Monday, April 19, 2010

Sambal goreng

Bertemu kembali...hehehe Tuhan mahu menduga tahap kesabaran mama... alhamdullillah :)


Lauk sambal goreng yg tak sempat di N3 kan pada hari Sabtu :) Lauk yg menjadi kegemaran dirumah.. tak letak daging sbb tak de dlm fridge yg ada hanya udang. Tauhu & tempeh mesti ada utk sambal goreng. Okay langit diluar dah gelap..ni nak angkat kain dulu... ciao

Ikan Kembung Goreng Berempah



At last!!! after the long & patience upload.

Ikan kembung berempah :- jintan kasar & halus, ketumbar yg telah ditumbuk (blender halus) dilumurkan kat ikan bersama garam & kunyit serbuk. Goreng seperti biasa. Sedap kalau mkn nasi putih panas2 bersama cili padi kicap.. nyum3x.

Lemak Babat Berkerisik


Salam semua di pagi hari Insin... Monday morning ha!!!
Dari semalam pagi nak upload gambar utk N3 tak blh..tak tahu kenapa. Tadi pun tak boleh mungkin. At last!!! keluar pun. Apa silap pun tak tahu.



Alamak gambar terkecik pulak.. tak pe lah asal boleh post N3 sudah lah.
Lauk febret shasha. Lemak!! Kali ni mama masak lemak cili padi letak sedikit kerisik. Mmg sedap terasa kerisik. Lagi cili padi merah so jadi lah lemak cili padi berwarna kemerahan

Wednesday, April 14, 2010

Tauhu Kukus

Tauhu Kukus. For those yg suka makan simple2 tak pedas2 macam mama ni sesuai betul.... Makan panas2 letak kan sedikit cili sos pun okay pada tekak mama :)


Bahan2

2 pkt tauhu lembik utk kukus
100gm isi ayam kisar kasar2
2 biji bawang putih
telur putih dlm 3 biji
sedikit halia
lada hitam
minyak bijan
garam & gula

Cara2

Keluar kan tauhu lembik dari pkt dan hancurkan dalam mangkuk.Masukkan sekali teur putih dan kacau rata. Bawang putih & halia ditumbuk halus. Tumiskan halia & bawang putih sehingga garing masukkan isi ayam dan masak sehingga kering. Perasa dgn garam, sedikit gula, lada hitam & minyak bijan. Sejukkan baru campurkan kedalam tauhu yg telah dihancurkan. Panaskan kukus. Letak kan adunan kedalam bekas tahan panas dan kukus sehingga masak kira2 dalam 20-30 min. Siap.

Nugget Sambal


Pernah buat nugget sambal tak ouls???? Hehehe... ni untuk Nazli. Dah tak de idea nak masak utk dia. Coz diorang ni suka mkn ayam.. kalau boleh hari2 ayam!!!! Tapi cik hubby pulak tak suka!! Jalan mudah.. ada nugget kat peti ais n sambal tumis sebagai penyelamat...hahahaha


Habis pulak!!!! Dah kata nugget ayam!!! Siap rata lagi....

Pucuk Ubi rebus cicah sambal asam


Selamat Malam semua teman2 *___*
Dah makan malam semua??? Allhamdullillah dah kenyang semua :)
Menu simple lagi... Pucuk ubi rebus cicah ngan sambal asam style my mom. Pucuk ubi yg jauh datang..hehehe hari sabtu lepas my bro n my mom balik kampung ada majlis jemputan di Parit Yusof Batu Pahat sempat petik daun pucuk ubi muda2 lagi... ingat jugak my mom. Dia tahu anak dia ni patang nampak daun ubi. Siap direbuskan cuma mama buat kan sambal nye jer :)



My mom nyer style sambal asam menggunakkan cili kering & cili padi merah, sedikit bawang putih, belacan bakar air asam garam & gula secukup rasa. Semua diblend sampai hancur. Memang terasa kepedasan nyer... Siapkan mama 1 jug air...hehehe pedas banget!!!

Kek Lapis Asam Manis Kukus



Resipi dari rumah Hana Jepun. TQ mama C&P dari sana :)

Kek Lapis Asam Manis Kukus
Bahan-bahan

  • 1 cawan serbuk biskut tawar - klu kat mesia yg keras 4 segi kecik2
  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan butter
  • 3/4 cawan gula
  • 1 sk ovallete
  • 1/8 cawan susu pekat - hana ltk 3 sudu besar
Cara-cara
  • Blend biskut tawar halus. kemudian ayak dan ketepikan.
  • Pukul telur, gula, butter, susu pekat dan ovallete hingga gebu.
  • Masukkan tepung biskut sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
  • Bahagikan kepada dua bahagian. dan letaklah warna kesukaan anda.
  • Kukus setiap lapisan 5 minit (bergantung ketebalan lapisan) dan letakkan hawflakes pd setiap lapisan.
  • Penutup kukusan hendaklah dletakkan kain agar air kukusan tak menitik atas kek.
  • Buat sehingga siap.

Monday, April 12, 2010

Bubur Som2

Bertemu kembali. Sempat buat kan Cik Hubby bubur Som2 ni. Lagi sedap kalau disimpan dalam fridge... bila makan sejuk2..... hish lalu kat tekak...hmmmmnnnn!!!! Minta ampun!!!!

Bubur Som Som

Resepi dari RinnChan

Bahan-bahan:
100 gm tepung beras
30 gm tepung Hoen Kwee (Tepung pulut pun ok, kalau tak ada.. guna semua tepung beras) - mama gunakan tepung Hoen Kwee
1 camca teh garam halus
500 ml santan
500 ml air

Cara-cara:
1. Satu semua bahan dalam periuk atau casserole.
2. Masak atas api sederhana. Sentiasa kacau supaya bancuhan tidak berketul.
3. Masak sehingga likat dan berkilat.
4. Angkat dan sejukkan seketika. Tuang dalam mangkuk atau bekas yg sesuai.
5. Siram sirap gula kabong ke atas Bubur Som Som apabila menghidangkannya.

Bahan-bahan Sirap Gula:
2 ketul gula kabong atau 150 gm gula merah
250 ml air
1 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan

mama gunakan gula pasir yg dimasak bersama pewarna merah...hehehe termerah pulak!!

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dalam periuk dan panaskan atas api hingga menggelegak.
2. Masak sehingga gula larut.
3. Tapis larutan sirap sebelum menggunakannya.
* Tuang siap-siap ke dalam mangkuk2 kecil lebih mudah untuk dihidang. Jika tidak pun, tuang ke dalam bekas besar tetapi perlu mencedoknya ke dalam bekas kecil lain apabila menghidangnya nanti

Resipi mama ambik dari rumah cik CT. Thanks yer CT mama suka pegi rumah CT sebab banyak kuih muih tradisional disana. Minta halal mama C&P resipi :)

Asam Rebus Nenas




Untuk hari ini menu simple untuk dinner kite tadi.... Asam Rebus Ikan Kembung bersama nenas :P
Segar dapat hirup kuah yg masam2 manis. Lagi pun dah beberapa hari tak mama tak masak..hehehe gantung periuk :)

Nazli's Soccer Match @ Padang on 9th & 10th April


Assalamualaikum w.w ....kepada semua teman2 mama yg diingati selalu :)
Maaf lah mama agak busy beberapa hari ni... Yang pat cbox tak dapat lah mama jawab dulu lah sorry :) Nnt bila dah free sikit mama balas yer!!!!



Nazli ada match pada hari Jumaat & Sabtu lepas di Padang bersama kelab bola Global FC... Kelab Global FC mendapat 2nd placing. Untuk 2 hari beturut2 mama & hubby kesana sehingga habis perlawannan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...