Wednesday, April 28, 2010

Kuih Lapis


Selamat malam semua. Hari ini mama buat kuih lapis yg menjadi kegemaraan anak2 dirumah. Rasa2 nyer dah bertahun tak buat kuih ni..selalu beli jer utk anak2 especially utk Shasha yg memang suka sangat2 dgn kuih lapis merah putih ni :)

Nampak kat rumah Yatie di US yg rajin melapis bermacam2 jenis kuih lapis... rajin betul si Yatie ni.


Terima Kaseh Yatie sudi berkongsi resipi :) Izin kan mama letak resipi di sini buat rujukkan anak2 dan teman2 yg lain :)

Bahan-bahan

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah dan perisa rose
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan.
  2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  3. Masukkan perisa rose dan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna putih dalam 1 bahagian lagi.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan lagi adunan merah dan putih berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  8. Sejukkan dan bolehlah di potong dan di hidangkan.

1 comment:

Yatie said...

Salam mama, vavavava dah menjadi kuih lapismu....kemas je lapisannya...suka tngk kuih mama menjadi dan ank2 suka...tahniah ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...