI
1 cawan udang kering ~ (1/2 cawan)
2 cawan barang putih ~ (1 labu)
2 cawan bawang merah ~ (9 biji)
1 cawan cili kering ~ ( 1 genggam)
1/4 cawan air asam jawa pekat
1/4 cawan gula melaka ~( 1kpg nisan)
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan minyak sayuran ~ (minyak masak biasa jer)
*yg dalam kurungan tu yg k.nor buat, sbb stok udang kering dah nak abis ler.. so kena la pandai2 ejjas bahan2 lain..Mama ikut cara2 yg Nor berikan
Bawang merah dan bawang putih dihiris2.
Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yg dah dipotong2. Goreng sehingga bawang2 keemasan. Ketepi kan sebentar.
Tumbuk bahan2 yg digoreng td bersama udang kering. (K.Nor blend kesemuanya dlm food prosseser jer.. )
Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin td hingga wangi.
Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
Masaklah dgn api sederhana hingga pes menjadi pekat.
Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais.
Bingka Roti Berlauk
Salam pagi Rabu kepada teman2 yg mama ingati...
Nak cepat ni ..kejap lagi nak keluar... mama nak pergi ke ICA building. .
Kepada Ummi terima kasih daun keladi... nanti ada resipi lain kite
BINGKA ROTI BERLAUK (utk separuh adunan, akak guna loyang 7x7x3 in)
sumber: Chef Hanieliza
BAHAN BINGKA ROTI :-
10 - 12 keping roti putih
800 ml santan
3 camca besar tepung gandum
3 camca besar mentega, dicairkan
3 biji telur
Garam secukup rasa
BAHAN LAUK :-
400 g daging cincang (mat guna daging ayam)
2 biji bawang besar, dicincang
1 biji kentang, kupas dan didadu kecil
1 biji lobak merah, didadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
500 ml air
Serbuk lada hitam (jika suka)
Garam secukup rasa
BAHAN HIASAN :-
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng
3 camca besar tepung gandum
3 camca besar mentega, dicairkan
3 biji telur
Garam secukup rasa
BAHAN LAUK :-
400 g daging cincang (mat guna daging ayam)
2 biji bawang besar, dicincang
1 biji kentang, kupas dan didadu kecil
1 biji lobak merah, didadu kecil
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*ditumbuk halus)
3 camca besar rempah kari daging
3 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
500 ml air
Serbuk lada hitam (jika suka)
Garam secukup rasa
BAHAN HIASAN :-
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Hirisan cili merah
Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-
- UNTUK BINGKA ROTI:- Panaskan oven pada suhu 190C, lenser tin berukuran 10 x 10 inci. Ketepikan. Roti disiat2 kecil dan rendam dengan santan tadi hingga kembang kemudian masukkan semua bahan untuk bingka kecuali garam, dan kacau hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Tuang dalam tin tadi dan bakar 30 minit.
- UNTUK LAUK :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bahan tumbuk hingga harum, masukkan rempah kari, sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan masukkan daging, kentang dan lobak merah. Tuang air dan masak hingga kentang dan lobak lembut. Tambah garam secukup rasa dan masak hingga kering. Kalau suka boleh tambah lada hitam. Angkat dan sejukkan.
- UNTUK BINGKA ROTI BERLAUK :- Keluarkan bingka dari oven tadi. Tabur bahan lauk (n0.2) atas bingka dan ratakan, kalau dapat, baki minyak dari bahan lauk jangan dimasukkan sekali. Sambung membakar selama 30 - 35 minit lagi. Bila masak sejukkan sepenuhnya. Tabur dengan bahan hiasan dan boleh potong untuk disaji sebagai minum petang atau sarapan pagi.....sedapp i tell uu!!!!
Monday, April 18, 2011
Ayam Sambal Hijauuu
Bertemu kembali di petang hari yg panas terik..walaupun berada didalam rumah..terasa bahang panas!!
Tadi pagi sebelum keluar rumah..sempat update blog..dalam pada masa itu ternampak Mas dah buat n3 masakkan ayam...
Memang minggu lepas, seminggu tak masak ayam..so dengan pantas nyer print resipi dan tengok sikit lebih kurang.. mama keluar tengok abah. Balik rumah terus
Ampun yer! mama tang cili padi tuh ada sikit takut... so mama kurangkan sikit. Limau sambal pulak dapat yg masak2 so tak brapa masam sangat..ingat bila petang nnt sebelum cik hubby pulang mama nak panaskan dulu & tambah kan lagi limau sambal.
Kepada teman2 yg belum mencuba...I recommend lah pada uols :) Sedap n senang nak masak lauk nih. Cuma kalau nak berkuah sikit... tambahkan sikit air. So kepada Mas yg ambik resipi kat rumah Yatie "Talam Queen" tq darling... bukan saja cepat nak masak ... sedapppppp
Ayam Sambal Hijau
Resepi asal :Sinar Kehidupanku - Kak Yati
Bahan :
- 1 ekor ayam - dibasuh & tuskan
- 3 biji kentang - di kupas kulit, belah dua dan potong serong * Kak Yati tambah, Mas pun, mama pun
- 4 batang serai - diketuk
- 1 labu bawang besar - dihiris kasar
- 5 biji limau kasturi - diambil jusnya
- 1 cawan minyak masak
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan sedikit gula
- 5 biji cili hijau - mama letak 8
- 20 biji cili api hijau - mama letak 15 jer
- 5 ulas bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 3 ulas bawang putih
- 2 inci halia
- sedikit belacan
Cara memasak :
- Gaulkan ayam dgn garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak.
- Gorengkan pula kentang sehingga masak dan ketepikan.
- Tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan ayam, bawang besar, garam dan sedikit gula. Kemudian kacau rata.
- Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi.
- Sekiranya rasa dah ok, bolehlah angkat dan hidangkan.
Bingka Labu
Salam pagi hari Isnin...hari ni dimulakan dengan cuaca yg sejuk ..hujan yg turun seawal pagi membasahi bumi Singapura dan mungkin di tempat2 kejirannan :)
Hmmm...Bingka Labu! Memang sedap.. sejak kebelakangan ini resipi2 teman2 blogger yg menggunakan bahan2 harian menjadi begitu fufulor!! Bahan2 yg memang sedia ada di jadikan masakkan atau kuih muih Ramai teman2 mama yg dah mencuba nyer...Memang tak rugi... Mama buat Bingka Labu ni minggu lepas... 1 adunan dalam acuan kecil2 begini dapat banyak jgk ...
Dari dapur Izah ke dapur mama pulak...hehehe Izah mama minta izin letak resipi di sini yer :)
Mama buat macam Izah jgk... tuh pun dapat banyak..bdk2 nih kalau kuih muih manis ada sikit punya slowww
Bingka Labu - Zana
Bahan2
2 biji telur M * ikut kak Zana
250 ml santan segar
100 g tepung gandum
90 g gula halus
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh esen vanilla
250 g labu lecek
1/2 sudu besar butter * saya tambah ikut kak Zana
Bijan secukupnya untuk topping
Cara-cara
* saya ikut cara kak Zana
BLENDER LABU REBUS BERSAMA AIR, GULA, SANTAN,GARAM ESEN VANILA SEHINGGA HALUS, KEMUDIAN MASUKKAN TELUR, TEPUNG dan BUTTER .. BLENDER SEHINGGA SEBATI).. TUANG DALAM LOYANG YG TELAH DI SAPU MINYAK).. TABUR BIJAN
Tapi kalau nak buat resipi asal.. blh tgk resipi yg ini ...
5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus.
Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
200 ml air
300 ml pati santan (mat guna santan kotak)
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus.
Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek. Kacau menggunakan wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
3. Tuang adunan tadi ke dalam tin bulat berlubang tengah yg telah di sapu mentega dan dialas dasarnya dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 40 minit. Biarkan sejuk sebelum dipotong.
Subscribe to:
Posts (Atom)