Thursday, April 8, 2010

Laksa Penang


Dari US kita singgah kejap kat Penang...hehehe
Masakkan sihat hari ni :D Laksa yg menggunakan ulam2man dan tak menggunakkan santan...Healthier Choice!!!
Nampak kat rumah Mimi Penang atau Chik Min dah lama... tapi baru hari ni terasa nak buat..so takda nasi ah semua mkn laksa...

Mama suka pekat2..tapi tak de ikan selayang atau ikan sardin..mama gunakkan ikan kembung... cili kering lebihkan sedikit sebab cik hubby suka makan pedas2... Hah!! memang pedas tekak mama...

Thanks Mimi kerana sudi berkongsi resipi Laksa Penang yg sihat lagi sedap!!! Mama C&P jer :)

Laksa~ Resepi Turun Temurun Keluarga Pak Awang

utk kuah
Ikan sardin aka selayang*
Asam keping*
Cili kering ~direbus n blend**
Belacan**
Serai**
Lengkuas**
Bawang Besar **
Garam
Pati ikan bilis~chik mi guna secukup rasa.
Daun kesum
Bunga kantan

~*ikan direbus bersama dengan asam keping ketepikan.
~** bahan yang bertanda di blend bersama

Ikan di asingkan tulang dgn isinya,air rebusan disimpan bersama dgn asam keping. Dlm periuk masuk air utk di buat kuah tapi jgn terlalu banyak,agak2 sebb nnti terlalu cair. Blend tulang ikan kalu nak bubuh air rebusan pun boleh jugak,kemudian guna tapisan plastik tuang tulang tadi ke dlm periuk yg berisi air ayak sehingga tinggal tulang saja,kemudian blend isi ikan ulangi proses ayak ke dlm periuk tadi sehingga tinggal tulang2 saje.Masukkan bahan blend tadi bersama garam ,masak sehingga mendidih,mendidih biar lama sedikit supaya tak cepat basi. Masukkan daun kesum bersama dengan bunga kantan,selalunya chik mi masukkan juga batang daun pudina ke dalam kuah utk menghilangkan bau hanyir ikan.

Utk Ulaman
Timun
Bawang Besar
cili merah
Daun pudina
Nenas
Bunga kantan yg dihiris

Tips

# sekiranya kuah yg dimasak terlalu cair masukkan sardin yg telah dihancurkan terlebih dahulu,hanya ambik ikannya sahaja sosnya tak perlu.
# Laksa penang yg ori tak letak telur rebus kalau nak letak jadi laksa kedah / perlis:)))
#Laksa penang ni kuah nya masam2 sikit so nenas akan memberi rase



Bunga kantan & daun pudina memberi kelainnan rasa pada laksa ni dan juga nenas yg dihiris memberikan rasa masam & manis... Syiok!!!!

Kuih Talam Gula merah


Kuih Talam Gula merah.... jauh ni... mama angkut resipi dari rumah Yatie yg jauh di US. Yatie yg gemar buat kuih muih tradisional esp talam. Suka pada bahagian lapisan bawah..kenyal2 macam ada rasa kuih kaswi sikit...mungkin kerana menggunakkan air kapur. Thanks Yatie kerana berkongsi resipi.. Mama C&P dari rumah Yatie :)

Bahan utk lapisan bawah
* 200gm gula merah
* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur

Cara-cara
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.

Lapisan Atas
* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikt garam

Cara-cara
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

Wednesday, April 7, 2010

Award



Yang ni paling mama suka :D

Thanks to Su & Nenek Fiza

Kuih Getas2


Lama betul tak makan kuih tradisional ni... hmmmnnn
Salam & Selamt petang semua... hari ni masak simple2 jer... baru habis berkemas..tukar langsir.
Nampak kat rumah Asma & AlongRoz kuih getas2 ni. Memang belum pernah buat sendiri.. selalu kalau nak makan beli saja.. bila tengok bahan2 yg senang & tak banyak sukatan... terhasil lah kuih getas2 ni.

Terima kaseh Asma & AlongRoz for sharing receipes... Ni mama C&P dari rumah Along :)

Kuih Getas2
(Makes > 30 petits)

INGREDIENTS:

200g Black Glutinous Flour
80g White Glutinous Flour
200g Fresh Grated Coconut
1/2 tsp Salt
200ml Hot Coconut Milk or Hot Water

SYRUP:
120g Sugar
100ml Water

METHOD:
1. Mix all ingredients and shape it like disks, about 1.5" diameter or your preferred shape.
2. Deep fry until cooked.
3. Place syrup ingredients in a wok & heat up until boiling & thick.
Add in fried getas & stir very quickly to coat.
4. Serve in morning or evening tea.

Monday, April 5, 2010

Chilled Oreo Cheesecake


Salam semua dan selamat petang :) Lama betul resipi ni terperap.... dan dgn berjaya nyer mama dapat buat Oreo cheese cake ni... tak payah dibakar (mmg tak blh bakar sbb oven dah rosak..hehehe)
Ni jenis yg tak payah dibakar hanya di sejukkan dalam peti sejuk. Resipi mama cedok dari dapur Bro Rozzan. Thanks Bro kerana sudi berkongsi resipi :)


CHILLED OREO CHEESECAKE (ALA-ALA SECRET RECIPE)
Sumber: Smile (FRD)

Bahan-Bahan
200 gm Oreo (buangkan krimnya)-hancurkan
60 gm mentega (dicairkan)
1 biji lemon (diambil jusnya)
500 gm krim keju (creamcheese)
65 gm mentega (pada suhu bilik)
100 gm gula halus
2 sudu besar gelatine
300 ml whipping cream
100 gm biskut Oreo - dipotong 4


CARA

1. Gaulkan 60gm butter bersama 200gm biskut Oreo tadi dan bubuh ke dalam loyang kek keju (bulat) lalu tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk.

2. Pukul whip cream sehingga pekat dan ketepikan.

3. Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang dan putih.

4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut.

5. Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi (3) dan bubuh gelatine dan biskut Oreo. Gaul sehingga rata.

6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam

Sunday, April 4, 2010

Fish & Chips


Salam & selamat petang semua teman2 mama yang dikasihi semua :D Dah berabuk dapur mama ni...hehehe sibuk sikit mengguruskan hal rumah tangga..biasa lah surirumah.... ada masa free... ada masa sibuk. Tapi kalau ada cuti umum dan hujung minggu bersama family kluar atau bersantai di rumah...


Ni brunch we ouls tadi... semua anak2 ada dirumah... so mama buat kan fish & chips... senang kerja :)

Wednesday, March 31, 2010

Kari Tulang Ikan Kurau




Sambal Tumis Sotong Kering


Sotong Kering... Memang febret mama. Lama betul tak makan. Mama suka direndam semalamman sahaja. Tak letak abu cang. Biar liat2 sikit. Sedap!!! Lauk utk orang tua2... budak tak pandang pun...hehehe. Tapi kalau nak kan sambal tumis tu apa salah kan.


ikan kicap untuk Nazli


Bertemu kembali di hari yang sama :D
Hari ni Nazli tak sihat... demam panas!! Pagi tadi suroh mama ambik dari sekolah. Balik rumah tidur... Dlm kol 2 ptg bawak jumpa doctor... temperature naik sampai 39. Sekarang ni dah kebah sikit...

Blm ada selera nak makan... Cik hubby belikan dia McD- Fillet O Fish... makan pulak...hehehe

Rojak Tepung & Mee Rojak


Yang ini mama & hubby makan dengan mee.



Ni pulak Nazli punya.


Lunch semalam cum dinner. Rojak Tepung yang memang dah lama tak buat. Ni mmg febret Shasha. Berulang kali dia makan... Asyik cakap sedap..nyum3x

Okay tak blh celoteh byk2 sebab byk kerja nak settle pagi ni....
Pernah buat ikut resipi dari rumah Hana & Ika. So mama just C&P resipi dari rumah Ika jer..thnks :)


Bahan-bahan


UTK KUAH

10 tangkai lada kering - bleh tmbh klu suka pedas

40g kacang tanah - goreng n blend
40g biskut tawar - blend halus (bleh tmbh lg klu tk cukup pekat)
*segenggam udang kering
*sebiji bawang besar
*5 biji bwg merah
*3 ulas bwg putih
gula melaka
air secukupnyer - dlm 6-7cwn
garam
gula putih - klu tk cukup manis lagi. kuah rojak sedap manis2 pedas :)

UTK TEPUNG ROJAK

2 cwn tepung gandum

satu sudu makan rata yis
3 sudu gula
garam
air
pewarna kuning - optional
myk utk deep fry

BHN SAMPINGAN - ikut suka la mana2 nk buh!
timun - hiris
tauhu - goreng n hiris
tempe goreng - hiris
sengkuang - hiris
salad lettuce - hiris
kangkung celur (optional)
taugeh celur (jika suka)
telur rebus - belah dua (klu suka goreng la)
kentang - rebus n belah2 ( pong bleh goreng dulu)
ayam goreng - nih klu nk wat rojak ayam
mee kuning (celur)- yg nih plak klu nk wat rojak mee

Cara-cara
  • UTK KUAH - basuh lada kering...kemudian toskan. panaskan minyak.goreng sebentar lada tuh.jgn lama sgt nnti hangit kuah jd tk sedap! dh tuh angkat n toskan minyak.
  • blend yang bertanda * dan lada kering td. rebus bhn2 blend (*klu nk tumis bleh gak!)
  • masukkan skali gula melaka n air secukupnya. didihkan.
  • pastuh masukkan serbuk biskut n kacang tanah. kacau rata... perasakan ngan garam dan klu nk tmbh gula lagi bleh la tambah. klu terpekat sgt bleh tmbh air lagik. dan klu kurang pekat leh tmbh biskut blend.pandai2 la ejas yer!
  • bila dh menepati citarasa kuah rojak, matikan api!
  • UTK TEPUNG - bancuh yis ngan air suam.aktifkan!
  • dlm mangkuk lain...masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati... masukkan air yis td skit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok.
  • perap adunan selama 1 jam.
  • panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan.
  • CARA HIDANGAN - susun semua bhn sampingan n tepung td belah empat.curahkan kuah! siap! :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...