Friday, September 17, 2010

Telur & Sausage Goreng 3 Rasa


Bertemu kembali di pagi Jumaat yg dah mula mendung nih...
Bukan tak nak update blog...tapi PC kat rumah dah mogok blum sempat lagi nak hantar sepital..hehehe ni mama pinjam lappy Jannah buat update pagi nih :D

Tak ingat bila mama masak lauk simple nih tapi yang pasti dalam bulan puasa rasa2 nye dah akhir2 bln ramadan utk bersahur. Simple tapi menyelerakan. Mama improvice kan sikit menu nih. Selalu menggunakan ikan utk sos 3 rasa nih...tapi ikan diorg tak main lah dlm bln pose tuh...
Mama gunakan 1 pkt sausage yg diptg2 serong dan digoreng dulu. Utk bahan sos boleh lihat kat bawah atau kat sini.

Sos 3 Rasa

Bahan Cincang Halus:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:-
  • 1/2 kuntum bunga kantan- x letak cari2 kat pasar x jual
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi - mama tambah dlm 10 biji
Bahan-Bahan Sos:-
  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis - lemon
  • 1 camt kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hinga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...