Monday, May 10, 2010

Kremes

KREMES

  • 60 gram tepung beras
  • 1 1/4 cawan air rebusan ayam
  • 1/2 cawan air (anggaran)
  • 1 biji telur - dipukul sedikit
  • 2 sudu teh bahan perapan ayam tadi
Cara membuatnya :
  1. Gaulkan air rebusan ayam, tepung beras, telur, dan bahan perapan ayam sehingga rata.
  2. Masukkan air dan kacau menjadi adunan yang agak cair.
  3. Tambah sedikit garam jika tidak masin.
  4. Ambil sesudu dan tuang ke dalam minyak yang betul betul panas.
  5. Sentiasa di kacau sehingga kekuningan.
  6. Goreng hingga garing.
  7. Angkat dan toskan.
  8. Ulang sehingga habis.
  9. Akhir sekali goreng ayam, tauhu dan tempe.

Tahu & Tempeh utk Ayam Penyet


Untuk Tempe dan Tauhu Goreng.
  • 2 keping tahu – potong dadu
  • 1 paket tempe – potong nipis
  • Sedikit tepung beras.
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Golek-golekkan tahu dan tempe atas tepung beras dan pada lebihan bahan lumuran ayam.
  2. Goreng hingga garing.


Sambal Ayam Penyet


Sambal Ayam Penyet
  • Sedikit minyak masak
  • 20 batang Cili merah (lebihkan jika mahu lebih pedas)
  • 10 biji Cili padi
  • 10 biji Bawang kecil/merah, hiris
  • 3 biji Bawang putih, hiris
  • 5 biji Tomato, potong 4
  • 5 cm Belacan
  • 2 sudu Ikan Bilis-kite lebihkan cikit
  • 3 sudu gula merah/secukup rasa
  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing/rangup. Angkat dan ketepikan.
  2. Goreng belacan seketika Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili. Setelah layu, masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api. Angkat dan ketepikan.
  4. Sejukkan semua bahan yang telah digoreng pada suhu bilik.
  5. Masukkan kesemuanya ke dalam pengisar atau lesung batu. Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
  6. Masukkan semua bahan tumbuk ke dalam periuk dan panaskan.
  7. Masukkan gula merah dan gaul rata.
  8. Rasa sambal yang terhasil, tambah garam atau gula merah jika perlu mengikut citarasa.* Sambal boleh disediakan sehari sebelum hidangan sajian. Simpan sambal dalam peti sejuk. Panaskan sambal sebelum disajikan.

Kuih Lapis


Salam & Selamat pagi Isnin semua :)
Kuih lapis lagi dari dapur mama!! hahaha semalam hari yg sibuk buat mama :) Kedua2 "mak" ada dirumah :)

Layan dulu gambar... cari2 resipi kak rumah kat Intan tak dapat pulak. Thnks kak Intan nak C&P resipi tak jumpa pulak... hehehe nak taip malas pulak.

Saturday, May 8, 2010

Mothers Day Kad fr AlongRoz

Greetings

Terima Kad ni dari AlongRoz


Friday, May 7, 2010

Kuey Teow Goreng



Bertemu kembali.. Dah masak. Masak kuey teow goreng jer utk makan tengahhari merangkap dinner kalau ada lagi..hehehe mama nak bawa Nazli gi medical checkup kat hospital. Okay tak leh celoteh manyak2... got to now!!!

Jemput2 Sayur

Salam & Selamat pagi Jumaat buat semua teman2 blogger yg diingati selalu :)

Pagi ni kite semua sarap Jemput2 Sayur..hehehe cuma letak carrot & kentang. Pagi tadi sebelum ke sekolah Nazli n baba sempat menjamah jemput2 ni... Nazli cicah ngan cili sos.. baba cicah ngan kuah asam pedas semalam...


Ni yg mama punya..baru tadi goreng lagi..makan panas2 bersama kuah asam pedas ikan duri semalam... Jemput makan semua!!!!

Wednesday, May 5, 2010

Ketam Sambal

Ketam Sambal...
Resipi dari MyResipi... Memang sedap & pedas. Cuma mama letakkan 1 biji telur saja... Kepada Maslinda Mat@ Myresipi thanks :)

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 3 ekor ketam saiz sederhana( apa2 jenis ketam)
  • lada kering
  • bawang besar dan bawang putih
  • halia
  • garam, gula, asam keping
  • sebiji atau 2 biji telur

Cara-cara

Bersihkan ketam, potong 2. Lada kering, bawang besar, bawang kecil dan halia dikisar halus ( kuantiti bergantung kepada tahap kepedasan yg dikehendaki. tumis bahan kisar sama macam masak sambal tumis... perisakan dengan garam, gula dan asam keping (kalau xguna asam keping boleh guna asam jawa) tumisan dah masak , garing dan cukup rasa, masukkan ketam yg telah dibersihkan. gaul dan tutup sekejap hingga masak... pukul telur, setelah ketam masak siramkan ketam td dgn telur dan gaul.... ketam akan bersalut ngan telur dan sambal... bila telur dah sebati angkat dan sedia untuk dihidang.... selamat mencuba!

Sotong Blackpepper

Kids Menu. Tukar dari pada daging ke sotong okay jgk :P

Bahan-bahan ( 4 - 5 org makan )

  • 500gm daging batang pinang- gantikan dgn sotong
  • 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
  • 1 biji lada benggala hijau- x letak
  • 1 biji lada merah- x letak
  • 3 sb kicap manis
  • 2 sb sos tiram
  • 1 cawan air
  • 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
  • 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
  • minyak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
  2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada
  3. Panaskan minyak. Sebolehnya digunakan minyak yg banyak dan menggunakan api yg kuat spt yg ditunjukajar oleh chef asal supaya daging itu tak perlu digoreng dgn lama. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati. Peringatan: garam tak perlu letak banyak2 kerana dah pun masin - dari kicap dan sos tiram
  5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan lada benggala dan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Buncis Goreng Hati & Empedal

Untuk dinner tadi hari ni mama goreng kan kacang buncis bersama hati & empedal ayam.. tak payah tumbuk2 semua nye dihiris sahaja.. senang kerja.


Kacang Buncis ni tak payah digoreng lama2.. sedap manis & crucnchy. Bersama tahu, hati & empedal memang enak dimakan bersama nasi panas2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...