Wednesday, June 30, 2010

Sambal Ikan Bilis Padi

Photobucket

Lauk Ayam Masak Kicap Madu ni memang tak pedas... so sambal ikan bilis padi ni memang sesuai utk cik hubby mama yg memang sukakan sambal!!. Resipi dari dapur nOOrsha lagi.. Thanks Yer!!

Sambal Ikan Bilis Padi - nOOrsha

Bahan-bahan
20 biji cili api (digoreng) mama gunakan cili padi merah
2 ulas bawang putih (digoreng)
1 biji bawang besar (digoreng)
segenggam ikan bilis (digoreng)
secubit garam
2 biji limau kasturi


Cara-cara
1. Tumbuk cili api, bawang putih dan bawang besar bersama sedikit garam
2. Masukkan ikan bilis, gaulkan dgn sudu, hancur2kan sedikit
3. Perahkan limau kasturi, sedia utk dihidangkan :)

Ayam Masak Kicap Madu

Photobucket

Untuk anak2 & cik hubby mama masakkan AYAM MASAK KICAP MADU. Kicap & Ayam kat rumah sini memang febret...dalam 1 minggu blh kira berapa kali jer mama masak ikan!!!Okay lah... lauk ni pun mama kidnap resipi dari makyong Noorsha kite..hehehe... jangan marah yer Noorsha mama panggil makyong!! Walaupun lauk ni simple & senang penyediaan nya..ia tetap sedap & enak dimakan waktu bila2 masa saja :D Terima kaseh nOOrsha.
 
 Ayam Masak Kicap Madu - nOOrsha
Bahan2
1/ 2 ekor ayam -potong ikut suke
sedikit serbuk kunyit
1 biji bawang besar - hiris
5 biji bawang putih - dititik
2 inci halia - dititik
1 batang serai - dititik
1 sudu besar lada hitam biji - ditumbuk halus -
1/4 biji Cili benggala merah - potong ikut suka
1/4 biji cili benggala kuning  - potong ikut suka
1/4 biji cili benggala hijau - potong ikut suka
2 sudu besar madu
1 cawan kicap lemak manis
sedikit air asam jawa
Rempah tumis 5 sekawan
sedikit daun bawang untuk hiasan
garam secukup rasa


Cara²
1. satukan ayam dengan sedikit serbuk kunyit dan goreng sebentar dalam minyak panas... kalau boleh jangan overcooked, pandai² adjust ea...
2. bila ayam masak ketepikan. kurangkan sedikit minyak goreng ayam tadi, tinggalkan sdikiit saja untuk menumis.
3.Tumis rempah 5 sekawan dan bahan² dititik seperti serai,bawang putih dan halia sampai wangi, kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk. kacau sebentar.
4. masukkan kicap dan sedikit air asam jawa. tunggu mendidih baru masukkan ayam.
5. balik²kan ayam supaya bersatu dengan kicap tadi, kemudian bolehlah masukkan bawang besar serta cili benggala merah,kuning dan hijau.
4. masukkan garam secukup rasa bersama madu. kacau rata. tunggu selama 2 minit dan matikan api. tabur dengan daun bawang & lepas tu bolehlah dihidang.... :)

Kuih Dadar Berlauk

Photobucket

Salam & Selamat Malam semua teman2 mama yg diingati selalu :D
Alhamdullillah... selesai sudah ibadah pose mama utk hari ni :) Amin... semoga hari2 besok dapat mama melaksanakan ibadah pose mama dengan sempurna lagi...

Jalan2 kat rumah teman2 mama terjumpa resipi ni KUIH DADAR BERLAUK yang sebenar berlauk kan daging cincang bersama kentang... tapi oleh sebab kentang & daging cincang tak de dlm  simpanan..mama gantikan dgn sayur taugih yg memang menjadi pujaan hati ku..hehehe

Resipi dari dapur As di NZ..jauh 2. Ingin jugak nak kesana suatu hari nanti..tengok lah kalau duit simpanan dah bertambah ....hehehe Okay lah meh kite tengok resipi dari rumah Az. Terima Kaseh As kerana sudi berkongsi resipi.. ni mama C&P jer minta halal yer sis!!

Kuih Dadar Berlauk- As Nurkasih Blogspot
Sediakan bahan inti terlebih dahulu

Bahan2 Inti
500gm kentang (dikupas kulit dan dipotong dadu)
1 btg carrot
2sdb serbuk kari daging
200gm isi ayam di cincang halus
1/2 labu bawang besar -dikisar
3ulas bawang putih -dikisar
1 kiub pati ayam (sbg perasa) kalau x letak pun x pe..
garam secukup rasa
segenggam hirisan daun sup dan daun bawang

cara2:
Panaskan minyak, tumis bahan kisar,masukkan serbuk kari,kiub ayam, setelah naik minyak, masukkan isi ayam dan kentang.Masukkan garam secukup rasa. Gaul rata, biarkan hingga kentang empuk. jika hendak sedikit berkuah masukkan sedikit air.Sebelum tutup api taburkan daun sup dan daun bawang dan gaul rata..

Bahan2 untuk tepung
500gm tepung
1cawan susu segar
air secukupnya
1bj telur
2sdb minyak
1sdk garam
* blend semua bahan diatas
 seperti membuat lempeng biasa. Panaskan kuali leper dan sendukkan 1 senduk nasi dan leperkan kat atas kuali dan tunggu sampai adunan kering & angkat.

Ambil 1 lempeng letak inti, lipat kiri dan kanan dan gulung..

Selamat Mencuba

Tuesday, June 29, 2010

Roti Sardine

Photobucket


Teragak nak mamam roti sardine.. Teringat dulu2 waktu budak2 mak mama selalu buat macam gini... Inti sardine tak payah masak.. letak banyak2 bawang, cili merah & cili hijau, halia dan limau sambal atau limau nipis... Tadi mama makan 2 keping roti sardine ni ..lepas 2 ngan kuih butir nangka semangkuk..hahaha bila nak magrib dah tak larat kah3x...

Ni dibawah ni inti sardine mentah... mama gunkan sardine yg kecil 2 tin ( ada sikit lagi blh buat bekpes diorang bsk) halia, bawang besar, cili padi adalah dlm 3 tangkai, cili merah & cili hijau & limau nipis 1 biji. Bawang besar, halia, cili padi cili merah & hijau dicincang halus. Sardine buangkan sos dan tos. Kacau semua dlm manggkuk tambahkan dgn juice limau nipis kalau lagi masam lagi sedap!!.

Photobucket

Kuih Butir Nangka

Photobucket

Selamat bertemu kembali teman2 :D
Alhamdullillah..... kenyang betul buka pose hari ni....
Apa ke tidak.... mana ngan bubur & sardine roll..hehehe itulah dah enjoyssss ngan makan jer....
Resipi ni dah lama teperap asyik kena cut queue jer... So utk berbuka memang sesuai lah kat tekak mama yg selalu nyer memang tak nak berbuka yg berat2. Resipi dari dapur Ijan yg senyap sepi sejak kehilangan ayah tersayang.... Kepada Ijan terima kaseh atas resipi ni dan mama really miss u!!!

Kuih Butir Nangka (7-8 orang)

  • 4 cawan tepung beras pulut
  • air
  • sedikit kapur makan 
  • secubit garam dan pewarna hijau @ air daun pandan
  • (bahan utk kuah)
  • santan dari setengah biji kelapa
  • gula (kite guna brown sugar)
  • 1 sudu makan halba (kite tak letak, kurang gemor) mama pun x letak
  • garam
  • daun pandan
  1. Masukkan sedikit air ke dalam bekas, masukkan sedikit kapur makan bersama secubit garam serta pewarna. kacau.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil di gaul.
  3. Buat sehingga adunan menjadi doh dan tidak melekat di tangan. tambah air ikut keperluan.
  4. Panaskan air hingga mendidih, masukkan doh yang telah digentelkan… bila masak ia akan timbul…
  5. Apabila dah timbul tu, terus cedokkan dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air.
  6. Untuk kuahnya pula, masukkan semua bahan kedalam periuk, masaklah hingga mendidih.
  7. Bila dah siap bolehla dicampurkan butir nangka bersama kuahnya. sedia untuk dihidang.
  8. Lebihkan santan kalau nak kuah banyak. begitu juga dengan halba. boleh ditambah sukatannya kalau suka.

Photobucket

Percutian di Malioborro, Godean, Bandung & Jakarta on 14.06.2010

Photobucket


Salam semua di tengahari Selasa :) 
Tengahari ni kita layan gambar2 mama bercuti di Indonesia tempoh hari bersama ibu mertua & keluarga, adik ipar sekeluarga Ifah & Iman, anak sedara Faizal & Rina sekluarga pada tanggal 14 June 2010 sehingga 24 June 2010. Banyak tempat yang kite melawat esp kampung late father in law di Godean. Selain melawat sedara mara disana.. byk activiti yg dilakukkan oleh kami sekeluarga selain shopping... anak2 dpt ke sawah bendang yg tak dpt mereka terokai disini, menangkap & memegang ayam sebelum disembelih termasuk lah mencabut 'bulu2 ayam' sekali. Mama & biras & anak sedara dapat memasak kan lauk pauk utk hidangan kami dan jugak sedara mara yg ada disana. Bayangkan 4 tin sardin & kalau tak silap 20 biji telor dadar dalam sekilp mata saja selesai dimakan waktu makan malam saja!! Dan tak lupa jgk ayam kampung 5 ekor gotong ryong di masak lemak cili padi dari mula disembelih, dicabut bulu hingga dibersihkan..parut kelapa dgn menggunakan pemarut jgk dapat dirasa kan oleh anak2..yg penting nye semua dapat merasakan suasana kekampungan dan jugak kekluargaan... Kalau nak cerita sampai besok pun tak habis daaaa....

Photobucket
Okay ... McDonald yg dapat dimakan bersama NASI

Photobucket
Di shopping centre di MALIOBORRO

Photobucket
makan Bakso di tepi jalan

Photobucket
Naik Kuda atau di panggil ANGDUNG

Photobucket

Memang Cik Hubby mau kite semua merasai bagaimana makan makan atau dipanggil 'leseran" mcm kat gmbr ni..duduk kat bawah...

Photobucket

Lepas 2 ada orang dtg nyanyi...hehehe kita pun mintaklah lagu..last2 semua join in hahaha

Photobucket

Ni kat pasar Godean..tempat timbang punyalah antik!!


Photobucket
Yg pasti kiteorang kat sana asyik makan2 terus!! 
Tahu yg menjadi makannan orang disana dan yg pasti febret kami

Photobucket
Nazli yg dapat merasa naik motor. 
Satu kali diajar oleh cik hubby terus mendapat :)

Photobucket

Di sawah yg berhampiran ngan rumah

Photobucket

Sempat buat majlis arwah pada 16.06.2010 sebelum magrib

Photobucket

Anak2 dapat merasakan lauk pauk kenduri

Photobucket

Sempat ke Parangtritis sebuah pantai yg terbentang laus dan ombak yg cukup kuat


Photobucket


Photobucket
Bermain layang2

Photobucket

Sejenis ketam kecil yg di goreng saja

Photobucket


Photobucket
Majlis SELAPANAN atau lebih kurang mcm 'cukur rambut'
Disana bila mereka mengadakan majlis spt begini atau kenduri arwah..
hidangan selalu dibungkus spt gmbr diatas dan dibawa pulang saja.

Photobucket

Sempat kedapur melihat bagaimana mereka memasak 

Photobucket

Cik Hubby & Mama sempat breakfast kat pasar Godean
Sup sapi yg dicampur bersama nasi, kecambah(taugih), daun sup & daun bawang, limau 
nipis & sambal dan juga tak ketinggalan keropok Indo

Photobucket

Jeruk Es yg tak ketinggalan 

Photobucket
Sate mereka yg jenis kicap dimakan bersama NASI

Photobucket
Ke Tangkuban Parahu pada 21.06.2010

Photobucket


Photobucket
small berries

Photobucket


Photobucket


Photobucket

Dapat pergi shopping ke Jakarta sehari :)

Photobucket

Monday, June 28, 2010

Mee Hoon Goreng Bersos


Salam & Selamat pagi semua :)
Ni N3 yg dah tersendat & dah basi... tak sempat nak kluar N3. Baru pagi ni sempat diN3 kan hahaha.Nampak kat rumah Ayu .. mama ni suka kesana sebab Ayu ni rajin cari resipi2 baru.

Bihun ni ala2 mee siam kuah cuma sos nyer dicurah ketika hendak makan... basah2 gitu jer. 1st time masak menggunakan biji sawi utk mee. okay jgk tak terasa sangat biji sawi.
Meh kite tengok resipi yg mama salin terus dari rumah Ayu. Terima Kaseh Ayu & Try Masak :)

BIHUN GORENG BERSOS - Sources:-From trymasak.my  

 Ingredients:-
300g Bihun-(300g bihun)
1 keping tauhu-(1 piece hard beancurd)
 2 biji Telur rebus-(2 hard boiled eggs)

100g Taugeh-(100g bean sprout)
 sedikit daun bawang -(some spring onions)
2 sudu besar udang kering -(2 tbsp dried shrimps)

2 sudu besar Pes cili -(2 tbsp chili paste)
2 sudu besar Sos cili-(2 tbsp chili sauce)
2 ulas bawang merah-(2 shallots)
2 ulas  bawang putih dicincang-(2 garlics minced)
2 sudu besar kicap pekat-(2 tbsp soy sauce)
1 sudu besar sos tiram -(1 tbsp oyster sauce)
1/2 sudu besar biji sawi -(1/2 tsp mustard seeds)
 garam & gula secukup rasa-(salt and sugar to taste)


Bahan Untuk sos:- Ingredients for Sauce:-
2 ulas bawang merah-(2 shallots)
1ulas bawang putih dicincang halus-(1 garlic minced)
2 sudu besar taucu -(2 tbsp salted soya beans)
1 sudu besar pes cili -(1 tbsp chili paste)
1 sudu kecil belacan goreng yang dicairkan bersama sedikit air -(1 tsp grilled dried shrimp paste mix with some water)
  garam & gula secukup rasa-(salt and sugar to taste)


 Method:-
Goreng tauhu. Apabila garing, angkat dan ketepikan.-(Fry beancurd, dish out and put aside)
Tumbuk udang kering hingga hancur.-(ground dried shrimps till fine)
Tumis bawang putih hingga naik bau dan masukkan bawang merah. Kacau hingga layu.-(Saute garlics till fragrant and add in shallots. Stir till soft)
Masukkan biji sawi, pes cili, dan udang kering tumbuk. Kacau hingga pecah minyak.-(Add in mustards seeds, chili paste, and grounded dried shrimps)
Masukkan sos tiram, kicap pekat, dan sos cili. Kacau rata.-(Add in oyster sauce, soy sauce and chili sauce. Stir well.)
Masukkan bihun. Gaul rata, masukkan daun bawang dan taugeh. Gaul hingga sebati dan taugeh sedikit layu.-(Add in mee hoon/bihun, mix well and add in spring onions and bean sprout. Mix till incoporated and beansprout slightly soft.)


Menyediakan sosnya
 
Tumbuk taucu(Ayu bilas sikit dulu) hingga hancur dan gaul dengan sedikit air.-(Ground salted soya beans(I rinsed slightly first) till fine and mix with some water.)
Tumis bawang putih hingga naik bau, diikuti dengan bawang merah.-(Saute garlics till fragrant followed by shallots.)
Apabila layu, masukkan pes cili dan kacau hingga pecah minyak.-(When soft add in chili paste and mix till oil rises up the surface.)
Masukkan taucu tumbuk dan belacan. Kacau hingga pecah minyak.-(Add in grounded salted soya beans and dries shrimp paste and stir till oil rises up the surface.)
Masukkan gula, 1 cawan air, dan garam. Masak hingga sos pekat.-(Add in sugar, 1 cup of water and salt. Cook till sauce thickens.)
Hidang Bihun Goreng Siam bersama, sos, tauhu goreng dan telur rebus.-(Serve bihun goreng siam, with sauce, fried tauhu adn boiled eggs.)
 

Sunday, June 27, 2010

Tofu Kung Po

Tofu Kung Po- dapat resipi dari berita harian (SG) pada tanggal 6 Jun 2010.
Memang sedap utk mereka yg sukakkan sayur Brokolli. Di sini ingin mama berkongsi resipi dan jugak buat rujukakn dibelakang hari.

TOFU KUNG PO
Bahan2

1 keping tauhu jenis lembik ( ptg kuib 1 cm)
2 sudu makan oyster sos
secubit rempah 'five spices' ( mama tak guna)
1 sudu mkn bawang putih kisar
1 sudu mkn halia kisar
3 batang cili kering ( sangai dan potong 2.5 cm pjg)
1/2 cawan air
2 sudu teh tepung jagung ( air & tepung jagung dijadikan satu)
2 sudu teh minyak masak
1 sudu mkn minyak bijan
1 pokok Brokolli (potong kecil & rebus sebentar)
2 sudu makan gajus disangai

Cara
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih & halia sehingga naik baunya.Masukkan cili kering dan tauhu. Kacau perlahan selama 2 minit kemudian masukkan rempah five spices dan sos tiram.
Tuangkan campuran tepung jagung dgn air tadi dan biarkan mendidih hingga kuah hampir kering. Akhir sekali masukkan kacang gajus dan renjiskan minyak bijan.
Utk menghidangkan nya, atur brokolli dikeliling pinggan kemudian tuangkan campuran tofu di tengah2nya.

Ayam Masak Merah Berkicap

Photobucket


Salam petang Minggu semua teman2 mama yg dirindui selalu :D
Menu tengahhari tadi..bukan tengahhari dah nak masuk petang jamuan mkn kami tadi..hehehe.
Ni kes lambat bangun dan lambat pergi kepasar. Banyak barang2 kering & basah dah habis belum sempat di beli lagi. Jadi bila dah lambat bangun jawab nye ke pasaraya je. Beli ayam..yang pasti anak2 mesti kangen ngan ayam SPORE sbb diorang cakap makan ayam kat sana tak puas...

AYAM MASAK MERAH KICAP..tak tahu lah mana asal nyer tapi pucuk pangkal yg senang di masak, sedap dimakan untuk anak2 & jugak cik hubby mama :) Cara masakkan macam masak merah biasa cuma ditambahkan kicap manis & kicap pekat jer..

Bahan

1 ekor ayam ~ dipotong 12 cuci bersih & tos
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
100-150 gm cili kering direndam & diblend (tambah kalau ingin pedas)
3 labu bawang besar ~ diblend
3 ulas bawang putih ~ diblend
1/2 in halia ~ diblend
garam & gula secukp rasa
3 sudu makan kicap manis

2 sudu makan kicap pekat
3-4 sudu makan tomato sos
air secukupnya
2 labu bawang besar ~ dipotong hiris kasar
minyak utk menumis

Cara memasak


Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
Tumiskan cili mesin & bahan2 yg diblend  sehingga garing. Bila bahan2 tumis dah garing, masukkan garam & gula, tomato sos, kicap manis dan kicap pekat dan masak hingga tumisan garing dan pecah minyak.Tambahkan air sedikit sekira nyer inginkan berkuah.
Masak lah hingga kuah hampir pekat baru la dimasukkan ayam Gaul sebati dan biarkan hingga ayam masak dan kuah pekat sedikit. Masukkan bawang yg telah dihiris kasar2, kacau sekejap dan padamkan api.

Saturday, June 26, 2010

Murtabak Instant


Salam & Selamat Pagi Sabtu kepada teman2 semua!!!!

Mama dan keluarga telah selamat pulang ke SG pada petang hari Khamis :D Tapi disebabkan banyak kerja yg perlu disettlekan esp kain baju ... pagi ni dapat lah mama upload & buat N3 :D


Murtabak Paratha yg memang senang & sedap di makan panas2 waktu sarapan pagi :)
Mama dapat resipi dari MyResipi - Siti Hanan kalau tak silap Ni nak bukak laman Myresipi tak boleh plak!

Bahan-bahan

  • 100 g daging cincang
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 sudu setengah rempah kari
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • daun sup
  • minyak
  • 1 sudu kecil garam& gula secukup rasa
  • 2 keping roti prata instant
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. Buat inti utk murtabak. caranya ialah bawang besar dan bawang putih di potong dadu. tumiskan bawang.
  2. Apabila bawang sudah layu, masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air. goreng sehingga pecah minyak. kemudian masukkan daging cincang.
  3. Apabila daging masak, masukkan kentang yang dipotong dadu.masukkan garam dan gul. jika terlalu kering, tambahkan air. masak sehingga kentang empuk. akhir sekali masukkan daun sup.
  4. Pukul telur di dalam mangkuk. masukkan inti tersebut ke dalam telur. kacau sehingga sebati.
  5. Ambil kulit prata yg di giling tipis sedikit dan bungkus inti murtabak segiempat.
  6. Goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak di atas kuali leper sehingga masak

Monday, June 14, 2010

Bubbyeee....

GoodMorning semua. LOL.
Ni shasha, anak mama. Mama dia ngah bz meyidai kain. Dia suruh updatekn blog psl dia takot kawan2 blog dia rindu dia (:
Aniways, we're flying to Indonesia in awhile. Will be there for 10days. Mama kater she gonna miss all of you.
We'll be visting a few places in Indonesia. Like the gmbr above, TangkungBangPerahu.
Okay lah, kiter nak mkn. Lapar.. Byeeeee semua..
p/s Mama tk sempat nk reply comment2 di shoutbox ): SORRY!
-Shasha-

Sunday, June 13, 2010

Kentang Goreng Sambal

Satu lagi lauk simple yg sangat mudah dan sedap dimasak utk keluarga :D
Mendapat idea dari rumah Izah. Memang senang & mudah kalau dah jemu ngan ayam atau pun ikan.
Terima Kaseh Izah beri idea. Ni salin terus dari rumah Izah tau!!

Bahan-bahannya:
 
Kentang 3-4 biji dipotong nipis
ikan bilis segenggam - gantikan ngan hotdog
Goreng hingga garing

tumis bahan kisar:
lada kering
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih

Tumis bahan kisar hingga garing dan perasakan dengan garam dan gula. Saya suka sambal ni pedas dan manis. Dah garing masukkan kentang dan ikan bilis yang dah di goreng. Slamat mencuba si anak dara semua ye.. Daaaa

Ayam Masak Merah

 Baru hari ni dpt upload gmbr. Ni blogger susah betol nk upload gmbr through the server. So upcoming post semuanya post yang dah lame nk upload tk di upload2 kan. hehe. Njoyss.


Ayam Masak Merah - TryMasak

Ingredients:

1) Ayam - potong kasar (1/2 ekor)
2) Bawang Besar - dibelah empat (2 biji)
3) Bawang Putih (4 ulas)
4) Lengkuas (1 inci)
5) Serai - dibelah dua (1 batang)
6) Santan (1/2 cawan)
7) Tomato Puri (1/2 cawan)
8) Pes Cili (1/2 cawan)
9) Minyak Masak (2 sudu besar)
10) Minyak Sapi (1 sudu besar)
11) Gula (sedikit)
12) Garam (sedikit)
Directions


Kisar hancur bawang besar, bawang putih, lengkuas, dan serai bersama sedikit air.


Panaskan minyak bersama minyak sapi dan tumis bahan-bahan kisar bersama pes cili. Kacau rata dan taburkan gula.


Tumis hingga pecah minyak dan masukkan ayam. Diikuti dengan tomato puri.
Kacau rata dan biar hingga kuahnya pecah minyak dan mendidih.


Curahkan santan dan kacau rata. Masak lagi hingga kuahnya kering.
 

Friday, June 11, 2010

Novels.....

Salam di pagi Jumaat :D

Tak tahu kenapa mama tak blh upload gambar2 masakkan dari file mama..hiss geramnyer!!! Dari tadi dah cuba byk kali masih tak boleh jgk!!! he... gerammmmmmm.
Tak pe lah ... sabor jer byk2... pagi2 Jumaat ni :D
Ni salah 1 buku cerita yg dah mama baca...

Saat Kau Kata Cinta - Anis Ayuni


 Melihat gambar2 Nuril bersama Hijaz sewaktu percutian mereka diParis membuatkan hati Darwina tersentak. Namun dia tiada kekuatan utk menceritakan kepada Nuril hal yg sebenar. Bimbang Nuril akan mengambil tindakan diluar jangkaan. Lalu, 'direlakan' episod cinta anak2 sekolah antara dia dengan Hijaz berakhir dengan kehancuran...
Takdir menemukan Darwina dengan Azil. Lelaki itulah sandarannya utk membina bahagia. SEdang hatinya diulit cinta, dia bertemu dengan Syafi sewaktu, kunjungannya ke United Kingdom. Pertemuan yg tidak meninggalkan tanda di dalam hati kerana ditanah air sudah ada yg merindu...
Tanpa diduga, sekali lagi dia diuji. Bahagia yg diharap, derita yang tiba..Emosi Darwina menjadi seperti roller coaster apabila Azril rupa2nya berdusta dalam bercinta.
Kemunculan Hijaz setelah sekian lama menghilang membuatkan hati Darwina kacau. Lelaki itu tidak pernah jemu merayu jiwanya. Benarkah hadirnya Syafi sebagai penyelamat rumah tangga Hijaz dan Nuril?




Yang sebenarnya - Aisya Sofea. 

Tidak semua cinta itu berbalas. Inilah yg terjadi kepada Eddie. Akibat cintanya ditolak oleh Nazirah, sepupunya, dia nekad membawa diri ke London. Hatinya perlu dirawat..
Kelukaan Eddie mendapat simpati daripada Nadhiya, adik Nazirah. Melalui kiriman e-mel dan YM, Nadhiya sentiasa menyakinkan Eddie bahawa cinta akan datang lagi. Namun hati Eddie belum terbuka untuk mencari pengganti.
Seiring waktu berlalu... cinta Eddie semakin memekar. Dengan semangat baru, Eddie pulang bersama cinta utk Nadhiya. Malangnya, kalimat keramat itu tidak terucap dari bibirnya, apatah lagi Nadhiya melayannya seperti seorang abang. Eddie jadi panasaran. Akibatnya, lelaki itu seperti memusuhinya.
Semuanya harus dirungkaikan. Eddie perlu berterus terang tentang perasaan sebenarnya. Dan Nadhiya pula mesti menyedari bahawa cinta baru Eddie adalah untuk dirinya!

  
  SELAGI ADA DIA - Aisya Sofea


 Sinopsis : PERTEMUAN tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.
Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.
Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

Thursday, June 10, 2010

Award & Tag dari Zana Rose


Salam semua :D
Malam ni nak letk tag & award dari Zana Rose...
Terima kaseh Zana kerana sudi memberi mama award ni :D Tapi bab tag ni sama lah kite ada "M" sikit lah. Tak pe mama cuba jgk dgn tugasan Tag yg di beri ni... Thanks Yer!!

Tag
1. Apa yang bermain di fikiran kamu sekarang?
..kenapa lah nak upload gambar susah sangat semenjak2 menjak ni...

2. Nama samaran kamu?
Kalau kat rumah macam biasa lah anak2 panggil 'mama' hubby panggil Ni/Ma, family panggil Nani

3. Berikan tiga orang kamu sayang
My parents - mom & dad, My Hubby & My Lovely Kids

4. Panggilan utk si dia
Mama panggil darling & bi

5. Hadiah yang korang impikan dari orang tersayang
Diorang selalu kasi mama hadiah tak kira lah mahal atau murah..tapi kalau takde pun tak pe..yg penting ingatan mereka semua!!

6. Blog mana yang korang suka follow
Macam Zana jgk.. mana2 blog kite suka

7. Bagi award ni kat 15 blogger lain dgn pernuh penghormatan:
Alamak yg ni ada susah cikit lah... Okay lah siapa yg kena ni..hehehe sila tgk kat bawah ni :D

1.Ayu Spore
2.Yat Maira Spore
3.Noorsha
4.Anis
5.Hana
6Asma
7.Izah Daut
8.Sakura Emi
9. Cikgu Zana
10. Nida
11.Ena
12. Azita Zain
13.Fuzidss
14.Chik Min
15.Kak Intan

hiss!!!! penat jugak eh!! okay :D




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...