Tuesday, November 30, 2010
Gulai Ayam
Salam rindu semua!!!!
Ketika ini...hujan dengan lebatnye baru turun dibumi SG..... selebat lebat nye!!!!
Bagaimana agak nye Nazli yg berada di Pahang - Tekam. Mesti sedang bersuka ria bersama2 teman2 sekolah yg sedang bercuti selama 4hari 3malam di sana. Mama doakan semoga... selamat semua disana dan mama berharap agar cuaca baik2 sahaja.
Okay tentang kesihatan Abah yg semakin baik & pulih sekarang. Sudah masuk 2 bulan lebih lepas abah terkena serangan angin ahmar atau pun 'stroke'.... alhamdullillah bertambah sihat dan sudah mula uruskan diri sendiri.
Satu lagi koleksi ayam yg mama cuba dari majalah "MANJA" terbitan tempatan.
Rasa2 nyer cik Shasha(anak mama) kite pun dah berjinak2 hendak masak!!! Bagus jugak bila mama sibuk dirumah atau dirumah abah tentu tak kelaparan lagi :)
Lauk Gulai Ayam ni lemak & tak brapa pedas sangat. Sesuai dimakan bersama sambal belacan.
Gulai Ayam - Manja keluaran Sept 2010
Bahan A
1 sudu mkn jintan kasar
1 sudu mkn ketumbar
10 biji buah keras
7 biji bawang putih - mama gunakan 4 saja
15 biji bawang kecil
5 biji cili merah
1 inci halia
1 inci kunyit
Bahan B
1 btg serai (dititik)
2 inci lengkuas (dititik)
6 keping daun limau purut
100ml minyak
Bahan C
50gm gula melaka
250ml santan
500 ml air
1 ekor ayam potong 8
1 sudu mkn lada putih
garam secukup rasa
Cara
Goreng bahan A sebentar bersama 50ml minyak dan kemudian kisar dgn 250ml air. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan B sehingga wangi. Masukkan bahan A yg telah dikisar dan tumis hingga garing. Masukkan ayam dan masak sebentar sebelum masukkan bahan C. Hidang bersama bawang goreng.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment