Salam buat semua teman2 mama....
Ni bubur ayam berempah utk semua dirumah hari ini. Utk orang yg sedang sakit & juga utk orang yg tak sakit juga. Bedal lah!!! Tapi dgn sambal kicap lah. Kesian cik hubby tak boleh makan pedas2... lagi sambal kicap cili padi kalau makan lauk sup ayam.
Tadi pagi mama bawa cik hubby ke clinic lagi kerana chicken pox dia dah terlalu banyak keluar & kawan kita dah tak blh tahan lagi.... Kesian juga mama tengok. Satu muka & badan dah penuh!!!
Macam biasa... Dr Tan lah penyelamat keadaan. Tapi ubat yang harus cik hubby makan agak costly sedikit.... $127 terperanjat bila mama bayarkan tadi. Tapi hasil nyer alhamdullillah dah much better now...
Dah lama mama tak buat kerabu. Tempoh hari mama ada ternampak kat rumah Hazila, Hasue dan kalau tak silap rumah Ijan pun ada buat kerabu.... So kali ni mama nampak pamelo yg dah kupas kulit kat Giant... 2 biji for $5 ok lah... Mama suka rata jer. Tapi yg ni terpedas sikit!!! cili padi kampung, mama cuma letak 2-3 biji jer!!!
No comments:
Post a Comment