As Salam & Selamat Pagi teman2 :)
Bila dpt beli daging burger di JB mama buatkan lagi last week utk breakfast kami.. siap ngan french fries yg curly tembam2 hehehe
Sedap kalau gunakan daging & pedas!! terasa lada hitam tuh ...menyengat!! hehehe tapi yg hairan si nazli tak complaint pun!!
Ramai yg dah lama mencuba resipi sos ala2 McD nie mama jer yg kena tggl keteapi hehehe
Meh tgk resipi yg di salin dari dapur si Ayu nie hehehe selalu aje mama terjah dapur die :) TQ <3
Prosperity Beef Burger
Sources:-From Haikal Fadzil@myresipi.com
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2
- 2 cawan stok ayam (boleh guna kiub pati ayam dan air)-(Ayu gunakan 1/2 cube ayam + air)
- 1/4 cawan susu segar
- 2 sudu besar (atau lebih) lada hitam (tumbuk)
- 1/2 biji Bawang besar - potong dadu (untuk menumis)
- 1/2 biji yellow onion - hiris memanjang (untuk hiasan)
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar marjerin
- 3 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
- Garam/ gula mengikut tahap kesihatan masing-masing
- Daging burger (ayam atau beef)
Cara-cara
- Tumis bawang besar dengan sedikit minyak sehingga naik baunya.
- Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
- Masukkan susu segar dan seterusnya lada hitam, kicap manis, sos tiram, marjerin
- Masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung jagung sehingga mendapat kepekatan yang diingini (yang macam kat mcdonalds punya tu.)
- Garam dan gula mengikut tahap kesihatan masing-masing.
- Asingkan kuah lada hitam yang telah siap dan ambil kuantiti untuk digunakan sahaja.
- Masak daging burger, celupkan ke dalam kuah lada hitam tsebut dan letakkan di atas roti burger.
- Hiaskan dengan hirisan yellow onion.
- Prosperity burger siap untuk ditelan