Thursday, April 22, 2010

Ayam Berlado cili HIJAU


Salam dan Selamat petang semua :)
Terang benderang kat bumi SG pagi ni... Senang lah nanti kain baju cepat kering :)

Menu semalam yg tak sempat mama N3 kan. Mama masak ayam berlado hijau. Teringat waktu kelmarin mama & cik hubby selepas waktu gi checkup kita lunch kat kawasan Arab Street. Masakkan minang... sedap ayam masak hijau dia tapi warna dari cili hijau nye terang tak macam warna hijau ayam mama.


Bahan

1 ekor ayam -potong kecil2 dicuci bersih di lumur kunyit & goreng sehingga masak

10 tangkai cili hijau*
2-3 biji bawang besar*
2-3 ulas bawang putih*
1-2 hiris halia*
10-15 tangkai cili padi hijau* (kalau nak pedas tmbh lagi)
asam + air
minyal utk menumis
garam & gula

Cara

Semua bahan * dimesin kasar2. Didalam bekas minyak menggoreng ayam, tumis bahan yang telah dikisar kasar2 hingga garing agak2 dlm 5- 8 minit. Masukkan air asam, kalau suka banyak kuah bolih tambah kan air. Biar kan kuah mendidih, tambah kan garam & gula secukup rasa.

Baru masukkan ayam & balik2kan. Dah siap!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...