Ni baru abis tengok Anugerah 2009. Selamat malam semua......
Hari ini penyakit m manyak2.........Buat putri salat ni tadi pagi lepas
abis lepat baju. Buat 1/2 adunnan aje... Sebenar nyer putri salat ni dah masuk list lama dah.... semenjak tengok kat umah ika@ijah Bangkok.
Senang aje... Bahagian atas mama masak sebentar supaya cepat masak.
Apa orang kata.... 'naik wap' gitulah istilah masak memasak
TQ Nanasham dari MYR kerana sudi berkongsi resepi. Halal yer..
Ni mama C & P aje resipi nyer....
Selamat Mencuba Yer!!!!!!
Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )
* Bahan lapisan bawah:-
* 500gm beras pulut
* 400ml santan cair
* 1 st garam
* 2 sm minyak
* Bahan lapisan atas:-
* 120gm tepung gandum
* 3 sm tepung jagung
* 140gm gula
* 3 biji telur
* 450ml santan pekat
* 1/2 st garam
* 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)
Cara-cara
Untuk lapisan bawah:-
Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-
Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!! Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

No comments:
Post a Comment