Thursday, June 25, 2009

:: GULAI/KARI DAGING ::

GULAI / KARI DAGING

Selamat malam di malam hari Khamis. Minggu ni mama rasa macam cepat sangat masa berlalu.... Hari Isnin hadapan anak2 dah mula naik sekolah.
Hari ni mama masak gulai/kari daging. Sebenar nyer nak masak ikan, tapi stok ikan dah habis, cuma ada daging ajer, so mama masak lah kari. Sebenar nyer mama tak berapa gemar sangat dgn daging, tapi dah tak ada stock ikan nak buat macam maner, masak lah daging.
My darling memang suka makan daging, pasal dulu arwah bapak dia jual daging kat pasar. Boleh dikatakan selalu makan daging ^-^
Lauk ni mama makan dengan sambal belacan mangga. Mama memang suka kalau makan lauk kari mesti ada sambal belacan baru ada kick!
Besok.... besok nak masak ape eh? Ok lah mama rasa sampai disini dulu, nak gi jalan2 kat umah kawan tengok diorang masak apa. Mana lah tahu ada yang berkenan di hati... hehehe. Tata.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...