Wednesday, August 19, 2009

asam pedas ikan duri


Berpeluh-peluh mama cuba sendiri upload gmbr....

Salam di tengahari yg panas ni
Ayu nnt mama post tentang mcm mana nk upload gmbr melalui photobucket.

K lah ni entry mama yg mama sendiri x ingat bila mama masak lauk2 ni.
Lauk asam pedas mmg sudah x asing lagi bagi semua. Ni mama masak asam pedas kepala ikan duri. Mama mmg suka mkn kepala ikan duri tapi leceh sikit sbb kene rendam dgn air asam & garam. Kene cuci bersih agar tak berbau hamis. Bila masak kene byk kn daun kesum & lada hitam. Tapi hasil nyer mmg sedap.


Photobucket


Ni pula kuih gunting. Mama ternampak kat umah Ijan nun jauh di Finland. Makyung kecil molek ni dh nak dekat bersalin masih lagi rajin memasak..... Ijan ambik resipi ni dari umah Kak Watie. So mama ucapkan tq kpd Ijan & watie walaupun mama x kenal (insyallah ingin juga berkenalan) kerana resipi yg mudah ni. So disini mama c&p jer. Kira halal yer ^-^

Kerepek Gunting / Kuih Gunting

  • 1 cawan tepung gandum
  • 4 tangkai cili kering dikisar jadi serbuk
  • 1 sudu besar udang kering dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan manis dikisar jadi serbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan putih dikisar jadi serbuk
  • secubit garam
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 110-120ml air (campurkan sikit2…)- kite kurangkan cikit
  • sedikit daun kari untuk gorengan (optional)
  • minyak untuk menggoreng secukupnya
  1. Blend bahan2 untuk dijadikan serbuk.
  2. Tuang bahan kisar kedalam tepung
  3. Masukkan garam dan minyak dan gaulkan
  4. Masukkan air sedikit demi sedikit….sampai adunan kenyal (Adunan akan jadi macam tepung nak buat kulit karipap)
  5. Akak buat bola2 kecil untuk mudah mencanai. Kemudian canai nipis2…& panjang.
  6. Taburkan tepung agar permukaan agar tidak berminyak dan mudah melekat.
  7. Potong nipis menggunakan pisau atau boleh juga di gunting.
  8. Ulang proses mencanai dan memotong sampai selesai.
  9. Pastikan tabur tepung agar hasil yang telah dipotong tidak melekat.
  10. Goreng dalam minyak yang banyak dengan sedikit daun kari (tambah aroma). Bila dah garing angkat dan sejatkan.
  11. Siap untuk dimakan :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...