Monday, September 28, 2009

popiah seaweed


Popiah seaweed ni mama buat last Friday. Banyak jugak mama dapat. 1 bekas tupperware yg besar. Mama beli 3 pkt seaweed 1 pkt kulit popiah 50 pcs. Kali ni mama pakai putih telur ( balance buat kek lapis) menjadi jugak! So ni mama sertakan resepi.Resepi mama dah pernah buat dulu. Ambik dari rumah Hasue.TQ skali lagi....


Bahan-bahan ( Leh makan ramai2 )
  • 1 bungkus kulit popiah
  • 1 bungkus besar dried seaweed (yg sedia dmakan begitu sj tu)
  • 1 biji telur
  • 2-3 cawan minyak masak utk menggoreng

Cara-cara

  1. Pecahkan telur dlm mangkuk kecil dan pukul sedikit menggunakn garfu
  2. Sediakan sekeping kulit popiah. Sapu rata telur td di atas permukaan kulit popiah hingga mnutupi kseluruhannya
  3. Susun dried seaweed di ats kulit popiah yg sudah dsapu telur td dan tutupkan dgn sekeping kulit popiah lg. Ulang langkah yg sama sehingga kulit popiah/dried seaweed habis
  4. Gunting kulit popiah yg sudah ber'inti' td mengikut bentuk dan saiz yg dsukai. Pnskan minyak dlm kuali dan goreng sehingga kulit popiah agak kekuningan.. Angkat dan toskan.Naahhh..sdh sedia utk dmakan begitu saja atau bersama sos/topping kesukaan anda..kalo x habis leh simpan dlm bekas kedap udara.. SELAMAT MENCUBA! :)

Makan tengahhari pat kampung


Salam semua. Monday Blues.... Hari ni mcm penat nk buat kerja umah..... malas.......

Apa2... ni mama nk tunjuk menu makan pat kampung ari 2. SEDAP!!!!! Bangget!!!!
mama n my hubby huh! makan x ingat orang.... Sebelum sampai pat kampung mama ada
ckp ngan my mil n hubby, klau kat belakang rumah paman ada tanam batang keladi atau
pucuk ubi mama nk mintak bawa balik Spore. Tiba2 time lunch diorg keluar kan lauk ni.
Oh!!! Best nyer....Diet tetap diet tapi sayur batang keladi ngan pucok ubi x leh tolak... lagi2
ngan sambal yg kat bawah 2. Fuyoh!!!





Ni lah sambal yg mama n hubby makan. Siap tanya ngan bibik sambal apa nama nyer. Diorang pn tak tahu apa nama nyer. Mama x malu.... siap ambik gambar lagi. Tapi kata bibik sambal 2 pakai cili basah, bawang besar, ikan bilis, belacan ngan air asam. Mama rasa sambal 2 di masak atas api dulu. Kepada teman2 blogger..... tahu x sambal apa ni??

Sunday, September 27, 2009

ohohoh balik kampung.... hati senang.....

Bertemu kembali... baru balik beraya ni... Hari ni dapat lah 4 buah rumah beraya..
Ni nk cerita psal balik kampung. Semalam mama beserta 3 family sebelah my hubby balik beraya di Pagoh. Best skali dpat beraya pat sana.. Cuaca x begitu panas okay okay. So layan lah gmbr2 di bawah & diatas ni.....Ni berhenti pat Macap breakfast dulu.....

Sewaktu dikampung... Belakang rumah banyak pokok2 buah tapi belum musim lagi....


My hubby jadi chief pada bdk2. Sibuk cari mercun pat sana! Sama ngan paman dia! Apa lagi budak2 S'pore ni mana pernah main mercun atau bunga api... Bapak budak apalagi menjadi2....
Yang mama takut sekali- mercun yg bentuk bulat. Macam bunyi bom!!! Kuat!!!!


Yg ni kat Kulai. Last house. Pat Pagoh kite dapat pergi 3 rumah. Semua dekat2 kawasan 2.

Breakfast


Selamat pagi... eh! dh tengahhari dah!!!

Hari ni sudah seminggu kiter semua berhari raya.... Mmg terasa cepat sangat masa berlalu.... Dh 1 minggu kiter beraya... Ni tadi pagi sarapan... simple jer... dh penat sebab semalam gi beraya kat Msia - Pagoh & Kulai Johor. Best beraya pat sana!!! Nnt mama update gmbr2 Best sgt2!!


Friday, September 25, 2009

Ikan Cencaru Sumbat Smbl Kelapa


Salam Semua... Bertemu kembali..
Ni menu hari Jumaat yg x sempat mama update. Dapat resipi drp Berita Harian pd 3 september 2009.
Selalu nyer ikan cencaru ni sedap di bakar gitu ajer cicah ngan sambal kicap/sambal asam dan sambal yg sewaktu dgn nyer lah. Ikut citarasa masing2. Pada mama resipi ni ada kelainan sedikit... Sedap jugak inti kelapa...
Resepi nnt dulu nk cepat ni lepas zohor nk keluar beraya.
*
*
*
Bahan2
3 ekor ikan cencaru (kira2 750gm)
2 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh garam
200gm kelapa parut yg dibuang kulit ari
10 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
15 tangkai cili kering, direndam
5 tangkai cili merah,dibuang tangkai & dipatah2
2cm x 1cm kunyit*
1cmx1cm halia*
1cm x1cm lengkuas* - mama x letak
1 batang serai dohiris sehingga 6cm dari pangkal
1 sudu teh belacan yg dihancurkan
100 ml air
75ml minyak masak
2 sudu teh asam jawa, diramas dgn 100ml air & diperah air nye
1 1/2 sudu besar gula
garam secukup rasa
125 ml minyak masak utk menggoreng tohor

Cara
1. Buang sirip,ekor & sisik ikan. Belah sepanjang belakang ikan sehingga merupai saku & keluarkan insang & isi perutnya. Cuci sehingga bersih & bilas dgn air bergaram. Tuskan.

2 .Lumurkan bahagian luar dan dlm ikan dgn kunyit serbuk & garam. Simpan dlm peti sejuk sementara menyediakan sambalnya.

3. Goreng kelapa tanpa minyakdidlm kuali diatas api sederhana sehingga putih kuning(kira2 lima minit)sahaja. Masukkan kelapa grg didlm pengisar bijian & kisar selama dua saat sahaja. Bubuh kelapa didlm mangkuk & ketepikan

4. Masukkan bahan* dan 100 ml air kedlm mesin pengisar, kisar sehingga halus. Bubuh rempah didlm mangkuk. Ketepikan.

5. Panaskan minyak masak didlm kuali diatas api sederhana. Tumis rempah kisar sehingga pecah minyak & naik bau(10 min)

6.Masukkar air asam jawa,gula & garam. Kacau rata2 & masak sehingga mendidih.

7.Campur kelapa parut grg yg dikisar & kacau rata2 selama 5 min. Angkat dari api & bubuh sambal dlm mangkuk.

8. Bahagikan sambal kpd 3 bahagian & sumbatkan setiap bahagian kedlm 'saku' seekor ikan.

9. Panaskan 125ml minyak masak didlm kuali diatas api sederhana & goreng tohor ikan sehingga masak (kira2 8 min setiap belah). Angkat dan tuskan ikan diatas kertas. Jika suka, balut ikan dgn daun pisang & dibakar diatas bara sehingga masak. Hidang ikan bersama nasi panas.

Wednesday, September 23, 2009

Lemah wanita Lembut wanita...

Dapat article ni dari rumah Cikwan Taiwan yg sekarang ni balik Msia visit fil yg sakit.

Utk tatapan semua teman2 blogger yg mama kenal atau pun tidak....


Ujar lelaki, wanita itu lemah

Ujar wanita, mereka adalah lembut

Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari
Hingga jarum jam tegak bertindih jari

Lelaki yang mengaku kuat .celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersandar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas isteri mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika isteri tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati

Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah....
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan
Salam semua....Malam ni dah 4 syawal... Mama rasa ada yang belum pulang dari kampung halaman masing2... Seperti biasa mak2,ibu2, umi2 dah kedapur macam biasa. Memasak lah kiter.... Ni tadi tengahhari sempat mama sekodeng cari resipi daging. Terjumpa resipi ni pat MyResipi.com. Sedap!!! mama cuma tambahkn kentang goreng. Daging masak lada hitam resipi dari mirza izz. Terima Kaseh kerana sudi berkongsi resipi. Ni mama c&p jer biar senang nak refer nnt.Cuma lada hitam dlm resipi x tulis.. so ikut rasa lah... mama gunakan dlm 1 sudu teh tapi klau sapa2 suka lagi menyengat tambah sendirilah.

Bahan-bahan

  • 1/2 kg daging (dihiris nipis)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit- mama x pkai
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • kicap manis sesedap rasa
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato

Cara-cara

  1. tumbuk lada hitam hingga gancur, barulah tumbuk halia, bwang putih, dan bawang besar hingga lumat
  2. gaulkan bhn tumbuk tadi dengan daging yg telah dihiris nipis
  3. masukkan sos tiram, sos tomato, cili, kicap pekat dan kicap manis, kunyit dan garam. gaul rata
  4. perap dahulu daging tersebut selama 2 jam sebelum di masak, makin lama perap makin sedap
  5. panaskan minyak dan goreng daging hingga empuk, tambahkan sedikit air
  6. setelah masak, boleh dihias dengan hirisan daun bawang, lada, daun sup, dan hirisan bawang.



Seperti biasa mesti ada sayur. Brokolli ni dah lama x makan. Grg campak jer... Ada mushroom putih, capcicum merah & kuning... SedAp Rata jer....
Semalam baru sempat buat cornflakes madu... 1 kotak... Aduh!!!! sakit pinggang mama... suruh shasha banyak soal! Tapi buat jugak... Cuma pat bakar & susun missing in action!... benci tau!
Kek lapis first time mama buat... menjadi jugak... cuma kelam kabut sikit... Lapiskan kan dengan buah kurma nak beli prune x terbeli2 akhirnyer... kurma jadi mangsa. Tapi ok juga jugak nnt habis puasa kurma tu duduk balik dlm fridge....hehehe


Tuesday, September 22, 2009

BALAS DENDAM......



Bertemu kembali.... Tadi pagi mama masak lauk ni... balas dendam seh. Dlm bulan puasa boleh kira berapa kali masak lauk macam gini. Budak2 waktu sahur x nak makan ikan.... daripada makan ikan diorang prefer makan telor tiap2 malam. Boring!!!
So layan lah gambar 2 kat atas... Mama nak kemas dapur. Tadi sempat buat cornflakes madu dgn kek roll. CIAO!!!!!

1 Syawal....20/09/2009

SELAMAT HARI RAYA MINAL AIDIL WALFAIZI SEMUA....
SALAM DI HARI KE 3 SYAWAL. BAGAIMANA SEMUA TEMAN2 BLOGGER? PENAT????
NGANTUK?????

MAMA X MAHU CERITA BANYAK2... KITA LAYAN GAMBOR2 YG ADA NI K....
SEMUA DI AMBIL PADA HARI RAYA PERTAMA....
GAMBAR YG ATAS SEKALI... MY MIL WITH HER GRANDCHILDREN & GREATGRANDCHILDREN SEKALI .... MANYAK2.....


Wednesday, September 16, 2009

SENJA YG INDAH....

Senja yg indah.... Walaupun camera digital mama tak dapat capture secanggih scenery... Mama rasa ni lah permandangan yg cantik skali.... Mama x ingat bila tapi yg mama ingat waktu senja sebelum bulan puasa... Rasa syahdu... betapa besar nyer ciptaan NYE. Mama petik gambar ni diluar tingkap dekat hall rumah...

E Kad lagi...



Terima kaseh Alimaz & Elyn
Semoga Elyn tambah menghadapi dugaan ini
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

Buka puasa-hari yg ke 26


Bertemu kembali. Hari ni buka puasa bertiga ajer... Encik Hubby ot lagi.. Baru jap tadi kol mama kata lambat balik... kesian nyer dah pukol 11+ mln ni.
Tadi buka burger ayam ngan rojak tepung.... Sedap sgtttttt!!!!! tau..... sampai Nazli N shasha bertambah bila buka puasa tadi. Lepas 2 sambung makan lagi.... MMg mama suka buat kalau anak2 suka makan... Sebenar mama dah lama nampak kat umah kawan2... tapi bila mereka buat berulang kali....Mesti Sedap. Kata Ika resipi ni dr Mak yung Hana kat Jepun. So thank u lah kpd mereka ni. Ni mama ambik resepi kat umah Ika Bangkok. TQ yer sis.

Bahan-bahan

UTK KUAH

10 tangkai lada kering - bleh tmbh klu suka pedas
40g kacang tanah - goreng n blend
40g biskut tawar - blend halus (bleh tmbh lg klu tk cukup pekat)
*segenggam udang kering
*sebiji bawang besar
*5 biji bwg merah
*3 ulas bwg putih
gula melaka
air secukupnyer - dlm 6-7 cwn
garam
gula putih - klu tk cukup manis lagi. kuah rojak sedap manis2 pedas :)

UTK TEPUNG ROJAK
2 cwn tepung gandum
satu sudu makan rata yis
3 sudu gula
garam
air
pewarna kuning - optional
myk utk deep fry

BHN SAMPINGAN - ikut suka la mana2 nk buh!
timun - hiris
tauhu - goreng n hiris
tempe goreng - hiris
sengkuang - hiris
salad lettuce - hiris
kangkung celur (optional)
taugeh celur (jika suka)
telur rebus - belah dua (klu suka goreng la)
kentang - rebus n belah2 ( pong bleh goreng dulu)
ayam goreng - nih klu nk wat rojak ayam
mee kuning (celur)- yg nih plak klu nk wat rojak mee

Cara-cara
  • UTK KUAH - basuh lada kering...kemudian toskan. panaskan minyak.goreng sebentar lada tuh.jgn lama sgt nnti hangit kuah jd tk sedap! dh tuh angkat n toskan minyak.
  • blend yang bertanda * dan lada kering td. rebus bhn2 blend (*klu nk tumis bleh gak!)
  • masukkan skali gula melaka n air secukupnya. didihkan.
  • pastuh masukkan serbuk biskut n kacang tanah. kacau rata... perasakan ngan garam dan klu nk tmbh gula lagi bleh la tambah. klu terpekat sgt bleh tmbh air lagik. dan klu kurang pekat leh tmbh biskut blend.pandai2 la ejas yer!
  • bila dh menepati citarasa kuah rojak, matikan api!
  • UTK TEPUNG - bancuh yis ngan air suam.aktifkan!
  • dlm mangkuk lain...masukkan tepung,garam,gula,pewarna n gaul sebati... masukkan air yis td skit demi sedikit. kacau.agak2 adunan cam wat cekodok.
  • perap adunan selama 1 jam.
  • panaskan minyak. goreng tepung td hingga kekuningan.
  • CARA HIDANGAN - susun semua bhn sampingan n tepung td belah empat.curahkan kuah! siap! :)
Mama gandakan bahan2 ni mengikut cita rasa masing2






Yesterday Menu - puasa hari yg ke 25....


Salam Semua di malam Rabu yg cuaca agak panas ni... Menu semalam spt biasa dh tak sempat nak upload n update pat N3. macam dh tak larat ni.....

Spt biasa udang cereal ni jiran aka adik mama kasi... banyak juga dia buat sampai blh buat sahur.



Ni nugget yg dah di makeup ngan mayonise, barbeque sauce ngan fish flakes. Sedap! Ada rasa mcm takoyaki... Hemmm kita nama kan dia.... yaki Nugget!!! Mcm2 lah mama ni :)




Ni sebelum dimakeup... Tetap habis juga...




Maggi goreng lagi!!!!! Kali ni mama yg buat. Selalu shasha yg buat.. so ni kali mama letak sambal tumis, kicap manis, kimball cili sauce ngan sayur mayur tak lupa mesti ada hotdog ngan fish slice...

Tuesday, September 15, 2009


Ni kad dari Ijan Finland Tq

E Kad raya dari teman2- TQ



Terima kaseh buat Ayu & Cikwan atas e kad raya ni.
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin
Dari Mama sekeluarga

Biskut Raya Mama...


Bertemu kembali... Ni plak biskut raya mama. Nak panggil biskut apa yer. Sebenar nyer mama nmpk biskut ni kat rumah Hana Jepun & Ika Bangkok. Mcm senang jer nak buat. Lagi pun permintaan emak mama yg nak biskut lama2. Mama guna kan minyak jagong jenama Golden Circle kalau x silap.. pat sini x de jenama Mazola... tu yg x letak nama biskut ni... Mama letak jer biskut kacang... blh gitu?? So ni resepi mama c&p dari umah Ika. TQ.

BISKUT MAZOLA

Bahan-bahan
  • 200gm tepung gandum
  • 200gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan kisar halus
  • 100 gm gula -kisar halus
  • 1 botol kecil Minyak mazola/secukupnya
  • Kuning telur- utk disapu atas biskut sblm dibakar
Cara-cara
  1. Di dalam mangkuk besar gaul sebati tepung, gula dah kacang kisar.
  2. Tuangkan minyak mazola sedikit sedikit dan uli adunan hingga menjadi doh yg lembut.
  3. Bentukkan doh mengikut citarasa dan susun didalam loyang yg telah di lengser dgn mentega.
  4. Sapukan atasnya dgn kuning telur dan bakar didalam oven hingga masak kekuningan. Bakar suhu 160 selama 15-20min.

Ni pulak ambik resipi dari Nor Trgannu jugak. Dah 2 resepi mama ambik. Hala yer sis.
Mama c&p jer resepi. Mmg berbaloi buat biskut Choc chip ni. Muai! Utk tray yg 1st mama buat agak2 sebesar 20cts. Hah!!! bila dah bakar kedebak besor!!!! So buat lah kecik2 sebesar siling 5cts gitu... baru cantik. SEDAPPPP!!!! CRUNNNNCCCHHHYYYY!!!!!

Biskut Coklat Chips
  • 180gm mentega/marjerin
  • 90gm gula castor
  • 100gm gula perang
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2 biji telur
  • 200gm tepung naik sendiri
  • 160gm tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/4 sudu teh garam
  • 100gm coklat chips
  • 120gm badam cincang
  • Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  • Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  • Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  • Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  • Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.


Ni pulak biskut mama buat. Sebenar nyer mama ada gi belajar utk edisi kueh /biskut raya. So ni lah hasil dari apa yg dh diajar... Makmur Sampan, Tart Nenas Blueberry mangkok Berbunga & Double choc cookies...

Buka puasa - hari yg ke 24....

Salam di pagi Selasa yg cerah... Lepas update ni blh lah jemur langsir yg dah basuh..
Semalam jalan kat umah kawan2... ternampak roti sardin pat umah Nor Trgannu. Nmpk mcm sedap jer... Mama ambik 2 resepi dari umah Nor... Roti sardin.... atau roti pocket? Sebab inti sardin di letak dlm roti spt pocket. Eh! pandai2 jer mama nak tukar nama plak. Ni mama c&p jer dari umah Nor. TQ kerana sudi berkongsi resepi... Berkenan dihati dgn rasa nye. Cuma mama ada ubah sikit mengikut cita rasa sendiri. Jgn marah yer!

Roti Sardin

10 bj bun burger
1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
1 labu bawang besar ~ didadukan
1 bj cili merah ~ dicincang -mama tmbkn cili padi dlm 4 biji
1 sudu besar jus limau nipis- mama pkai limau kasturi
2 bj telur
minyak

Untuk Inti:
Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
Padamkan api dan kacau hingga sebati.

Ketepikan.
Potong dua bun burger.Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang.Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.

Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
Gorenglah sehingga selesai, jika minyak dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..


Ni pulak epok2 sayur. Sebenar nyer epok2 sayur ni dah buat beberapa hari lalu, cuba mama instant kan - goreng sebentar & simpan dlm freeze. Nak tengok inti dalam basi ke tidak. Allhamdullilah tak basi pulak. Next time blh mama buat selalu (nak save time) hehehe...Hor Fun ni jiran mama kasi. Sedap!! Banyak pulak boleh makan 2 orang.....

Monday, September 14, 2009

E Kad raya dari teman2











Kepada teman2 TERIMA KASEH BANYAK2 atas e card raya ni... Terasa macam zaman kanak2. Cuma beza nya kali ni dialam cyber... betapa canggih nyer!
Di kesempatan ini juga mama sekeluarga ingin mengucap kan SELAMAT HARI RAYA kepada semua.... MAAF ZAHIR DAN BATIN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...