Tuesday, June 30, 2009

WHATS THE PROBLEM ????????

Salam semua. Good morning.
What's the problem eh? Mama pun tak tahu.
From last night & this morning try to upload pictures
unsuccessful. STreeessss mama.
Knape??????
Ruper nyer Ayu pun sama
Nak mintak tolong ngan sape ??????
BORRRRIIINNNNNGGGGG

Sunday, June 28, 2009

AWARD DARI ITA



Thanks alot Ita for this award. Mama wish that our relationship will remain and also hope that one day we will meet... Thank you so much sis......

Now I have to follow the rules and the rules are : -

1) Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link
.

huhuhu........ Thank You Ita for giving mama this award. .......Ni blog link Ita http://juwitafariz.blogspot.com

2) Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

Mama rasa banyak yang dah dapat award ni. Kalau mama nak list kan nama banyak sangatlah, so sape2 yang singgah kat umah mama, jangan segan segan lah ambik award ni yer.....


TELUR KICAP


LEMAK CILI PADI r 1
Selamat petang Minggu.......
Hari ni mama tak masak...Gambar kat atas 2 lauk semalam. Lemak cili padi ni lain sikit sebab mama pakai ketumbar, jintan kasar & halus dalam satu sudu makan each di sanggai dan tumnbuk halus. Ada kelainan dari segi rasa. Ada rasa rempah2 sikit.

Yang lauk telur kicap pula, mama tengok kat umah Ayu. Lauk yg simple, sedap dan ringkas utk di masak.

Thursday, June 25, 2009

:: GULAI/KARI DAGING ::

GULAI / KARI DAGING

Selamat malam di malam hari Khamis. Minggu ni mama rasa macam cepat sangat masa berlalu.... Hari Isnin hadapan anak2 dah mula naik sekolah.
Hari ni mama masak gulai/kari daging. Sebenar nyer nak masak ikan, tapi stok ikan dah habis, cuma ada daging ajer, so mama masak lah kari. Sebenar nyer mama tak berapa gemar sangat dgn daging, tapi dah tak ada stock ikan nak buat macam maner, masak lah daging.
My darling memang suka makan daging, pasal dulu arwah bapak dia jual daging kat pasar. Boleh dikatakan selalu makan daging ^-^
Lauk ni mama makan dengan sambal belacan mangga. Mama memang suka kalau makan lauk kari mesti ada sambal belacan baru ada kick!
Besok.... besok nak masak ape eh? Ok lah mama rasa sampai disini dulu, nak gi jalan2 kat umah kawan tengok diorang masak apa. Mana lah tahu ada yang berkenan di hati... hehehe. Tata.....


Wednesday, June 24, 2009

Dinner tonight

IKAN TENGGIRI MASAK ASAM

Lauk untuk dinner tadi. Semalam dah makan macam2, sedap2 hah ari ni makan lauk simple :D. Tapi sedap jugak lauk2 macam ni (angkat bakul sendiri eh! salah naik lift picit sendiri) Betul memang sedapppp. Tapi macam lauk bulan puasa plak. Dah terasa tempias bulan Ramadan.
Mama gunakan ikan tenggiri dalam 4-5 ketul aje, digaul ngan garam & kunyit. Goreng sebentar. Halia, bawang besar& bawang putih, cili merah & hijau semua dihiris kasar2. Air asam secukup nyer dan garam. Tumis semua bahan hiris sebentar masukkan air asam biarkan mendidih, masukkan ikan dan garam.
Mama rasa lauk macam begini sesuai di makan waktu bersahur, dan juga mudah cara penyediaanye.
Cuba lah.....:D

Ni pulak tak tahu mama nak cakap lauk ape? Sebenar nyer dalam fridge tak ada sayur, mama nampak ada mangga, timun dan capcicum.
So ini lah yang terhasil. Macam acar/ salad buah2. Mama gunakan mangga, timun, capcicum kuning & merah, bawang besar, cili padi,sedikit cuka dan gula. Satu kan semua. Senangkan.


makan makan


Salam... dan selamatmalan semua..... Ni lah tempat yg mama pergi semalam. SAKURA. Tempatnyer terletak dekat dgn garden. Tapi tengoklah, nak ketempat nye, kene naik tangga punya lah tinggi......Tak pe lah... nak makan punya pasal (orang nak belanjer)tinggi pun tinggi lah........



Ni lah makanan yg dapat dirakam oleh mama ngan budak2. Makanan macam2 tak kira banyak. Makanan secara buffet. Apa lagi shasha bedal sampai mama yang tengok dah tak larat, dia masih on lagi. My hubby kata tak rugi bawak dia. Nazli macam biasa, lepas gi toilet continue lagi.
Semalam adalah hari mama tak boleh diet... Bedal semuaaaaaaaaaaaa



Shasha ngan Nazli klau ambik gambar, macam2 gaya. Along tak ikut kene keje. Tak pe nanti along bday kiter orang belanja makan kat sana lagi.

Tuesday, June 23, 2009

surprise mama !!!!!!!!!!!!





Tadi, about 10-15 min ago, semasa mama nak update blog, ada orang picit bell, my daughter shasha buka pintu lepas tu pangggil mama. Mama ingat ada orang jual barang.
Im so speechless, my darling kasi surprise.... Tak pernah dia buat gini....... so terharu gitu. Dia ada cakap nak kasi bunga plastic, nnt ada orang antar. Mama ckp kalau bunga plastic buat apa nak suruh orang deliver?

Pandai jugak dia belikan. Tapi bila masa eh?
Kol my darling. Dia cakap dah dapat bunga? hehehe.............

Ni kejap lagi nak kluar. Dah buat reservation kat mane eh? Tak tahu lagi. Nak dinner. So jumpa lagi........

ps: get a few msgs frm mama ex wrk mate.

::breakfast cum lunch today::

MEE HOON GORENG

Salam di petang yang sejuk, mendung gitu....Ni mama masak mee hoon untuk breakfast dan lunch.






JEMPUT2 UDANG GERAGAU

Ni dia jemput2 udang geragau. Mama makan dengan mee. Budak2 tak tahu makan. Mama gunakan telur dalam 5 biji, udang geragau dalam 300gm,bawang besar,cili merah dan hijau, beberapa biji cili padi, tepung gandum dlm 3 sudu makan dan 3 sudu makan tepung naik sendiri, garam dan daun sup & bawang. Semua dijadikan satu, kacau rata dan goreng seperti goreng jemput2.




mama birthday




Waktu sekarang dah pukol 12.43 pagi.......

23.6.2009. Pagi ni, hari ni genap lah usia mama 44. Macam tak percaya.
Begitu cepat masa berlalu....

Dapat hadiah ni daripada seorang teman, yang boleh dikatakan seorang sifu. Mama dapat hadiah ni lebih kurang jam 9mln. Rasa terharu, gembira:(

Ya allah, ampunilah dosa2 kedua ibu bapaku,suami dan anak2 ku. Berkatilah mereka dengan rahmat-Mu. Ampunilah dosa2 ku yang terdahulu dan yang akan datang. Aku hanya manusia yang lemah. Jadikanlah saat pengakhiran nanati dlm keadaan yang KAU muliakan. Ya Allah, hanya pada Mu saja terdapat tali yang paling kuat untuk ku bergantung. AMINNNNNN

Monday, June 22, 2009

telur dadar udang geragau

TELUR DADAR UDANG GERAGAU

Selamat malam....
Pernah makan udang geragau yg fresh? Ni mama beli kat pasar Teck Whye. Sebenar nyer susah nak dapat udang geragau yang fresh ni, walaupun harga nyer agak mahal sedikit. satu pinggan lima dollar, Mama tetap beli. Pasal ada 2-3 orang yang suker makan ni.

Selain buat telur dadar, buat jemput2 pun sedap. Ni mama buat telur dadar dulu. Yang balance mama nak buat jemput2 pulak.

Mama gunakan 2 biji telur, 1/2 biji bawang besar,2-3 batang lada merah/hijau, 3 batang cili padi. Semua bahan di hiris.Sedikit udang geragau yg telah dibasuh dan sedikit garam. Semua bahan2 leburkan dalam mangkuk. Kacau sebati dan goreng seperti kite goreng telur dadar.

Pada sapa2 yang tak kuat cili padi blh kurangkan(mcm mama lah) - berasap teliga;D..........



SAMBAL TERUNG

Ni pulak terung sambal. Mudah dan senang nak masak .
Satu batang terung, dipotong sederhana besar, cuci dan goreng sebentar. 1-2 sambal tumis dan daun kucai. Panaskan sambal tumis kedalam kuali sebentar masukkan terung yang telah digoreng, kacau sehingga sambal sebati dengan terung, matikan api masukkan daun kucai balik2kan sebentar dan boleh dihidang.

Malam ni dinner agak sempoi ajer. Tapi sedap makan dengan nasi panas2 gitu ajer......




Breakfast tadi pagi... Lontong goreng aka carrot cake.....
Simple.... Kenyang untuk makan pagi-breakfast.
Mama cuma gunakan 2 bungkus lontong, 3 biji telur, 2-3 sudu makan sambal tumis dan secukup kicap. Lontong potong kecil2, panaskan sambal tumis, masukkan lontong gaul rata, pecahkan telur tambah kan garam dan kicap. Makanan ni agak hitam sikit jadi banyak gunakan kicap. Mama gunakan kicap manis..Biarkan dalam 5-6 min atau sehingga telur masak. Siap di hidang dan boleh ngapppp...

ulat daun eeee............





Salam di tgh hari Isnin.....
Tadi pagi sewaktu mama jerus pokok, mama terpandang ulat daun ni kat pokok limau. Wah kenyang di makan daun2 limau mama 2....... Tapi mama hairan pulak? Knapa warna ulat 2 kuning. Selalu kalau dah makan daun byk2 kan jadi hijau!

Mama apa lagi ambik gunting, gunting kan kat daun yg ulat tu duduk dah buang...... eeeeeee geli nyer........................

Kesian pokok limau mama, daun baru nak keluar dah kene attack!!!!!

Sunday, June 21, 2009

gado-gado or fight-fight.......

GADO GADO/ FIGHT FIGHT
Good afternoon or shall I say evening everyone on Sunday. Well made this dish just now. As requested by my darling. He's favourite and kids too...
Since today is Father's Day so I supposed this is the best that I can cook for him as well for the kids. But to my surprised, dah abis dah..... tinggal lontong jer.Dah fight2 kat dalam perut diorang. Cepat nyer anak2 ku bedal...
Sebenar nyer, dah agak lama kiter tak makan gado2 ni.
Ni my darling ada request lagi, macam orang mengidam kan. Nak makan soto, begedil, tempeh aiyooo.... orang tua kalau mengidam buruk uuuuuu. Kalah mak yung yg bunting 9 bln.Hehehehe;p


Saturday, June 20, 2009

IKAN BILIS IKAN TAMBAN

NASI LEMAK HIJAU

Salam semua.... Selamat malam minggu. Ni tadi mama masak nasi lemak hijau. Yang hijau 2 sebenar nyer daun pandan yang dikisar. Anak mama
si Nazli. suker makan nasi lemak kat kedai ANANAS. Nasi dia macam mama buat 2 lah, hijauuuuu. Ni kali tak de ikan, apa yang ada kat fridge, mama gorengkan.

Yang kat atas 2, my darling punyer favourite. Ikan bilis tamban. Mama goreng garing2, letakkan dalam botol. Macam keropok dia ratah.




APAM BALIK CHEESSSEEEE

Ni lah kalau orang yang menderhaka!!!!!! Kan tak jadi.......
Mama tengok resipi ini kat MyR. Sebenar nyer resipi asal letakkan kacang ngan gula. Ni mama letak kan cheese!!!! Ruper tak ade, tapi rase confirm macam apam balik.....
Takpe ini first trial mama. Tak leh mesti cuba lagi sampai jadi. So disini mama tak akan sertakan resipi nyer dulu.


Friday, June 19, 2009

Buat Tag

Salam semua....
Kali nih mama kene buat tag dari Cikwan Taipei



NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:

Oh kalau nama timangan memang ada sejak kecik2 dulu. Sampai sekarang orang akan panggil nama 2. Tapi sebelah famili mama ajer. Nani. Kalau Hawa kawan2 dan sedara2 sebelah my darling....hehehe glamour kan kalau ada 2 nama....

ANDA SEORANG YANG :

Yang ni susah sikit nak describe, kene tanya orang yang kenal kat mama.Setakat yang kenal diri sendiri rasanyer diri ini agak versetile gitu, agak mudah berkawan walaupun baru kenal....sensitive, very emotional boleh gitu.........

INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DIMATA ANDA

Istimewa.... memang ramai. Emak, abah, my bro and yang paling istimewa sudah tentukan my darling lah..... kerana menerima diri ini seadanyer walaupun dia tahu wife dia ni gila2.....

LAGU KESUKAAN ANDA:

Semua lagu mama suker esp lagu yang sentimental yg sedih2, feeling2,romantik...
lagu dari Fazli Zainal - Harapan (ada makna), Siti Nurhaliza -Disini Ku Berjanji

MAKANAN KESUKAAN ANDA??

Semua mama makan cuma tolak batu ngan kayu ajer hehehe.........

WARNA KESUKAAN ANDA :

Hitam, merah dan coklat

SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:

Budak2 tak kemas bilik atau rumah berserak. Boleh gaduh seh.....

TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA:

1) handphone
2) purse
3) perfume

KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA??

Beberapa bulan yang lepas(ada masalah sikit- dah settle dah) dan baru jer semalam sebab baru abis baca novel sedih kan :P

TAG 6 RAKAN ANDA:

Siapa yang nak kene tag nih..... Sapa nama kat bawah nih jgn malu2 taruh nama timangan
hahaha.......


1) Ayu 2)Hazila 3)Ita 4)Mimi 5)Asiah 6)Asma

mcm pizza/lempeng/okonomiyaki.....

NI DAH MAKE UP


NI BELUM MAKE UP

Selamat malam di hari Jumaat ni. Hari ni mama tak masak pasal tak de orang kat rumah. My boy lepas sembahyang Jumaat, balek tukar baju terus keluar, tengok bola dengan kawan2 kat Jln Besar Stadium.

My Darling pulak lepas kerja nanti ada dinner kat Causeway Point. So mama sorang2 lepak2 kat rumah.

Ni tadi petang mama buat dinner utk mama sorang. Asyik makan nasi ajer, boring.... so mama pernah nampak kat majallah tapi tak ingat majallah aper.

Nak kata lempeng, pizza atau japanese pizza pun boleh...Pandai2 jer mama. Orang tu kasi pizza maggi kiter ni pandai2 tukar nama.

Senang nak buat.

1pkt maggi- mama gunakan maggi brand sedap rebus dgn bumbu sekali/toskan

2 biji telur dikocok

mama tambahkan crap stick 2 batang atau apa2 yg kiter suka

Dalam mangkuk masukkan maggi yang dah direbus/dituskan bersama crabstick dan telur. Kacau dan tuangkan kat atas kuali leper. Jangan lupa letakkan minyak sedikit.
Balik2kan. Masak dalam 2-3 min atau sehingga kedua bahagian kuning. Siap...
Mama letakkan barbeque sauce, mayonis dan bonito. Makan panas2. Kenyangggggg.


Thursday, June 18, 2009

Roti or Rotis ada gitu...........

ROTI RED BEAN N KAYA


Ni roti roll kaya yang gebu!


Ni roti red bean yg kurang inti

Actually nak upload gambar sekali jalan. Nak save time. Tapi tak tahu apa silap nyer..

tak blh upload gambar banyak2... So terpaksa upload sikit2....


Roti Red Bean dan kaya tu mama gunakan adunan yg buat Roti Tuna dulu. Mama cuma tukarkan pada bahan inti sahaja. Tak berapa pandai sangat nak buat lain2 bentuk.


Untuk red bean pulak, mama gunakan yg instant saja. Tak taruh banyak pulak. Bila roti 2 naik, inti nyer sikit ajer. Tak pe nanti lain kali mama buat letak inti manyak2.


ayam kicap berempah

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH


TAHU KUKUS SAMBAL UDANG KERING

These are our food for lunch and dinner just now. As for the tahu, just steam just now. Makan panas2 sedap with nasi putih alone jer pun sedap.

Nampak kat umah Ayu. Hana, dan juga Nor or maybe kat umah kawan2 yg lain.......
Semua bahan including udang kering, mama leburkan kat dalam sambal. Tumis sampai garing.

As for the chicken, masak cara nak buat ayam masak kicap cuma mama blenderkan
bawang besar,bawang putih dan halia. Serbuk kari daging dalam 2 sudu besar dan 1 sudu besar serbuk cili. Tumis macam biasa....Masakkan ini mama pernah makan kat kampung dulu. Kat Sungai Balang Muar.. Pernah menziarah nenek dan saudara suatu masa dulu. Masakkan ini memang kering2. Tapi kalau nak kan berkauh tambahkan air sewaktu semua bahan2 dah sebati. Cubalah....


Wednesday, June 17, 2009

Pulut serunding..........

PULUT SERUNDING

Ni breakfast tadi pagi. Lebihan pulut semalam. Serunding memang dah
ada dalam fridge.

Untuk dinner makan mee soup aje... panas2. Tak de mood nak masak lagi......

Tuesday, June 16, 2009

KAD DARI ASIAH.....


Terima kad sahabat ni daripada Asiah dari asiahyacob.blogspot.com (conteng.conteng) Terima Kaseh banyak2 pada asiah yg mama baru saja kenal dialam ciber ni.... salam ukhuwah daripada mama.....Walaupun x pernah jumpa... mama harap suatu ari dpt bertemu......






DEEP FRIED OYSTER MUSHROOM






Serawa durian utk minum petang tadi...
Salam dan selamat malam.... Dah berapa ari mama tak sihat.... Kene flu dari ari minggu. Lepas balik jemputan..... bersin tak henti2.... Naik bengkak mata dan merah hidung. Makan flu medicine terus tido....
Tapi ari ni dah ok sikit. Alhamdullillah......

Tadi masa nak masak lunch my husband balik pulak.... Dapat mc dua hari. Kene asthma pulak kat tempat kerje... Kesian nyer. Mungkin cuaca dah start jerebu balik semula.

So dapat lah mama buatkan minum petang. Durian memang dah ada kat fridge. Memang nak buat serawa. Dah 3 kali beli asyik kene bedal aje. So sebelum kene bedal lagi baik buat serawa cepat2.

Deep Fried Oyster Mushroom pulak goreng lepas magrib ni. My darling ngan Nazli suka sangat2 makan dengan cili padi kicap.. makan panas2. Garing pulak 2.

Ambik resipi ni kat blog Ayu. TQ Ayu for sharing this recipe. Halal yer sis... Disini mama sertakan recipe

Bahan2
2 pkt oyster mushroom
4 garlic minced
2 tbsp corriander powder-mama add 1 tsp crushed corriander
2 cups rice flour
1 cup potato starch/tapioca flour-mama gunakan corn starch
1 egg
1 tsp bicarbonate of soda
salt to taste
water to estimate

Bancuhkan kesemua bahan2. Air agak2.Tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Goreng sehingga masak. Makan bersama cili padi kicap.
Fuyooo. Macam makan ayam goreng........

Saturday, June 13, 2009








Ni hidangan tengahari tadi. Hari ni mama cuma masak mee hoon blackpeper.

Cuaca di luar sekarang panas semula. Tadi pagi agak mendung. Hujan lebat hanya seketika ajer. Kalau tengah cuaca panas2 buat roti cantik naik nyer.

Kuih koci pulut hitam mama buat semalam. Untuk breakfast tadi pagi. Tak buat banyak.... Ni favourite shasha...

Happi Weekend..........

BAYAM MERAH








IKAN BAWAL BERLADO

Salam di petang sabtu. ni lauk semalam yg tak sempat update.....

Tak pernah makan bayam merah ni. Nampak kat pasar langsung beli. Bila masak air
kuah nyer bertukar menjadi kemerah2. My darling ingat mama tertumpah sirap kat
dalam kuah tu.. Mcm biasa2 ajer rasa nyer.

Ikan berlado tu mama dapat resepi daripada Bro Rozzan kiter. Dah cuba banyak kali...

Cuma kali ini mama tambahkan cili padi dan sedikit cuka. Rasa yang pedas2 dan
masam2. Sedap makan nasi dan ikan ajer, lauk kering2.


Thursday, June 11, 2009

Lemak 3 in 1......

LEMAK 3 IN 1

Selamat malam di malam khamis...... Lauk lemak ikan tenggiri ni permintaan shasha... Lauk lemak 3 in 1 sebenar nyer mama campurkan dgn kobis dan belimbing buluh. Belimbing buluh ni my mother kasi.... Ada orang kasi dia. Lauk senang tak payah masak sayur.



SAMBAL BELACAN KEDONGDONG

Pernah makan sambal belacan buah kedongdong????????. Hah! ni tengok gambar kat atas. Dah tak ada idea lagi. Oleh sebab dlm fridge mama ada buah kedongdong, mama try lah.....okay jugak. Crunchy2, manis2 dan pedas2 gitu.



DADIH STRAWBERRY

Cuacu di S'pura agak panas!!!! Malah sudah beberapa minggu tak hujan..... Ni mama buat lepas masak tengahhari. Pakai instant yer ajer...
Tadi petang dah nyap 2 bekas. Addduuuhhhhh!!!!! sejuk nyerrrr!!!!!!
sampai kat tekak u.



kenangan terindah............




MECCA




MADINAH

Hari ini genap 2 tahun...... Kenangan yang terindah buat mama dan suami.....
Kami mengerjakan umrah pada tahun 2007.06.11. Ini juga merupakan hadiah hari jadi yg termahal daripada suami.

Tiada kata2..... dapat menceritakan penggalaman semasa berada di tanah suci mekkah dan madinah.

Mama bersama cik abang pergi bersama selama 13hari. Mengikuti rombongan
Hahnemann Travels. Meninggalkan anak2 bersama emak.......

Pertama kali lihat Kaabah..... Airmata berjujuran.... ;( ..... sedih sangat2........
Suami pun... tak dapat menggambarkan disini betapa kecilnyer kita disisi Allah swt.

Selalu menggambarkan macam mana keadaan di Mekkah dan juga Kaabah....

Macam2 doa yang dipanjatkan disana...........
Salah satu: Dapat kembali lagi tak kiralah umrah lagi atau haji.........

Lagi 2 minggu hari jadi mama.... tunggu jugak apa hadiah dari cik abang kali ini.....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...