Wednesday, July 15, 2009

:: BUBUR CANDIL ::


Salam semua di petang yg cerah.
Semalam sebenar nyer nak try buat bubuh ni, tapi oleh sebab buzy mama lupakan
niat.Sebenar nyer terpanggil utk mencuba apabila ternampak kat umah Asma @Rembau.
Ni baru tadi buat utk minum petang. My MIL & my mother pun ada, jadi dapat lah diorang
merasa pengat ni.
Mama buat 1/2 adunan ajer. Sebab tak pernah makan lagi.
Tapi kan Asma sedap juga pengat ni. Terima kaseh sebab kongsi resepi. Halal ya Hawa C&P resipi.

bahan2nya.
  • 2 cawan tepung pulut
  • sedikit garam
  • air untuk menguli tepung dan merebus adunan tepung
  • santan dari sebiji kelapa
  • sedikit sagu biji
  • 1 senduk gula merah
  • 1/2 senduk gula(boleh kurangkan)
  • garam dan daun pandan
caranye:
  1. uli tepung dengan sedikit garam dan air sehingga boleh digentel bulat.Boleh letak pewarna jika suka.
  2. kemudian rebus hingga tepung timbul dipermukaan air.angkat dan toskan
  3. sagu biji dibersihkan dan toskan.masukkan kedalam periuk bersama dengan gula dan daun pandan.
  4. tuangkan sedikit air,renihkan.masukkah santan dan garam sambil dikacau.akhir sekali masukkan tepung pulut yang sudah direbus tadi.
  5. perasakan manis nye.bila dah mendidih boleh lah diangkat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...