Thursday, April 8, 2010

Kuih Talam Gula merah


Kuih Talam Gula merah.... jauh ni... mama angkut resipi dari rumah Yatie yg jauh di US. Yatie yg gemar buat kuih muih tradisional esp talam. Suka pada bahagian lapisan bawah..kenyal2 macam ada rasa kuih kaswi sikit...mungkin kerana menggunakkan air kapur. Thanks Yatie kerana berkongsi resipi.. Mama C&P dari rumah Yatie :)

Bahan utk lapisan bawah
* 200gm gula merah
* 2 sudu gula pasir
* 2 1/2 cwn air biasa
* 1 cwn tepung gandum
* 1 sudu besar tepung ubi
* 1 sudu besar air kapur

Cara-cara
1. Masak gula merah dan gula pasir bersama2 dngn air. Sejukkan.
2. Sementara itu panaskan pengukus dan balut dngn kain penutupnya.
3. Satukan semua bahan, kacau sehingga semuanya larut dan tapiskan. Masak sebentar di atas api sederhana dan sentiasa kacau.
4. Tuangkan dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak.
5. Kukus selama 20 minit. Setelah masak,cakar2 sedikit di atas permukaannya dan tuang adunan lapisan atas.

Lapisan Atas
* 3 cwn santan pekat
* 1 cwn tepung beras
* Sedikt garam

Cara-cara
1. Satukan semua bahan, kacau sehingga sebati dan tapiskan.
2. Kacau atas api sederhana sehingga adunan hampir pekat.
3. Tuang atas adunan bawah dan kukus sehingga masak (selama 20 minit)
4. Sejukkan dahulu sebelum di potong.

1 comment:

Nor Hayati Ramlan said...

salam mamahawa, wow nmpk sedap dan menjadi kuih tu...mintak sepotong, nak rasa juga....boleh ke..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...