Tuesday, May 12, 2009



SAMBAL TUMIS TELUR CEMPLOK

Ni lauk utk anak2 yang tak makan lauk2 yg dibawah. Memang favourite anak2. Senang aje buat sambal tumis, bila dah garing sambal masukkan garam,gula dan air asam. Biarkan mendidih,kecilkan api pecahkan telur.Lebih senang kalau dimasak dalam kuali.Biarkan ia mendidih sekali lagi. Padamkan api.





LEMAK PENGGAGA

Lauk favourite mama ngan my husband. Masak tadi utk dinner. Mama tak makan lunch. Tak ada orang di rumah. Semua balek sebelah petang. My two girls pulak dah kerja part-time. Tinggal my boy.Tadi lepas exam balek terus. Awal dah sampai rumah dlm kol 10.30pg. Tak makan lunch pun.

Semua orang tahu masak lemak. Cuma mama gantikan santan kepada susu cair(nak kurangkn lemak konon).





SAMBAL TUMIS UDANG & PETAI

Nyam2. Petai????? anyone. Takut mulut bau petai atau nanti bila buang air kecil bau? Dont worry petai kan boleh buat ubat.....Rasa petai yang lemak2 pahit.Tapi kalau dah dengan sambal tumis udang kan nyaman!!!!. Trylahhhhh








MUFFIN COKLAT




MUFFIN COKLAT





MUFFIN CHOC GARNISH STRAWBERRY

Ni N3 yg tak sempat update semln. Cos yesterday my husband ada kat umah. Nak pegi JB. So far hubby belum masuk jb ciq yang baru.Kesian gitu kan. Maklum busy selalu. For mama this is also my first trip by bus. Usually follow my brother by car aje.

Ni resepi cenduk from MyResipi.com very simple,lembut and tak banyak bahan. Not too sweet also. Cuma gunakan creativity utk decorate the cup cake. Mama gunakan small cupcake. Dapat dlm 20 pcs.(yg paling small size).

Bahan2:
200gm coklat masak(mama gunakn Aalst brand-dark)
70g butter
2 biji telur
50g gula halus
60g tepung gandum(mama gunakn self raising flour)
1 sudu kecil baking powder

Cara2nya:
Coklat masak di double boil dulu baru masukkan butter. Kacau hingga rata. Dan biarkan sejuk dulu. Pukol telur dan gula sehingga hancur baru masukkan tepung gaul hingga rata baru masukkan coklat yg dah sejuk dan kacau lagi sehingga semua bahan sebati. Masukkan kedalam cupcake separuh aje dan bakar dlm 15-20min bergantung pada oven masing2.Biarkan sejuk dan hias mengikut cita rasa masing2.

Untuk coklat topping mama cairkan sedikit coklat dan sapukan diatas muffin.

Ok got to go now. Nanti malan update lagi pasal pegi JB.

Monday, May 11, 2009


Tuhan, ku mohon kpdmu snantiasalah berkati wanita ini dlm apa jua yg dia lakukan. Jgnlah pernah meninggalkan dia keseorangan kerana dia amat mermerlukan cinta kasihmu. Pimpinlah setiap langkahnya agar dia terhindar dari segala macam bahaya dan kejahatan. Aku mohon semua ini kerana aku menyanyangi wanita ini. Amin

*,%*,%'*
*,*,%/*%*
)i(
( )


For
A very
Special Mom who never
fails 2 do the best for her
family....
HAPPY MOTHER's DAY!!!!


Yesterday was very busy day for me. Pagi2 buat epok2. Breakfast cum lunch was nasi goreng. Had to settle a few task. Malam seperti biasa, MAKAN. Lepas magrib we headed to our destination. MAGIC WOK. Tak sempat ambik gambar (kamera terlupa nak bawa). Apa lagi husband nak belanja. Ketok lebih2 ah. For appetizer kerabu mangga(Fuyoo berapi),thai stem fish,tom yam sea food,oyster ommelette,hot plate tahu and slice chicken sweet n sour. Boleh habis semua!!!!!!






Friday, May 8, 2009


URAP PENGGAGA
Utk dinner tadi. Urap penggaga,taugih dgn kangkong.Bahan2 yg mudah.
Bahan2nye
Daun penggaga dlm 2 atau 3 ikat di hiris kasar2
30 sen taugih
seikat kangkong disiang dan dicelur sebentar
Bumbu
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
10-20 biji cili padi merah dan hijau
kelapa parut dlm 400gm (yg dibuang kulit arinye)
2-3 ketul cekur
sedikit udang kering yg direndam dulu
Cara: sayur2 yg telah dicuci dan ditos.Kangkong yg telah dicelur ditus dan perahkan supaya tidak berair nanti.Bahan2 spt bawang besar,bawang putih,cili padi,cekur dan udang kering dimesin halus. Siapkan kuali, masukkan bahan yg telah dimesin bersama kelapa parut. Masukkan garam dan gula. Masak sampai kering. Angkat dan ketepikan. Didalam mangkok letakkan sayur2 dan gaul rata2. Siap dimakan. Nyam2!! Urap ni agak pedas sikit tapi nyaman.




AYAM MASAK MERAH


Ni favourite Nazli dan semua yg ada kat rumah. Ingat sakit2 tak nak masak pedas2. Boleh bertambah nasi. Anyway ni pakai agak2 aje sebab selalu masak.
Bahan2:
1 ekor ayam dipotong 12 dicuci bersih lumurkan garam dan kunyit dan digoreng lembab (mama tak goreng pun)
2 biji bawang besar*
3 biji bawang putih*
2-3 batang serai*
1/2 inci halia*
cili kering agak2 direndam dulu*
santan pekat dlm 100ml
sedikit tomato sos,garam dan gula secukup nye.
Cara2: Semua bahan2 *dikisar halus. Tumiskan bahan2 yg telah dikisar sehingga garing dan terbit minyak. Masukkan tomato sos,garam, gula dan santan pekat. Kacau sehingga bahan sebati baru masukkan ayam. Biarkn sebentar sehingga ayam masak. Kalau inginkan kuah tambahkan sedikit air. Biarkan lauk ini masak dan rasa garam gula nye. Angkat dan dihidang. Makan dgn ketupat atau lontong pun sedap.





BUN KAYA


Ni breakfast tadi pagi. Nazli kalau manis2 pagi2 tak jalan. Kasilah maggi goreng atau kentang goreng ngan sausage pegi lambat pun tak pe.My husband ngan mama lah makan. Siap cecah ngan air nescafe lagi. SLURP!!!




GORENG PISANG

Goreng pisang ni goreng 2 hari lepas utk org sakit. Ingat tak de selera nak makan. Siap cecah ngan cili padi kicap. Ingat waktu balik kulai dulu,sebelum masuk kampung my uncle ada gerai jual makanan. Ada jual epok2,goreng keledek,pisang dan juga tempeh siap ngan cili padi kicap. Syiok kalau makan panas2.



BUBUR UTK ORG SAKIT



UBAT NAZLI

Ni ubat Nazli. Minggu ni tak berapa sihat.Start from Sunday 3rd pagi2 dah high fever 39.8c. Monday, fever tak turun2. Mama siap belikan hot n cold pack. Ubat Doctor jgn cakap every 4 hrs mesti makan siap check temperature lagi. Shasha yg jadi mangsa. Klau balik keje siap check baby (Nazli) temperature dgn kasi ubat. Hai apa nak buat dah nak sakit. Nak sakit pun during exam week. Apa nak buat. Terima aje pemberian Allah.



Thursday, May 7, 2009


BUBUR JAGUNG

Ni N3 lama tak sempat nak update. Tengok dekat one of the blogger. Tak ingat. Tapi sewaktu tgk tak ada resepi. Main agak2. Macam bua bubur kacang hijau,tapi ditukar dengan sagu biji ngan jagung dlm tin.

Buat sewaktu my mother in law dtg kat rumah. Tak manis sangat. Kena pada tekak my mother in law. Dan satu kelainan juga. Selalu kacang hijau atau kacang merah.Ni simple dan mudah dibuat.







NASI DLM BATU LESUNG

Nasi dlm batu lesung ni adalah favourite mama. Teringat waktu dulu2 (zaman remaja lah) kalau buat sambal belacan dan kalau ada nasi panas apalagi letakkn dalam batu lesung kemudian tumbuk2kn sikit. Makan panas2. Fuyoooo!

Sambal belacan mangga ini favourite kita orang. Kalau my husband makan mesti campurkan dgn cili padi. Baru POWER!!!!!

Sunday, May 3, 2009

3rd May 2009

Yesterday 2/5/09 seblh ptg pegi jemputan Isa & Nani kat Sembawang. Sampai sana ramai dah dtg (adik-bradik Rauf). Sedang duduk mata ini memerhatikn para jemputan.Budak2 skrg ni pegi jemputan dah mcm gi jln2. Ada yg pkai seluar jeans ngan baju t-shirt, skirt pun ada. Hai... apa nak jadi.....


Balek dari jemputan, Nazli dah start bersin2. Pagi ni temperature dah naik.Agaknye musim flu ngan fever. Nazli kalau sakit sekali2 teruk. Besok kalau tak turun fever dia jawabnya tak skolah lah. Tuesday dah start mid-year exam. Kesiannye baby mama:(

Pertama kali bertemu Aiman, Datul menganggap lelaki itu tidak sesuai memegang jawatan sebagai pengarah urusan di Iman Holding, syarikat milik ayahnya.

Di pejabat, mereka sering tidak sependapat dalam tugas. Kata mengata dan benci-membenci merupakan senjata untuk mereka bersengketa. Akhirnya, tanpa diduga, Aiman cintakan Datul dan Datul rindukan Aiman.

Masalah timbul bila Amir juga jatuh hati pada Datul tanpa mengetahui gadis itu adalah kekasih abangnya. Aiman bersedia mengundur diri untuk kebahagiaan adiknya. Tapi cinta Datul tidak mungkin ditukar ganti.

Atas desakan keluarga, perkahwinan Aiman dan Datul dilangsungkan. Aiman bertindak menjauhkan diri dari Datul kerana rasa bersalah melukakan perasaan Amir. Sebagai isteri, Datul tertekan dengan sikap Aiman dan bertindak membawa diri.





Marina dalam kepasrahan apabila dicintai oleh pemuda yang pernah menjadi teman sepermainan sejak kecil lagi iaitu Hakimi. Pada masa yang sama dia ingin menjaga Bani yang ditinggalkan di rumah anak-anak yatim. Bani tidak diterima langsung oleh abahnya.

Marina takut menerima cinta Hakimi kerana khuatir tidak mendapat restu keluarga. Apatah lagi kisah silam kedua-dua keluarga mereka masih tercalit di hati sehingga mereka meningkat dewasa.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Marina tidak dapat membuat keputusan yang tepat. Apakah yang perlu dilakukan untuk menerima cinta Hakimi? Siapakah Bani di hatinya? Apakah kisah silam yang menghantui diri mereka berdua?






Friday, May 1, 2009


PIZZA QUICK N EASY- Dari koleksi Resipi Diana
Resipi yg mudah, cepat dan sedap. Utk topping boleh diperbagaikn. Doh utk adunan ini blh dapat +14 keping sebesar tapak tangan kita. Kalau nak yg agak besar dan tebal blh dapat dalam +6 keping.

Bahan2nya
3 sudu mkn yis
2 sudu teh gula
2 cawan air suam
5 cawan tepung roti
4 sudu besar minyak zaiton - gunakn minyak jagung
2 sudu teh garam

Cara2nya:
1.Panaskn ketuhar pada suhu 230C. Dlm mangkuk yg sederhana besar,campurkn yis,gula & juga air suam.Ketepikn selama 10min sehingga ia berbuih.
2.Masukkn tepung,garam dan minyak zaitun dan uli sehingga menjadi doh yg lembut & licin. Ketepikn selama 5min.
3.Canai doh diatas papan canai yg ditabur sedikit tepung menjadi bulat.Letakkn doh yg telah dicanai diatas loyang pembakar dan bakar selama 5 min sehingga doh kuning. Keluarkn dan letakkn topping pizza kegemaraan anda.
4.Bakar dlm ketuhar selama 8-12min.

NOTE: Pizza bulat sebesar telapak tangan menggunakn resipi ini dpt 14 keping setiap satu doh timbang 80g.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...