Saturday, July 25, 2009

menu semln yg tak sempat update kerana............



Salam di malam Minggu.... Dah nak dekat pukol 11 mln sewaktu mama update blog ni.
Ni hidangan malam semalam. Menu sempoi ajer... Ikan Bakar (ikan ayam2) cicah dgn sambal asam. Sedap jugak sekali2 makan mcm gini.
Ikan ayam2 memang sedap dibakar....Skali2 makan ramai2, 1 ekor tak cukup. Asam tu mama
tumbuk 2 biji bawang putih, cili padi merah 5 biji, air asam pekat, gula & garam secukup nye. Tumbuk kasar2 jer. Selalu cicah ngan kicap cili padi tapi kali buat air asam. Sedap jugak......

Kerabu mangga ni pulak menggunakan Thai Fish sauce. Mama menggunakan 1 biji mangga muda yg dikupas kulit dan dicincang halus. 10 biji cili padi merah,1/2 biji bawang besar, 1 sudu makan udang kering yg direndam dulu, 1 biji limau nipis yg kuning(dah masak) Semua bahan2 ditumbuk kasar2. Perahkan limau nipis. Fish sauce dlm 3 sudu makan dan gula secukup nyer. Gaul kan semua bahan dalam mangkuk. Mama suka tambah kan dengan daun ketumbar dan batang2 sekali. Berpeluh dahi dan berasap teliga......



Ni pulak Ayam Daun Pandan. Mama cuma buat setengah adunan ajer. Agak payah jika daun pandan kecil. Susah nak menggulung nyer....Tapi bila dah siap dimasak sekejap jer dah kene bedal..... Ni jamu mata dulu... Resepi menyusul......


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...