Thursday, April 30, 2009



Dinner tadi - Nasi lemak. Masak ptg tadi. Sebelah tghari buat Puteri Ayu. Dapat resepi ini dari blog Ayu. Lembut dan gebu. Satu adunan dapat 30 biji. Sampai skrg ni masih lembut lagi.


















Ni masak utk dinner semln. Sweet n sour prawn. Simple dan senang. Semua org tahu buat. Mama pkai cili kisar sikit dan tambahkn cuka sikit ada pedas2 ngan masam2 gitu.


Monday, April 27, 2009

Monday morning again. Its been busy week for me. Nazli with soccer tournament which spread for two days at Bukit Timah ISA field. Naik gelap kulit ini berjemur kat padang. Tapi fun juga tgk diorg main bola skali2. Budak2 mat saleh ini pandai juga main bola. Bila kena dgn anak2 melayu,size badan diorg ni berbeza. Anak aku yang 13 thn ni bila dgn diorg mak oii bezanya!
Anyway good for Nazli to mix around.

Mungkin during the school holidays ada tournament lagi.
Maybe during December school holiday pergi KL tournament dgn budak2 kat sana pulak. Just wait and see.




Wednesday, April 22, 2009



Ni hari malas lagi. Buat mkn malam. Husband & my kids jenis yg tak kisah asal ada makanan go....
Kentang grg. Resepi ini klau tak silap my father buat sewaktu jaga my kids waktu diorg kecik2.Waktu my father buat dulu tak taruh kicap & cili sos, so mama inprovice kn sikitlah. Blh mkn for breakfast gitu aje atau buat mkn lunch or dinner dgn sambal kicap klau nak pedas lagi.

1 kg kentang
1 pkt sausage
2 ikat suun
3-4 biji telur
1 biji bawang besar
kicap & cili sos secukupnya


Kentang dikupas kulit cuci bersih diptg sederhana kecil dan lumurkn garam sedikit.
Sausage di ptg serong2.Suun di rendam dan ptg pendek.Bawang besar di racik halus. Kentang dan sausage di grg asing2.Tumiskn bawang besar sehingga layu masukkn semua bahan yg telah digrg,suun dan gaul sehingga rata masukkn kicap,cili sos gaul lagi last baru pecah kn telur biarkn telur masak sebentar dan siap dimkn. Senang aje:)



Friday, April 17, 2009


Friday 17th

Pagi tadi pergi ke pasar Geylang bersama mak. Ramai teman2 yg ckp pasar Geylang dah tak ramai sgt org. So sampai pasar dlm kol 9 g2. Mmg utk hari biasa tak crowded sgt tak tahu pulak Sat n Sunday.




Ni masak ayam masak kicap simple aje.
Bahannya
1 ekor ayam ptg 12 dibersihkn dan lumurkn dgn kunyit dan garam grg setengah masak.
cili merah- 5 btg
cili hijau - 5 btg
bawang besar - 2 biji
bawang putih - 2 biji
halia sebesar ubi jari
tomato sos - 3 sudu mkn
cili sos- 3 sudu mkn
kicap secukupnya
air asam agak2 klau nak berkuah lebihkn
Peraturannya
Cili merah/hijau,bawang putih/bawang besar di hiris kasar2. Halia diracik halus .Tumiskn kesemua bahan2 ini sampai wangi masukkn ayam. Kacau sebentar masukkn kicap,tomato sos dan cili sos. Tunggu sehingga kicap pekat baru masukkn air asam.Biarkn mendidih sebentar dan boleh padamkan api. Tak perlu letak garam atau gula lagi.

Thursday, April 16, 2009


Berapa hari lepas goreng sayur sempoi ini. Complete meal tak payah msk lauk lain. Mkn nasi putih panas2 ngan sambal belacan aje. Ni bahan2 nye.

Kacang panjang 10 btg - patah2kn
Lada benggala(capcicum) merah&kuning
secukupnya (dlm 1/2 biji merah & kining)-diptg dadu
bawang jepun sebelah biji (diptg dadu)

100gm cendawan butang (dihiris)
250gm isi ayam pop corn
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Cara2: Bawang besar & bawang putih ditumbuk kasar. Isi ayam pop corn digrg dulu.Tumiskn bawang yg tlah ditumbuk sehingga garing masukkn bawang jepun dan kacang pjg grg sehingga kacang pjg setengah masak baru masukkn cendawan,capcicum,isi ayam dan garam.
Masak sebentar.

Thursday, April 9, 2009

Hanya kerana dendam, Tajiyah sanggup memomokkan wajah Hurin Ain sebagai hodoh dan paling buruk. Sakit hatinya tatkala menatap rambut ikal mayang berwarna perang dan mata biru milik anak tirinya itu.

Hurin Ain percaya dan menancapkan kepercayaan itu dalam mindanya tanpa prejudis kerana kasihnya kepada wanita itu. Dia mendambakan kasih seorang ibu yang tidak pernah membelainya.

Mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain kenal dirinya sendiri? Lalu memberikan kebahagiaan setulus kasih kepadanya?




KARISSA LISA diceraikan kerana cuba menduakan suaminya. Hidupnya semakin tertekan apabila bekas suami menafikan hak penjagaan dua orang puteri kembar mereka, Puteri Qayrina dan Puteri Qistina.

Pertemuan dengan Tommy Yadees memberikan keyakinan kepada Karissa. Lelaki itulah pembangkit semangatnya, juga merawat kepedihan hidupnya selama ini. Dia sedar kini, kebahagiaan bukan boleh dibeli dengan harta kemewahan.

Lantaran itu, Karissa kembali menjadi wanita yang 'digeruni'. Dendam kesumat terhadap seorang lelaki bernama suami memaksanya bertindak nekad. Lantas, bermulalah detik-detik penyamaran-nya yang penuh makna!

Datuk Mukhris pula semakin resah. Satu rahsia yang telah terpendam sekian lama berjaya dibongkar oleh wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu. Ternyata, Karissa bukan calang-calang wanita yang boleh diperbodohkan!

Namun, wajarkah Karissa berdendam sebegitu rupa sehingga tergamak memerangkap ayah kepada anak-anak sendiri? Tercapaikah impian seorang ibu yang ingin membuktikan kasih sayang terhadap sang puteri atau mungkinkah segalanya itu akan hanya membuka pekung di dada dan mencalar maruah insan yang pernah dikasihi?

Yang pasti ada hati yang terluka... ada jiwa yang menderita!





Saturday, April 4, 2009









Ni buat breakfast dan buat bekal utk nazli gi sekolah.
Kadang2 binggung tak tahu nak masak ape utk dia. Hentam je lah.

NASI GORENG BELACAN


Dah lama tak update blog bussssyyyy sangat2. Ni ada masak nasi goreng belacan penang beberapa hari yg lepas. Mcm goreng nasi biasa cuma tambahkan belacan penang yg hitam sepotong.






LEPAT UBI

Beli ubi parut yg dah siap kat geylang tempoh ari. Tekak teringin nak mkan sangat buat 1/2 adunan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...