Monday, September 6, 2010

Ayam Kicap Blackpeppe


Salam pagi Isnin yg mulia ni..tinggal beberapa hari lagi kite umat Islam akan meninggalkan bln Ramadan yg mulia ni... tak dapat nak bercerita panjang2 sebab banyak kerja yg hendak diselesaikan.

Satu lagi koleksi ayam msk kicap ni... Kali ni mama mencuba resepi dari Dapur Yatie pulak..hehehe. Cepat & ringkas peryediaan utk bersahur. Dan satu lagi lauk ayam ni kalau msk tak blh seorang sekeping mesti msk lebih sikit :)



Yatie  terima kaseh for the recipe... bertambah lagi koleksi ayam kicap utk dapur mama. Mintak halal C&P dari dapur Yatie :)

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam- di potong 12
  • 2 biji kentang- belah 4- mama hiris tebal2
  • 4 sudu besar kicap pekat
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar tepung jagung * bancuh dngn air - x letak sbb nak berkuah
  • 1 cawan air*
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 2 btng lada hijau ( di belah 2)- letak cili merah dihiris
  • 4 s/b minyak untuk menumis
  • garam dan kunyit
Bahan Tumis (di hiris)
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 btng kayu manis, 2 kntm bnga lawang, 2 biji buah pelaga
Bahan Hiasan(hiris dan taburkan atas ayam)- x letak pun
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
Cara-Cara
  1. Ayam di potong 12 dan bersihkan. Gaulkan bersama garam dan kunyit. Goreng separuh masak. Setelah siap, goreng pula kentang hingga empuk. Ketepikan dahulu.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi. Masukkan rempah tumis dan gaul lagi.
  3. Masukkan ayam dan kentang yg telah di goreng tadi. Masukkan serbuk lada hitam.
  4. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sedikit air. Masukkan bancuhan air tpng jagung.
  5. Masukkan lada hijau yg di belah 2 tadi dan gaul sebati. Masak sehingga sedikit pekat.
  6. Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan hidangkan....tabur bersama bahan hiasan.
  7. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...