Monday, April 12, 2010

Bubur Som2

Bertemu kembali. Sempat buat kan Cik Hubby bubur Som2 ni. Lagi sedap kalau disimpan dalam fridge... bila makan sejuk2..... hish lalu kat tekak...hmmmmnnnn!!!! Minta ampun!!!!

Bubur Som Som

Resepi dari RinnChan

Bahan-bahan:
100 gm tepung beras
30 gm tepung Hoen Kwee (Tepung pulut pun ok, kalau tak ada.. guna semua tepung beras) - mama gunakan tepung Hoen Kwee
1 camca teh garam halus
500 ml santan
500 ml air

Cara-cara:
1. Satu semua bahan dalam periuk atau casserole.
2. Masak atas api sederhana. Sentiasa kacau supaya bancuhan tidak berketul.
3. Masak sehingga likat dan berkilat.
4. Angkat dan sejukkan seketika. Tuang dalam mangkuk atau bekas yg sesuai.
5. Siram sirap gula kabong ke atas Bubur Som Som apabila menghidangkannya.

Bahan-bahan Sirap Gula:
2 ketul gula kabong atau 150 gm gula merah
250 ml air
1 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan

mama gunakan gula pasir yg dimasak bersama pewarna merah...hehehe termerah pulak!!

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dalam periuk dan panaskan atas api hingga menggelegak.
2. Masak sehingga gula larut.
3. Tapis larutan sirap sebelum menggunakannya.
* Tuang siap-siap ke dalam mangkuk2 kecil lebih mudah untuk dihidang. Jika tidak pun, tuang ke dalam bekas besar tetapi perlu mencedoknya ke dalam bekas kecil lain apabila menghidangnya nanti

Resipi mama ambik dari rumah cik CT. Thanks yer CT mama suka pegi rumah CT sebab banyak kuih muih tradisional disana. Minta halal mama C&P resipi :)

2 comments:

izahdaut said...

salam mama..wah cantiknya bubur tu posing.... mesti la sangat sedap..saya suka makan kuih kuih yang ada kuah gula kabong nih

Nida said...

Teringat zaman kecik2 dulu.. bila puasa mesti mak masak ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...