Tuesday, April 27, 2010

Ikan Siakap 3 Rasa


Bertemu kembali :) Ni jugak sebahagian daripada lauk dinner semalam. Ikan 3 rasa ni memang menjadi kegemaraan keluarga. Sudah banyak kali mama masak utk anak2 & hubby. Kali ni cik hubby request lagi :P Kali ni mama gunakan sos plum yg ada dalam resipi. Pasti kan cili padi berlebihan sebab along & cik hubby kuat pedas!!! Utk Nazli, shasha & mama kite cuma ketepikan cili padi itu pun dah terasa kepedassan nyer!!!


Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan- x letak cari2 kat pasar x jual
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi - mama tambah dlm 10 biji

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum - tersalah beli beli sos lemon
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis - lemon
  • 1 camt kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hinga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.




1 comment:

♥LOVE2COOK♥ said...

Hi Kak!!! hru dearie??? Missed ur dishes! :)

Ikan siakap 3 rasa makes me really hungry now...owh no!!!

Love is back again...hehe! ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...