Thursday, July 23, 2009

Ayam Berlado


Salam semua di malam hari Khamis.
Begitu cepat sekali hari berlalu... dah nak weekend....
Ni menu hari ni. Semalam petang tengok kat TV siaran ulangan - ayam berlado.
Tak pernah pulak makan ayam berlado tapi kalau telor atau ikan memang selalu makan.
So mama try lah...
Untuk ayam berlado ni lebihkan cili padi- merah & hijau. Serai 1 batang - dititik. Bawang besar
& bawang kecil, sedikit halia. Kisar kasar2.
Di sini mama menggunakan cuka dalam 5 sudu makan, gula & garam mengikut rasa.
Masak seperti biaser. Lauk ayam ni ada rasa pedas2, manis dan masam2 dari cuka.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...