Thursday, August 20, 2009

ROTI JOHN ISTIMEWA

Photobucket


Salam di malam hari khamis......

Insyallah umat Islam di merata dunia akan mula berpuasa pada hari Sabtu.
Sebenar hari ni mama x berapa sihat. Asyik beresin jer dari pagi hingga lah ke malam ni. Mama alah(allergy) to dust. Tadi pagi waktu tukar cadar abah lepas 2 terus jer beresin.... Dah makan ubat pun masih x ok jugak. Tgk lah besok pagi.....
Ni mama buat sarapan pagi. Dapat resipi ni dari berita harian keluaran khas-meriah raya pada 15.08.2009. So mama try lah dgn menggunakan roti john. Lembut.... x mcm roti john biasa sebab ia menggunakan cheese. Tapi spt biasalah tukang komen byk-x letak cheese lagi sedap sebab pagi2 x syok mkn cheese muak - 2 komen my darling. So mama x letak cheese semua, senang cerita.
Kalau nak cuba, ni resipi nyer

ROTI JOHN ISTIMEWA - oleh Cef Salamah Iksan

Bahan2nya:
1 labu bawang besar(ptg dadu)
1/2 sudu teh rempah kari daging
1/4 sudu teh lada putih serbuk
1/4 sudu teh pes halia
1/4 sudu teh pes bawang putih
1 sudu makan minyak utk menumis
200 gram udang hidup (buang kulit & ptg isinya kecil2)
200 gram stik ketam (ptg kecil2)
5 biji telur
secukup roti hotdog
garam & keju secukupnya- mama x letak keju pun

Cara2nya:
1.Panaskan minyak dan tumis pes halia & bawang putih kemudian masukkan rempah kari.
2.Masukkan pula lada putih serbuk dan udang. Tumis beberapa minit lagi baru masukkan bawang yg diptg dadu, isi stik ketam dan garam.
3.Pukol telur dan masukkan bahan2 yg sudah ditumis kedlmnya. Kacau hingga rata.
4.Belah dua roti hotdog (jika suka blh juga gunakan roti perancis). Bubuhkan secukup adunan telur. Jika suka blh juga bubuhkan beberapa hiris keju diatasnya.
5.Panaskan sedikit minyak diatas kauli leper dan letakkan roti diatasnya. Mulakan dgn bahagian yg ada adunan telur. Selepas kira2 lima minit, balikkan dan masaklah seminit dua lagi.
6.Hidangkan bersama daun salad,timun dan sos cili.


Photobucket

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...